Followers

5 Sebab Kenapa Kena Beli Baju Muslimah dengan PH Fashion

9:04:00 AM

Korang dah buat persiapan raya ke belum? Kak fink dah beransur dah buat persiapan raya sikit sikit. Lagi lebih kurang 3 bulan jer dari sekarang kita dah nak sambut hari raya kan. Rasanya ramai dah mula membeli sikit sikit untuk hari lebaran nanti. Macam hari tu, kak fink berpeluang ke Grand Launching PH Fashion cawangan di GM Klang. Perghh murah murah nya wak harga baju dia..Macam tak percaya!


Ni pertama kali tau aku tahu pasal PH Fashion ni. Rupanya PH Fashion ni dah 10 tahun di pasaran. Yang lebih menarik, PH Fashion ni memang menyediakan pakaian pakaian muslimah dengan harga yang sangat berpatutan. Paling mahal pun aku jumpa harga pakaian dia hanya RM80.00. Bermula pada harga RM5.00 yer korang sehingga RM80.00, korang dah boleh dapat baju, jubah, seluar, skirt, dress dan baju kurung yang cantik..


Ni kak fink kongsikan kenapa 5 sebab korang akan terus membeli dengan PH Fashion:

1. Harga Murah! Bawah RM80.00
Bayangkanlah hari tu aku dapat sepasang baju kurung dengan harga RM69.00 sahaja sempena grand launching.. Pengsannn! Siap ada lace oiii..Asal murah sangat ni..Harga asal baju kurung tu RM77.00 sahaja..Still murah lagi kan? Untuk satu design yang modern pada harga tu, korang nak apa lagi. Nak pakai raya boleh. Nak pakai pergi ke pejabat pun boleh ya..

Keisha Chiffon Crepe Jubah Dress : RM50.00 

Denisa Spandex Set (Top + Bottom) : RM53.00

Noura Chiffon Crepe Blouse : RM40.00

2. Pelbagai Pilihan Warna dan Saiz untuk 1 Design
Ada banyak warna untuk satu design tu. Menampilkan warna warna gelap dan pastel, pastinya korang akan lebih banyak pilihan dalam memilih nanti..Macam sekarang ni, PH Fashion dah upgrade dari segi material dan saiz. Paling besar adalah saiz XXL. Tak macam dulu, semuanya free size. So yang gebum gebum badannya macam aku ni, dapatlah beli juga kan. Kita pun nak cantik juga wak hahaha..
3. Mempunyai Fashion Designer In House
Untuk sesiapa yang tak tahu lagi, PH Fashion mempunyai 2 orang fashion designers in house sendiri. Muda muda lagi adik adik ni. Sebab tu jangan risau dengan corak corak yang ada di sini. Yang pastinya setiap rekaan tu dapat memenuhi citarasa awak awak semua sebab yang design tu pun orang muda hikhik..Kalau korang tengok design lama dan design baru memang ada beza ya. Yang baru sekarang ni lebih kemas jahitannya dan lebih minimalist tapi cantik. Tak serabut pada mata aku..


4. Boleh beli Online dan juga Offline
Yang mana dekat dengan kedai PH Fashion ni, boleh lah korang terus jejakkan kaki ke sana terus. Untuk mereka yang jauh, tapi nak juga grab baju cantik dengan harga yang murah tu, tak payah risau wak. Online shopping pun boleh..Kak fink jeles la, orang kecik kecik ni banyak betul design yang korang boleh beli. Terutama yang bersaiz M dan L tu..Rambang mata la korang nak pilih!


Pembelian online, korang boleh klik jer website PH Fashion di www.pearlharbour.com.my. Register dengan akaun Facebook pun boleh. Jangan risau, ada banyak pilihan bank untuk korang buat bayaran. Mudah jer. Bagi aku, sekarang dah senang. Semua di hujung jari. PH Fashion dah sediakan ukuran setiap rekaan tu. Korang hanya perlu ukur dan pilih saiz mana yang sesuai dengan korang. Pastikan betul betul ya ukur tu sebab tak de refund tau kalau kata design tu tak kena dengan korang.


5. Belian Secara Runcit ataupun Borong
Haaa dekat PH Fashion ni, korang boleh juga beli secara borong. Mana lah tahu nak buat kenduri, lepastu nak pakai sedondon satu keluarga kan. Sekarang kan trend macam tu. Nak buat baju dan beli kain lain, korang perlukan modal yang besar. Haa dah tak payah membazir sangat wak duit tu. Pergi je lah PH Fashion dan beli jer lah secara pukal. Yang pastinya Buy More, Save More! Beli satu pun aku rasa dah cukup jimat dah..Murah sangat!


Ni kak fink kongsikan set baju kurung yang kak fink berkenan tu wak. Kita pilih Ruby Lace Baju Kurung warna hitam sebab hitam nampak macam elegant gituuu..Plus hitam kan memberi effect kurus sikit hahahaha..Nak raya ni wak. Makan mesti terbanyak sikit. Ehhh..

Kang kalau aku amik warna warna lembut, nampak lah benjolan benjolan lemak tu pula. Ok la warna hitam jer senang..Minimalist lebih sesuai untuk ibu yang ada anak kecik macam aku ni. Kalau rajin, kita letak batu batu sikit. Kalau tak rajin, pakai gitu jer lah dah memadai..RM77.00 jer sepasang..


Korang kalau tersawan macam aku, boleh lah ke cawangan PH Fashion yang ada di Kenangan Mall dan GM Klang. Lama betul duduk dekat situ nak memilih hari tu..Yang terbaru katanya nak buka di Tesco Rawang. Ya Allah, tempat kita tu wak. Sambil sambil beli groceries dekat tesco tu nanti boleh lah cuci mata sekali koleksi PH Fashion di sana. Jimat lagi kos akak haaa..


Untuk boss PH Fashion, lepas ni boleh lah buat lagi banyak plus size design sebab percaya lah plus size memang tengah hot dekat pasaran. Tolong lahhh..Semua golongan cari barang murah sekarang. Terutamanya yang jubah dress dekat PH Fashion ni semua cantik cantik. Tolong yer boss yer..Bukan senang nak jumpa harga mampu poket macam ni dekat kedai sekarang.


PH Fashion
Hotline: 010-760 4666 / 018-217 0388

Cawangan GM Klang:
Blok A: Lot 2F -126, GM Klang Wholesale City
Blok B: Lot G98-100 , GM Klang Wholesale City
Operation Hours : 10am - 7pm (Mon - Sun)
Contact No : +6 011-2083 9767

Cawangan Kenanga Mall:
17th floor, Lot.21 Kenanga Wholesale City (KWC), Kuala Lumpur.
Operation Hours : 10am - 6pm (Mon - Sat)
Contact No : +603 – 9226 2328

dah pergi tengok website sekarang..grab la satu wak..murah sangat haa!



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Dpt bj readymade ngan harga murah mmg berbaloi.. Skarang tempah bj pn dh mahal kn

    ReplyDelete
  2. lama gak ni :)


    selamat hari raya hehehehe

    ReplyDelete
  3. cantik , harga pun berpatutan . boleh try nanti .

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!