Followers

Peluang Pekerjaan Untuk Pelbagai Bidang Dan Skill Bersama Qwork

8:02:00 AM

Sekarang ni nak cari kerja bukan senang macam dulu. Kadang kadang ada graduan yang terpaksa menganggur bertahun untuk dapatkan kerja. Kak fink sendiri dapat rasakan zaman sekarang makin mencabar nak dapat kerja yang kena dengan skill kita..Kadang kadang ada orang dia graduate dalam Business Study tapi dia ada skill graphic design.. Betul tak?


Dan baru ni kak fink berpeluang menghadirkan diri untuk mendengar sendiri salah satu platform carian kerja dan juga mencari pekerja dengan Qwork. Dengan Qwork korang dapat kerja yang bersesuaian dengan skill yang korang ada..Contohnya macam yang kak fink cakap di atas tadi, kalau korang ada kelulusan Business Study tapi dalam masa yang sama korang pandai buat design, haaa boleh apply dengan Qwork!
Di Qwork ni tak semestinya kerja tu position dia full time tapi ada juga untuk job part time dan free lance..Menarikkan? Konsep dia korang bebas dalam mencari kerja yang betul betul kena dengan jiwa dan minat sendiri. Ada juga kerja yang ditawarkan dalam bentuk projek, harian dan juga mingguan..Banyak kategori yang Qwork tawarkan..Tinggal nak pilih jer mana yang korang suka..


Salah satu yang menarik lagi di Qwork ni adalah resume yang dihantarkan boleh dalam bentuk video. Ianya diberi nama Qwork Vidzume. Korang boleh berkongsi tentang pengalaman dan latar belakang diri dalam bentuk video. Bakal majikan akan terus boleh lihat perwatakan kita secara live..Vidzume ni merupakan kerjasama Qwork dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia..

Di Qwork ni ada 4 kategori pekerja iaitu Hustler, Hipster, Hacker dan juga Hospitelier. Kalau tanya kak fink yang mana, kak fink adalah kategori pekerja Hustler. Maklum budak business kita wak. Dan sekarang ni, sebagai blogger banyak kepada marketing. Jadinya kak fink adalah kategori Hustler. Korang boleh check korang dikategori yang mana. Klik jer butang "Learn More" untuk lebih lanjut ya
Untuk pengetahuan semua, walaupun korang dah mempunyai pengalaman bertahun dalam bidang kerja tersebut tapi bila pertama kali korang berdaftar dengan Qwork, status korang tetap Newbie. Ini untuk berlaku adil kepada semua calon. Tapi selepas permohonan korang dinilai dengan penilaian yang baik oleh majikan yang memberikan pekerjaan tadi, status Newbie tadi akan dinaikkan kepada Renown dan yang paling tinggi adalah Ace.

Ini bagi menggalakkan kita untuk sentiasa memberikan prestasi yang baik dan cemerlang. Sebab bila status ditukar kepada Renown dan Ace, tawaran gaji juga berlainan. Gaji yang akan ditawarkan akan lebih tinggi berbanding Newbie tadi..Haaa menarik tak? Mesti ramai nak kan gaji yang tinggi betul tak? Kalau nak, kena lah jaga prestasi elok elok..


Sama ada pekerja atau majikan, korang boleh daftar dengan Qwork hari ni. Bagi majikan yang memerlukan jumlah pekerja yang banyak untuk sesuatu majlis yang ingin diadakan pada sekian sekian tarikh, boleh lah jadikan Qwork sebagai satu platform untuk mendapatkan pekerja dalam kuantiti yang diingini tadi. Begitu juga dengan yang ingin mencari kerja, cepat cepat daftarkan diri korang dan pilih pekerjaan yang bersesuaian dengan skill yang korang ada..Selamat mencuba!

Website: www.qwork.my
Instagram: @qwork.my
Twitter: @qworkmy

tunggu apa lagi, jom tengok peluang pekerjaan yang ditawarkan Qwork..
mana tahu boleh jana pendapat melalui part time job kan?



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. memang terbaik platform Qwork ni... kalau org tanya macam mana nak cari kerja platform Qwork jln penyelesaiannya

    ReplyDelete
  2. alamak.. dah seronok jadik blogger.. hahahaha~ ade jawatan kosong blogger tak ?

    ReplyDelete
  3. Best jugak ni. Tapi taktau la skill apa yg kita ada. 🙈

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!