Followers

Buffet Ramadan Kelab Rahman Putra Sungai Buloh Pada Harga Yang Berpatutan

6:27:00 PM

Hari tu kak fink berkesempatan untuk merasa menu menu ramadhan yang akan disajikan oleh Kelab Rahman Putra, Sungai Buloh. Dari rumah aku hanya 18 kilometer jer nak ke sini. Consider dekat sangat lah kan hahahaha..Sebab tu gigih pergi. Yang pastinya antara menu yang wajib ada untuk buffet ramadan di sini semestinya kambing bakar.


Untuk mereka yang ada niat nak belanja ahli keluarga untuk menikmati buffet ramadan pada harga yang mampu poket, korang boleh lah grab harga 'early bird' sekarang ni sehinggalah 15 May 2017. Harga untuk weekend dan weekdays tak sama ya korang. Untuk early bird price:
RM60.00 nett untuk dewasa (Weekend)
RM40.00 nett untuk dewasa (Weekdays)
RM29.00 nett untuk kanak kanak (Weekend & Weekdays)

Manakala untuk normal price selepas 15 May 2017:
RM70.00 nett untuk dewasa (Weekend)
RM50.00 nett untuk dewasa (Weekdays)
RM29.00 nett untuk kanak kanak (Weekend & Weekdays)


Yang kak fink suka sekali bila dewan yang disediakan selesa dan berhawa dingin. Luasss. Setiap hari akan ada persembahan nyanyian di atas pentas sepanjang Ramadan nanti. Sambil sambil makan, sambil sambil tu boleh terhibur. Gituuu..Stall makanan ada yang disediakan di dalam dan di luar dewan..Pilih jer nak yang mana ya..


Semestinya bahagian bakar bakar untuk kambing, ayam, kentang dan juga sosej akan diletakkan di bahagian luar dewan. Ni kiranya bahagian hot spot yang akan menjadi tumpuan untuk sesiapa sahaja yang datang untuk buffet kan? Peminat kambing jangan lupa datang sini untuk rasa daging kambing yang lembut tu ya..Ada beberapa pilihan sos juga untuk korang pilih sebab pelengkap hidangan.


Kak fink hari tu memang tuju bahagian satay dan otak otak ni dulu. Kita minat kuah kacang wak. So marilah makan kuah kacang dengan satay tu. Nasib baik cepat, kalau tak kena tunggu dan beratur hikhik..Tapi dalam banyak banyak dekat luar tu, aku suka otak otak dia lagi sebab isi dia besar..Puas makan..



Di bahagian luar ni juga ada stall untuk goreng goreng. Yang teringin nak makan pisang, keledek atau cucur goreng tu boleh lah ke stall ni. Masa puasa nanti mesti rasa nak makan macam macam kan. Ikut selera masing masing ok..



Untuk yang tak nak makan nasi berlauk, jangan risau sebab laksa johor tu pun ada di sini. Boleh hirup kuah tu panas panas. Sebab diaorang akan buat bila kita request. Kak fink tak sempat nak rasa hari tu laksa johor ni sebab perut dah senak sangat hahahaha..Tunggu ramadan nantilah kita rasa..


Ni pula antara lauk pauk yang ada di Kelab Rahman Putra. Kak fink sempat snap beberapa keping jer hari tu sebab nak bagi laluan pada jemputan lain yang dah beratur nak amik makanan. Paling suka lala tu dan daging kicap tu..Sedapppp! Kalau korang nak tengok banyak lagi, kenalah datang dan cuba sendiri menu buffet ramadan di sini ya..


Ni bahagian pemanis mulut yang korang boleh cuba juga..Antara yang ada adalah kuih muih dan kek pelbagai rasa..Bulan puasa kan mulut kita selalu nak rasa menu manis manis sikit kan. Maklum mulut rasa payau sebab tak makan dari pagi ye tak..Haa pilih jer mana yang korang suka..


Yang nak makan lemang pun ada..Serunding tu sedap wak..Kalau tak nak makan dengan serunding, korang boleh jer makan dengan lauk daging dan ayam yang disediakan di bahagian lauk pauk tu..Tapi makan dengan serunding pun layan juga..Baik makan dengan serunding kalau dah alang alang ke sini..


Rojak mamak pun ada..Rojak buah pun ada..Acar pun ada dekat sini..Rojak buah favourite husband aku. Ni antara buah buahan yang dipotong di meja ni. Kalau korang rasa nak tambah buah lagi dalam rojak tu pun boleh sebab ada lagi buah buahan yang dah siap dipotong di bahagian ni. Bersebelahan jer..Mana lah tahu nak tambah jambu air. Ada je wak sebelah tu..



Tengah musim ke buah mata kucing sekarang ni hahahaha..Sebab dekat mana mana pun ada nampak buah ni..Ada banyak lagi buah buahan yang disajikan antaranya tembikai, tembilai susu dan juga betik. Kak fink tak ingat apa lagi. Kalau ikutkan banyak gambar nak ambil tapi aku mampu kongsikan mana yang diri sendiri teringin sangat nak makan jer hahahaha..


Antara pilihan air yang ada di buffet ramadan Kelab Rahman Putra..Ada air panas dan juga sejuk..So tak perlu risau kalau yang tak nak minum sejuk tu ya..Air panas ada..Antara minuman sejuk yang ada hari tu adalah soya, asam boi, teh o ais limau, limau ais, oren dan juga anggur. Yang panas aku tak perasan sebab tak rasa hari tu..


Ni bahagian yang anak anak suka. Dari pintu masuk dewan tu, diaorang dah nampak dah nak makan ice creammmmmm...Masa kak fink datang ni ada 4 pilihan ice cream untuk korang pilih. Tak kisah lah sama ada nak makan dalam mangkuk ataupun cone juga disediakan ya..Kembar siap ulang 2 kali makan ice cream ni.


Ni aku kongsikan hidangan untuk first round hari tu hahahaha..Amik nasi briyani wak sebab nak suap kembar makan. Lala tu macam aku cakap, sedapppp. Semestinya satay dan otak otak juga menjadi pilihan pertama untuk dirasa..Otak otak dia tu memang korang kena amik ya sebab selain sedap, isi dia pun besar juga..


Maafkan anak mak hahahahhaha..Ya Allah dia buat macam makan dekat rumah haaa..Sedap sangat ke ni? Sampai terangkat mangkuk nak hirup punya pasal. Kena dengan selera dia lah tu. Nasib lah kiteorang duduk dekat meja belakang sekali. So orang pun tak perasan sangat..Angkat lah mangkuk tinggi lagiiiii yer nak hahahhaha


Terima kasih Haziq dan Kelab Rahman Putra sebab sudi jemput akak. Nanti kita datang lagi masa ramadan nanti yer..Ehhh..Baru lagi feel kan hahahaha..Katanya ni diaorang belum all out lagi..Tunggu ramadan nanti baru lagi all out..Amboii tak sabarnya kita hahahah..Korang kalau nak pergi, dah boleh dah grab harga early bird tu bermula sekarang sehingga 15 May 2017 ni:

Early Bird Promo:
RM60.00 nett untuk dewasa (Weekend)
RM40.00 nett untuk dewasa (Weekdays)
RM29.00 nett untuk kanak kanak (Weekend & Weekdays)

Manakala untuk normal price selepas 15 May 2017:
RM70.00 nett untuk dewasa (Weekend)
RM50.00 nett untuk dewasa (Weekdays)
RM29.00 nett untuk kanak kanak (Weekend & Weekdays)


Website:  www.krpm.com.my
Instagram: @krpmy

Alamat: Jalan BRP 2/1, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor
No. Telefon: 03-6156 6870 Ext: 1903

selamat mencuba korang ;)



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. lapar pg2 tgk menu2nya hehe...dpt juga jemputan review kt sini tp tk dpt la pegi jauhhhh...untung la diya umh dkt kn hehe

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!