Followers

USS: Trip ke Universal Studio Singapore Adalah Kejutan Buat Anak Anak

8:50:00 AM

Sebenarnya trip ke Universal Studio Singapore ni adalah surprise trip untuk anak anak sempena cuti sekolah yang lepas..Diaorang memang tak terfikir pun mama dan papa akan bawa ke USS..Aku cuma cakap nanti cuti sekolah mama dengan papa nak bawa pergi berjalan ke Legoland ahahahaha..Diaorang dengar Legoland pun dah melompat lompat. Walaupun dah 4 kali masuk Legoland tetap terlompat lompat. Kemain suka betul!

Mula mula memang plan nak pergi Legoland juga sebelum pergi USS ni. Tapi bila fikir fikir balik, nanti diaorang penat. Esoknya nak pergi USS mesti diaorang dah tak excited kan. So cancel jer Legoland tu. Next time ada rezeki lebih, kita pergi lagi yer nak..Dalam masa yang sama kembar tak sihat masa trip ni..Tapi tak teruk lah..Ok lagi, boleh berjalan. Cuma muka tu memang nampak demam..


Kiteorang pergi hari Isnin. Saja ambil hari bekerja sebab tak nak serabut dekat sana..Alhamdulillah naik bas dari Johor Bahru dan terus bas bawa ke USS..Weekdays macam susah nak bawa kereta masuk ke Singapore. Weekend tak per. So better naik bas jer..Kami berkumpul seawal pagi di depan Tune Hotel.

Pukul 7.00 pagi dah ada dekat Tune Hotel tu. 7.30 bas bergerak dari sini ke USS..Yang buat lama, dekat Imigresen Singapore. Yang imigresen Malaysia kejap jer. Tapi bila sampai Singapore ramaiiiiinyaaaa wak orang beratur..Dua kali la kena turun bas..Satu dekat Johor. Satu dekat Singapore..


Kami sampai USS pukul 10.00 pagi..Yayyy ngam ngam USS buka masa tu..Dari parking bas tu, masa naik escalator ke atas, abang long dan abang ngah macam blur blur hahahahaha..Kata pergi Legoland. Naper pergi naik bas bagai..Tapi bila dia nampak USS Globe tu, dia punya menjeritttttt sambil lari lari..Mamaaaaaa USSSSSSS hahahahahaha..Mak terus rasa nak nangis...Wuuuu..

Lepas dah segala rahsia mama dan papa pendam pendam selama ni..Akhirnya dengar anak jerit dan sebak macam tu memang satu kepuasan. Ni lah tempat yang dia nak pergi sangat. Ni lah tempat yang dia idamkan..Budak budak kan. Theme park memang tempat diaorang..Jangan kata budak, apak dia lagi over bila sampai sana. Ntah berapa kali naik roller coaster. Hehh sangat..


Abang long tu siap merah mata sebab tak sangka. Yang sorang ni memang hati tisu sikit. Memang terkejut sangat rasanya sebab dia tak jangka pun. Biasanya aku jenis cakap, ok nanti kita pergi tempat ni, tempat tu..Tapi kali ni mak dia buat diam jer..Surprise menjadi nampaknya..Akhirnya ada rezeki anak anak jejakkan kaki ke USS..Papa dia senyum jer tengok anak macam tak tentu arah dah masa ni tak sabar nak masuk dalam hahahahah..Yayyy lets explore USS..


Masuk pagi pagi memang tak ramai orang sangat..Kalau tak, nak beratur untuk masuk pun barisan tu panjang..Sebab tu kami plan nak pergi weekdays..Legaaaaaaaa..Terus ambil map dan decide nak pergi belah mana dulu masa ni..Cuaca pula macam mengizinkan jer. Baru lepas hujan. Sejuk jer dan tak panas untuk kiteorang tawaf satu USS..


Dari pintu masuk tu, kami decide ke kiri dulu. Ke tempat Madagascar..Yang ni kiteorang naik boat dan pusing pusing dalam tu sambil tengok character Madagascar dari atas boat. Tempat berhawa dingin. Memang lega lah kan hahahahaha..Santai santai gitu..Seronok lah budak budak dapat jumpa Alex, Marty, Melman & Gloria..Ada banyak lagi dalam tu..Bestt!


Lepas keluar dari Madagascar A Crate Adventure tu, terus ke tempat main macam King Julien's Beach Party-Go-Around ni. Masih di Madagascar lagi..Dekat sini parents pun boleh naik pusing pusing juga.. Tapi aku tak duduk lah. Mak macam tak yakin pula nak duduk. Takut patah HAHAHAHAHAHA..Maklum, mak kan special size...Bagi anak anak jer lah..


Pening juga lah nak menunggu dia habis berpusing tu ahahahaha..Tak ramai orang pun masa ni. Korang kalau nak pergi, sila pergi weekdays kehkehkeh..Bahagia ooo..Boleh pilih nak duduk dekat mana..Ada lagi satu tempat di Madagascar iaitu Madagascar Boogie tapi aku tak ambil gambar. Kalau nak ambil gambar semua tempat, takut tak cukup battery..


Lepas jer 3 stops, budak budak ni nak makan dah. Aku syak anak anak aku memang tak boleh tengok kedai makan tau HAHAHAHAHAHA..Sebab kan, perut diaorang macam automatik lapar gitu..Mak baru nak teruskan perjalanan jumpa Shrek..Tapi diaorang dah lapar pula..Jomlah makan dulu. Lagipun dapat meal vouchers masa korang beli tiket tu. Redeem jer lah vouchers tu..Jimat sikit ahahaha..


Masa pergi USS ni, aku dah cakap dengan husband. Papa jangan ingat ingatkan mama untuk convert duit eh HAHAHAHAHA..Nanti tak lalu nak makan kang..Ringgit kan tengah teruk wak..Menangis kang. Takut kenyang sepanjang hari ahahahahha..So makan jer..Anggap jer lah nak pergi bercuti..Baru aman kepala ni..



Restoran yang kiteorang makan tu berdepan jer dengan Far Far Away Castle ni..Terus masuk castle ni untuk tengok 4D movie Shrek..Perghh 4D dia gempak ok..Paling tak jangka part ada labah labah geletek kaki masa kita tengah duduk tengok movie tu ahahaha..Aku siap terjerit sebab terkejut HAHAHAHAHA..Maaf wak, kita desa memang mudah terkejut ahahahaha..Ko main kaki pulak. Haruslah kakak terkejut..Haihh


Nak naik Puss in Boots Giant Journey ni tapi abang ngah tak lepas ketinggian. Kalau abang ngah tak lepas, apatah lagi kembar kan..So tak pe lah, cakap dengan husband kita pun tak payah naik. Mak sejenis tak sampai hati nak gumbira sorang sorang..Gituhhh..


Masuk terus ke Jurassic Park..Dekat sini, ada tempat yang abang ngah boleh naik dengan kembar dan ada yang tak boleh..Yang boleh, kita naik dulu sama sama satu family..Yang tak boleh, suruh papa jer naik dengan abang long. Jangan ajak mama. Mama sejenis penakut naik tempat tempat ekstrem ni ahahahaha..


Naik dinosaur terbang ni macam geli geli je ekstrem dia..Kahhh..Berlagak sangat kak fink tu..Cuma perlu tekan button turun naik gitu jer..Elehh apa ni..Terkekek kekek jer aku dekat atas tu pusing pusing HAHAHAHAHAHA..Fun juga bila ko naik dengan anak kan..Diaorang yang buat seronoknya..Dari terbang tinggi tiba tiba dinosaur tu turun ke bawah, mampu buat perut ko geli geli HAHAHAHAHA..


Yang ni awak jangan ajak mama bang long..Pergi ajak papa ya..Aku tengok pun tak kuasa lah nak pusing terbang terbang tu..Ni aku tunggu diaorang jer dekat bawah dengan abang ngah dan kembar..Abang long tu korang tengok jer badan dia macam mok mok tau. Tapi tak retiii takuttttt...Jiwa ekstrem macam apak sangat ni..Benda tu macam roller coaster lah lebih kurang..Untuk aku, ini tak geli..Ini seram nak mamps..Katakan tidak jer ahahahahah..


Belakang tu dekat area The Lost World tu ada Water World..Yang ni ada live water show. Antara tempat yang korang kena singgah juga..Tempat best lain yang korang kena cuba lagi dekat sini, Jurassic Park Rapids Adventure..Tapi korang kena bersedia untuk basah ahahahaha..Sama juga untuk tinggi abang ngah tak lepas..Metot sangat bang ngah haaa..Dia macam korang naik bot dekat sungai gitu..Thrilling river ride camtu..


Dari The Lost World tu, kami ke Acient Egypt. Dekat sini ada 2 tempat jer korang boleh main. Tapi dekat sini hari tu, Revenge of the Mummy tu ditutup. So tak dapat nak masuk. Yang dekat sini budak budak macam tak lepas. Lebih sesuai untuk orang dewasa..Tapi dekat Treasure Hunters tu, budak budak boleh masuk. Dengan syarat, masuk dengan ibu bapa..


Anak anak aku tak excited sangat dekat Ancient Egypt tadi sebab dari jauh diaorang dah nampak Transformers..Tempat pertama yang diaorang nak tuju sebenarnya dari pintu masuk. Haihh. Tapi tak boleh lah, kena la jalan satu satu kan..Sebab tu bila nampak Transformers semua dah cepat lah mama pergi sana..Adoii


Transformers ni dekat Sci-Fi City. Bersebelahan dengan Ancient Egypt tadi..Dan dekat sini lah start duit aku mengalir dengan lajunya HAHAHAHAHAHHA..Tiba tiba semua hausssss. Ko ghaser? Bukan haus yang sebenarnya tapi lebih kepada nak botol air kepala Transformers tu hukhuk..SG20.00 rasanya. Ke SG25.00 ahahahaha..Tak nak ingat lah..Nanti terconvert dengan Ringgit..Nasib lah air tu boleh refill huhu..Setiap kali refill kena bayar SG5 jer..Kami pilih iced lemon tea..Tu jer air yang bukan bikarbornat..Yang lain ada gas..


Satu dekat sini yang aku terpaksa setuju dengan anak anak adalah Transformers The Ride (The Ultimate 3D Battle) tu bestttttttttttt gilehhhh! Ya Allah sumpah aku menjerit HAHAHAHAHA..Apa real sangat ni. Badan menghentak betul betul masa duduk dalam kereta tu..Abang long siap naik 4 kaliiii! Aku sekali cukuplah..Takutttt sebab real sangat..Rasa macam betul betul nak kena langgar..Adoii..


Nampak tak kepala Transformers yang diaorang pegang tu wak..Kena lagiiiiiiiii HAHAHAHAHAHA..Ni botol air kedua dan ketiga yang dia berkenan..Alaahh sayang..Lagi lama duduk area Transformers, lagi banyak duit keluar..Yayy sempat ambil gambar masa Meet & Greet. Autobots tu bercakap yer wak. Ada orang dalam tu ahhahaha..Hello Humannn..Kahhh..Tapi sini memang best kot..Tempat paling lama kiteorang lepak. Apak ntah mana mana perginya..Dia pergi naik roller coaster yang laju giler tu.

Ada 2 roller coaster iaitu Battlestar Galactica (Human) & Battlestar Galactica (Cylon). Nak naik ni tak boleh bawa even wallet pun. Kena kosong semua dalam poket. Sama ada orang pegangkan barang atau ada locker disediakan. Sebab roller coaster dia giler laju..Berpusing tonggang terbalik. Ko berani? Aku memang tak lah..Tapi husband gigih beratur..Dia tinggalkan kiteorang dalam berejam juga..Ntah berapa kali repeat lah naik tu..Lama betul tunggu..Hehh sangat..Anak saper nak jagaaaa ni bang? Amboi lupa diri kan dapat main..


Sementara tunggu seorang papa yang dah lupa dunia seronok sangat main roller coaster tu ahahahahaha..Meh lah bawa anak anak tengok street show..Penting tau ada Map dekat tangan korang..Sebab korang boleh plan untuk rancang nak pergi mana mana. Dapatlah join Meet & Greet dan Live Show tu nanti..


Ni tempat yang aku palingggggggggggg sukaaaa..Abang long sampai cakap, mama ni peminat Sesame Street ke? HAHAHAHAHHAHA..Hey ni kartun mama kecik kecik tahu tak. Mestilah mama suka..Sesame Street ni dekat New York Area..Gambar bawah ni kiteorang naik kapal, Sesame Street Spaghetti Spase Chase..Comel sangat dalam ni..Korang just duduk dalam tu nanti akan diterbangkan ke satu tempat yang semuanya comel comel dalam tu..


Lepas tu sempat berkejar ke Sesame Street Stage Show..Sini pun bestttttttt..Budak budak boleh joget joget. Nanti character tu akan pergi dekat kerusi kita dan salam salam..Tapi kembar dapat hugssss sebab duduk duduk tepi kan..Suka! Suka!..Kena bawa anak tengok stage show ni ya..Make sure korang alert dengan show time dia..


Keluar jer dari situ, ada street show dekat depan tu jer..Masih lagi bersama dengan Sesame Street huhu..Lepas jer character character tu menyanyi dan menari dekat situ, korang kena cepat cepat beratur dan boleh bergambar sama sama..Dapat lah anak anak bergambar dengan beberapa character yang ada..Kena cepat beratur tau sebab dia ada limit berapa orang jer dapat bergambar..



Aku beli fridge magnet dekat area Sesame Street ni lah..Sebab fridge magnet dekat sini comel comel hahahahaha..Kakak cannot tahan lah..Jiwa kanak kanak tu masih menebal. Abang long dengan abang ngah cakap kenapa dekat Transformers tadi mama tak beli fridge magnet pun? Amboi amboi yang 3 kepala Transformers mahal nak mamps tu apa nak? Minta fridge magnet pula yer..Dah sudah. Kasi chance mama pula..


Tengah tengah menunngu live show lagi, tetiba dia keluar hahahahaha..Saper ni? Sorry kakak tak ingat nama dia. Yang pasti dia suka membebel. Takut anak aku tengok lelaki ni ahahahaha..Pastu orang nak ambil gambar dengan dia, bergerak sajer..Tak reti diam. Ya tuhan..Aku tampa kang ahahahaha..


Dekat Hollywood Area ni merupakan tempat last untuk kiteorang jalan sebelum keluar dan say bye bye dekat USS..Pastinya ada The Minion! Haa yang ni turn kembar pula wak nak bekas popcorn Minion tu ahahaha..Ok lah sebab tadi dah beli 3 barang. Mama tambah 1 lagi untuk cukupkan 4. Anak 4 kan. Kena lah adil. Sorang satu dapat. Mak beli fridge magnet jer jadi lah HAHAHAHAHA..


Kalau korang tanya, nak pergi lagi tak USS? Nakkkkkkkkkkkkk! Nak sangat repeat sebab anak anak suka sangat dekat sini. Even kembar tak sihat pun tapi diaorang tak crancky sangat.. Diaorang layan jer masa hari tu..Alhamdulillah 1 bucket list tercapai. Thanks Dutch Lady untuk hadiah ni. Terima kasih juga pada PR. Dengan hadiah ni, seribu kebahagiaan dapat diberikan pada anak anak. Tuhan je mampu balas jasa dan peluang yang diberikan ni..


Nasib baik dekat tempat Madagascar atau Far Far away diaorang tak minta apa apa. Transformers jer diaorang tak boleh nak dibendung hahahaha..Nampak Transformers masing masing jadi hyper. Botol air tu masih tak digunakan lagi ya kecuali yang tinggi tu jer..Abang long cakap sayangggg...Minta mama letak dalam bilik. So bangun pagi boleh tengok Transformers rasa semangat nak ke sekolah..Motif sangat..


Blog banyak bagi peluang rezeki untuk anak anak..Alhamdulillah..Terima kasih PR & Dutch Lady sebab sudi pilih entry kak fink sebagai entry terbaik..Kak fink akan cuba bagi sebaik mungkin dalam memenuhi apa yang client nak. Selebihnya kita serahkan pada Tuhan yang memberi rezeki. Yang penting peluang yang diberi tak kan sekali disia siakan..

Sebenarnya terima kasih yang amat sangat selayaknya harus aku berikan pada anak anak sebab merekalah yang selalu jadi Penolong No.1 dalam setiap blog task mama..Terima kasih Hulubalang. Ini hadiah buat kalian. Saat kalian gembira melihat kejutan ni, saat itu lah kegembiraan yang tak boleh dibeli di tempat lain buat mama. Proud mama. Alhamdulillah..

Previous Entry to Click:
Surprise Trip USS: Jalan Jalan JPO

tabung dibuka untuk tempat impian seterusnya..bila nak penuh ni ahahaha



You Might Also Like

8 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Terharu nye tengok akak layan dieorg ni. Saya ni xtau la aneeq besar nanti camne

    ReplyDelete
  2. dptkn surprise ank2 camni..mau nk nangis bila tgk muka ank2 excited kn bila smp...dlu tisya ms bw pi sini ckp kt die nk p Disneyland sbb asyik dok berzikir je bila nk pegi disneyland...blum tercapai lg hajatnya..so kita bw ke USS dlu...mujur die xtakut ms bergambar ngan maskot tp sempat die tanya mana maskot MICKEY & MINNIE dh kata disneyland ada maskot tu kn...apa2pn mmg enjoy ke uss...dlu pn naik bas kt tune sbb mmg stay kt tune hotel ...ingt nk repeat lg kalo ada rezeki..paling best kt TRANSFORMERS tu..mmg xpuas seharian kt situ

    ReplyDelete
  3. Budak-budak tak mungkinlah tak suka pi tempat cenggini... makpak je yang tak suka sebab fulus terobang harhar!... Cantik gambar! Jemput Singgah: JJCM: Restoran Nasi Arab Taif

    ReplyDelete
  4. Salam kenal..

    Alhamdulillah rezeki anak2 ye...tgk depa happy tu yg buatkan kita nak work harder kan...

    Hopefully dapat jugak bawak anak2 kita ke USS ni. Excited tgk sis & family riang ria cam taknak balik tu :D

    ReplyDelete
  5. Bila dapat gembirakan anak dgn tempat idaman diorg memang puas hati kan.. rezeki anak2 sbb byk tolong kak fink..

    ReplyDelete
  6. Bestnya mama buat surprise ke uss singapore. Lepas ni mesti anak ajak lagi ke sana kan

    ReplyDelete
  7. masing-masing sengeh sampai telinga ni tau...sakan! hahahaha...betul kak...skrg kalau nak kemana-mana mmg jangan convert...sally dok seoul tu kak...mmg pejam mata je !

    ReplyDelete
  8. Ok kita sebak baca entry ni...dalam masa sama happy la jugak kan sebab kepuasan tak terhingga sebagai parents bila dapat gembirakan anak2..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!