Followers

Bangi Golf Resort Buffet Ramadan 2017 Yang Wajib Pergi Setiap Tahun

10:51:00 AM

Sekali lagi tahun ni, kami satu keluarga ke Media Preview Bangi Golf Resort. Ni bukan aku jer suka tapi satu family suka ok. Sampaikan atok dah cakap awal awal., tahun ni bawa lah dia ke sini ahahahahaha..Amboi awal sangat bagi hint ni tau..Untuk pengetahuan korang, buffet ramadan di Bangi Golf Resort ni memang tiap tiap tahun ramai wak..Meriah!


Ko tengok laki aku, belum apa apa dah ambil lauk favourite dia ahahahahha..Sup Mamak ni pekat kaw ok..Nak makan macam tu boleh. Nak makan dengan nasi atau cicah roti pun sedap..Tu kalau ada straw dah dia sedut dah gearbox tu hahahaha..Sedap ye bang..Nanti bulan puasa kita repeat ok..

Sup ni memang dihidangkan panas panas dari kawah tu haaa..Yer la sup mana sedap makan sejuk sejuk kan..Kena lah makan panas panas. Memang berpeluh oiii..Nasib baik makan dalam dewan berhawa dingin hahahhaha..Kalau tak berpeluh ketiak wak sebab sup tu pun rasa macam berempah sikit..


Antara bahagian pemanis mulut yang wajib korang cuba nanti. Tiap tiap tahun, aku memang tak pernah tak ambil tiramisu tu..Tu antara hidangan wajib yang kena makan untuk pemanis mulut. Tiramisu dia sedap. Jujur niii..Kena cuba nanti ok..



Lemang pun ada..Tapi kemang dekat sini dia hidangkan sekali dengan chicken floss tu..Sedap juga kalau makan bersama..Tapi kalau nak makan dengan lauk macam rendang pun ada juga..Ikut lah selera masing masing kan..



Ni antara lauk pauk yang ada di Bangi Golf Resort untuk ramadan nanti..Suami aku cakap kena makan sambal sotong dia ahahahahaha..Hari tu siap paksa aku makan. Adoi kakak dah lah kekenyangan ni..Nanti bulan puasa lah kakak repeat yer..Paksa suruh rasa tu macam sedap sangat ni..


Yang tak nak makan nasi berlauk, ada juga nasi ayam. Haa nasi ayam tu aku cuba. Sedapppp! Nasi ayam ni nak kena sos dan ayam tu sedap maka nya akan sedap lah nasi ayam tu kan..Budak budak kan suka nasi ayam..Boleh bagi anak anak cuba ya..Aku ambil pun sebab kembar suka nasi ayam hihi..


Bahagian paling panjang barisan semestinya bahagian kambing bakar hahahaha..Termasuklah suami aku pun gigih beratur dekat sini..Menu wajib setiap tahun yang akan orang cari. So kalau korang nak rasa kesedapan kambing bakar dekat Bangi Golf Resort ni, cari masa ramadan nanti ya..




Yang tak nak makan nasi nasi.. Boleh jer makan mee soto dan mee rebus dekat sini. Banyak sangat pilihan yang korang boleh makan di sini pada harga yang sangat berpatutan. Sebab tu setiap tahun tak kira weekdays ataupun weekend memang penuh..Book cepat nanti ok..




Lasagna dekat sini juga antara menu wajib yang akan aku ambil. Kalau pergi makan buffet, aku jarang nak makan nasi. Kalau ambil pun sebab nak suap kembar jer. Untuk tekak aku, aku memang lebih prefer makan lasagna macam ni. Sebab buffet kan. Kita nak rasa macam macam hikhik. Takut makan nasi nanti cepat sangat kenyangnyer..


Satay pun antara favourite spot yang akan orang beratur panjang. Aku pergi 2 kali baru dapat ambil satay hahahahaha..Kena tunggu. Kalau tak tunggu memang tak kan dapat merasa. Ada je orang area sini. Kuah kacang dia pekat dan sedap..


Yang nak cicah roti bersama sup pun boleh. Adoi lapar la buat entry ni. Ni yang buat tak sabar nak tunggu puasa ni hahahaha..Kiteorang akan pergi minggu pertama puasa tu nanti. Betapa tak sabar nya nak repeat makan dekat Bangi Golf Resort ni..


Jangan risau pelbagai jenis minuman panas dan sejuk juga disediakan di bahagian ni..Yang nak minum sejuk boleh ambil yang sejuk. Nak panas pun ada..Pilih jer ok..


Signature menu Bangi Golf Resort ni memang tiap tiap tahun jadi rebutan. Telur ni sedappp oiiii..Korang kena rasa..Tak jumpa dekat tempat lain hahahaha..Anak aku jer makan lebih dari 2 bekas..Cukup rasa orang cakap. Bukan sebarang telur ya..


Abang ngah tak nak makan benda lain. Sibuk tanya telur tu ada tak mama? Dia jarang makan telur separuh masak macam tu ya..Tapi telur dekat Bangi Golf Resort ni dia boleh makan 2 bekas hahaha..Amboi kena selera sangat ni..


Baru first round ni wak hahahahaha..Nasi ayam untuk kembar dan lasagna untuk mama..Telur tu kembar punya juga. Mak rasa sesudu dua jer sebab simpan perut untuk durian katanya..Memang puas hati kalau korang makan dekat sini. Kak fink bukan cakap jer ya tapi kalau benda sedap memang aku cakap sedap..Berbaloi dengan duit yang korang keluar tu nanti..



Chef ni memang tetiap tahun la yang menceriakan suasana..Bulan puasa nanti kalau korang pergi sini, memang boleh nampak dia tapi dia cakap bulan puasa nanti dia busy. Kalau nak ambil gambar dengan dia panggil jer. Dia on jer HAHAHAHAHAHA..Yakin sangat ramai nak ambil gambar dengan dia tu..


Lepas makan di bahagian dalam dewan, kami ke bahagian luar dewan. Nak makan duriannnnn! Kakak confuse, hari tu kata selori durian tapi kenapa kita nampak 2,3 bakul jer ni hahahaha..Lori kecik ke wak? Adoi baru berangan nak makan banyak. Nasib lah dapat makan juga..Seulas pun jadi lahhhhh HAHAHAHHAHA...Syukurrrr!


Satu pangsa tu kongsi satu family hahahaha..Tak cukup sebenarnya. We want more BGR hahahaha..Tapi tak pelah, nasib dah kenyang makan yang dekat dalam tadi. Durian ni buat geli geli jer orang cakap..


Kembar makan pishanggg jer hahahahaha..Nasib tak gaduh nak makan durian juga. Omey sangat budak dua orang ni peluk peluk camni. Gerammmm! Nanti kita datang sini lagi yer nak..Korang kalau nak cari tempat berbuka puasa dengan family pada harga berpatutan, boleh lah ke Bangi Golf Resort ni ok..


Harga Dewasa: RM58.00
Harga Kanak Kanak: RM28.00

Alamat: No 1, Persiaran Bandar, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: 1-700-71-7558
 Facebook: Bangi Golf Resort

buffet ramadan yang wajib korang pergi! 
kiteorang tak pernah lagi tak pergi tau!




You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. xsempat selfie ngan diya aritu tp sempat la tegur kn..and sempat juga tgk diya terselit dlm boomerang kolin hehe

    ReplyDelete
  2. makanan dia semua nampak sedap..macam nak rasa semua sekali

    ReplyDelete
  3. Hi Pinky Momma!

    Bagi Pihak Bangi Golf Resort, kami ingin berterima kasih kerana sudi memeriahkan majlis preview ramadhan kami! Entry yang menarik!

    Untuk Para pembaca yang berminat untuk membuat tempahan berkumpulan, kami juga ada menawarkan harga untuk "Group Booking" pada nilai yang lebih istimewa dan berpatutan.

    Untuk Sebarang Pertanyaan Lanjut atau Tempahan Buffet, boleh segera hubungi wakil kami seperti tertera di bawah,

    Adira
    Public Relation & Social Media Marketing Executive
    BANGI GOLF RESORT
    HP: (60)11 1057 5088



    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!