Followers

Baba Baa Rasa Sayang Sing and Record Fun Book Yang Mampu Menarik Anak Belajar

5:34:00 PM

Hari ni kak fink nak share dengan korang terutamanya yang mak mak tu..Buku ni sebenarnya dah lama kak fink nak beli untuk kembar..Korang pernah dengar tak tentang Rasa Sayang Sing and Record Fun Book? Kak fink rasa mesti ramai mommies yang dah alert dengan buku ni kan? Buku ni best sangat tau sebab ianya macam 2 way communication..Nanti kak fink explain lebih details di bawah ya..


Masa kak fink mula mula dapat Rasa Sayang Sing and Record Fun Book ni, rasa macam dapat hadiah..Huwaaa comelnya kotak dia..Dibalut memang seperti kita menerima sekotak hadiah tau..Siap dengan kad ucapan lagi. So kalau korang nak tak de idea nak bagi anak kawan kawan sempena birthday, baby shower, travel gift ataupun any special occasions, boleh juga hadiahkan buku ni sebagai hadiah pada sicomel yang bertuah tu..



Kalau mak dah cukup happy dapat kotak macam ni, apatah lagi anak kan. Mesti diaorang pun akan excited! Semua orang suka kan kejutan betul tak? Mana lah tahu, mommies nak reward anak anak bila time dapat gaji tu kan tu. Dalam masa yang sama anak boleh belajar sesuatu dengan fun book ni..


Siap ada plush toy Baba Baa lagi..So cuteeee! Korang boleh tekan button ON dekat toy tu dan nanti akan dengar melody Rasa Sayang..Lullaby sangat tau melody tu..Kita sukaaaa! Boleh gantung juga sebab ada tali macam key-chain tu..Nak gantung dekat kereta pun boleh..Anak nangis je tekan hahahah..Mudah kan?



Baba Baa ni merupakan pengeluar untuk Rasa Sayang Sing and Record Fun Book. Dalam Rasa Sayang Sing and Record Fun Book ni ada 7 lagu rakyat yang selalu kita dengar masa di sekolah dulu. Antara lagu yang ada dalam ni adalah:
1. Rasa Sayang
2. Chan Mali Chan
3. Burung Kakak Tua
4. Anak Itik Tok Wi
5. Lenggang Kangkung
6. Bengawan Solo
7. Gelang Sipaku Gelang


Setiap lagu yang ada dalam  Rasa Sayang Sing and Record Fun Book ni, telah disediakan lirik untuk kita menyanyi bersama sama dengan anak. Boleh di bawa ke mana sahaja. Sama ada nak nyanyi dekat rumah ke ataupun dalam kereta..Kak fink yakin budak budak kan jenis cepat bosan terutama kalau duduk dalam kereta dalam jangka masa yang lama..



Haaa sekarang dah tak payah risau lagi ok. Sambil sambil korang menyanyi dengan anak tu, korang boleh rekod juga suara korang hahahaha..Menarik takkk? Bab rekod suara dan play semula tu yang buat buku ni akan disukai oleh anak anak. Tapi mak pun akan suka juga..Mak pun excited nak dengar suara sendiri balik..


Ada 4 pilihan modes untuk korang pilih di tepi Rasa Sayang Sing and Record Fun Book ni:
1. Play Song
2. Record
3. Play Recording
4. Off


Tak susah tau nak guna buku ni. Meh sini kak fink kongsikan secara lebih details supaya senang korang nak guna dengan anak anak nanti. Kalau kata nak dengar lagu tu, just click simbol pertama dari kiri iaitu Play Song..Lagu lagu tadi korang boleh pilih mengikut susunan muka surat. Maksudnya lagu pertama adalah Rasa Sayang dan korang kena tekan button atas sekali untuk dengarkan lagu Rasa Sayang..

Kalau nak dengar lagu Chan Mali Chan pula, tekan button kedua dari atas..Begitulah lagu lagu seterusnya..Mudahkan? Kembar kalau dapat dengar lagu lagu ni, siap bertepuk tangan. Amboi suka betul dia dapat nyanyi nyanyi dalam kereta tau..Tak lah diaorang buat perangai dan cranky kan..Penyelamat mama ketika jalan sesak ni hihi..


Ok tu baru bahagian Play Song. Kalau kata korang nak rekod pula suara sendiri, pergi semua ke bahagian 2 dari kiri iaitu Record. Macam biasa tekan dulu button lagu mana yang korang nak nyanyi. Contohnya lagu Rasa Sayang, tekan button atas sekali dan melody akan keluar..Haaa dan korang boleh terus menyanyi dengan anak macam biasa...Macam kita karaoke tu..Suka! Suka!

Dah record, mesti nak dengar suara kita balik kan? Sedap ke tidak hahahahaha..Tarik je ke mode yang bersimbol Play Recording untuk dengarkan semula suara kita tadi..Part ni memang best sebab korang mesti akan tergelak gelak dengan anak..Dan anak pun akan berebut rebut nak dengar balik suara dia..Seronok sangat sebab tu nama buku ni fun book. Dalam masa yang sama boleh create bonding time dengan anak anak..Lebih lanjut boleh refer video di bawah ni ya..


Yang kak fink suka lagi tentang Rasa Sayang Sing and Record Fun Book ni, sebab buku ni jenis Thick Material Book. So tak risau lah kalau anak tertumpah kan air ataupun masalah buku koyak sebab memang setiap helaian tu jenis yang tebal dan keras..Berbaloi untuk jangka masa yang panjang sekiranya nak digunakan untuk adik beradik yang lain nanti..


Jujur kak fink cakap, korang tak kan menyesal beli buku ni. Anak dapat bermain dan belajar dalam masa yang sama. Yang penting, ianya boleh dibawa ke mana mana sahaja dan tahan lama. Anak anak biasanya cepat belajar melalui lagu kan..Kalau ada masalah anak anak yang anti social, cuba lah dengan cara ni..InsyaAllah korang boleh nampak perubahan tu sedikit demi sedikit sekiranya korang rajin nak bermain dan bernyanyi bersama dengan anak..


Nak beli macam mana? Haa sekarang ni untuk 1 kotak tu harganya cuma RM86.40 termasuk postage. Harga asal adalah RM96.00. Apa yang akan korang dapat dalam satu kotak tu dengan harga semurah itu adalah:
1. Kotak yang cantik
2. Rasa Sayang Sing and Record Fun Book
3. Plush toy


So mommies, terus ke website Baba Baa to purchase your Rasa Sayang Sing and Record Fun Book now! Klik jer links yang kak fink kongsikan di bawah ni ya. Sementara tengah promo ni. Serious berbaloi dan worth for money..Mana lah tahu April babies ramai bulan ni kan..Kalau kembar suka mesti anak korang pun suka!


Website: www.bababaa.com
Instagram: @mybababaa

siapa belum ada lagi buku ni, grab sekarangggg sementara promo!




You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!