Followers

Funtasia Hotel Bangi Putrajaya: Restoran Hotel Bertemakan FunFair & Karnival

11:51:00 AM

Cuti Hari Buruh yang lepas kak fink berkesempatan bersama sama dengan family dapat ke Hotel Bangi Putrajaya untuk meraikan sambutan 20 tahun hotel ni dan juga majlis perasmian pembukaan restoran yang telah diberi nafas baru di sini iaitu Restoran Funtasia..Masa masuk jer hotel ni, anak anak dah dihadiahkan dengan lollipop besar ni sorang satu..Apa lagi kan seronok lah budak budak ni..


Dengan tagline A Magical Culinary Experience. Memang sedap sangat lah makanan makanan yang disajikan. Restoran Funtasia yang baru ni lebih besar ruang makannya hingga boleh memuatkan 800 pax dan mempunyai warna warna terang seperti oren, turqoise dan juga kelabu. Dari restoran ni memang boleh nampak swimming pool. Yang membuatkan kita rasa kawasan ni luas lagi sebab boleh nampak natural lighting yang akan masuk dari pintu pintu sepanjang restoran ni..


Sesuai sangat dengan nama Funtasia untuk restoran ni, dari pintu masuk lagi kami dah disambut dengan satu Ferris-Wheel yang berpusing pusing menanti kehadiran tetamu pada hari tersebut..Huwaaa comelnyaaaa..Kita boleh pilih nak hidangan yang ada di Ferris-Wheel tu..Menarik sangat pada kak fink sebab tak jumpa lagi dekat mana mana hotel yang pernah kak fink pergi sebelum ni..Sesuai dengan tema Funtasia ni iaitu Playful Decor. Seolah olah pemandangan di Funfair dan juga kelihatan seperti karnival gitu..


Pelbagai jenis menu dan hidangan disediakan untuk meraikan sambutan yang cukup meriah ni. Antaranya menu western, melayu, jepun dan banyak lagi sebenarnya disajikan pada kami. Larat dengan tidak jer nak rasa semuanya..Maklumlah majlis start pada jam 11.00 pagi sehinggalah pukul 4.00 petang..Hashtag hari tu, makan sampai kenyang hahahahaha..Eh bukan kita yang bagi tau wak. Memang hashtag dia camtu..Sampai terik perut makan haaa


Beef Pepperoni Pizza ni antara tempat yang ramai orang beratur untuk makan tau..Letak je mesti habis..Lagipun pizza ni chef buat nipis nipis jer. So tak cepat rasa muak. Sebab tu boleh makan banyak hihi..Sedap! Anak anak aku suka makan pizza dia..


Mushroom Soup with bread juga disediakan. Ni antara hidangan pertama yang aku cuba masa hari tu..Sedapppp! Mushroom soup dia pekat. Best sangat dapat cicah dengan roti tu. Roti pula lembut jer.. Tak cukup 1 roti tu. Kena makan 2 baru cukup wak hahahahaha..


Pau cendawan pun ada hikhik..Comel kan..Memang diaorang sajikan dengan saiz yang comel comel macam ni..Dalam tu ada custard..Anak anak pun suka yang ni sebab senang nak makan. Lembut dan kecil je saiz dia..


Dim Sum pun ada wak. Masa ni kak fink sempat rasa 2 jenis dim sum yang pihak hotel  sediakan..Semua tempat kalau boleh nak rasa serba sikit jer ahahahaha..Bukan apa, rugi lah kalau pergi buffet tapi makan sekali jer..Kena lah rasa semua baru senang nak review untuk korang cuba pula nanti..



Ni antara hidangan daripada Restoran Jepun yang ada di Hotel Bangi Putrajaya. Mana lah tahu ada antara korang yang baca ni suka sangat dengan makanan jepun, boleh lah ke Kazumi Japanese Restaurant. Banyak juga menu menu menarik hidangan jepun yang ada dekat sini.



Bahagian paling tak sabar aku nak cuba..Semestinya dessert corner..Huwaaa masa nak makan dessert ni perut memang dah terik sangat. Takut nak teruskan makan ahahahahaha. So aku decide untuk rehat rehat kejap dekat meja sambil layan live band..Bila dah rasa lega, baru aku ke sini untuk menikmati dessert yang sedap sedap tu..Terutama Tiramisu dan Cheese Cake..Huwaaa sempurna betul kejadian dia..Sedap dan lembut sangat! Yang buat aku suka sebab rasa tu tak terlalu manis..



Yang gambar belah kanan sekali tu bukan aiskrim tau tapi gelato. Gelato ada 2 jenis hari tu. Satu adalah Gelato Oreo dan satu lagi Gelato Bunga Kantan. Mula mula kan takut juga nak cuba yang rasa bunga kantan tu tapi bila cheff suruh cuba, baru ada keberanian nak rasa gelato bunga kantan. Rupanya memang sedapppp ok. Rasa masam masam macam lemon tu..Memotong rasa loya selepas makan terlalu banyak hahahahaha..


Husband aku kalau pergi mana mana, memang dia akan cari jeruk untuk kunyah kunyah sebagai pencuci mulut. Nasib dekat Funtasia ni ada hari tu..Semua warna dia ambil. Semua jenis jeruk tu dia suka ahahahaha..Amboi mengidam ke apa ni..Habis yer dia makan.Memang nak makan sangat ke apeni?


Selalunya aku kalau pergi buffet di hotel, memang jarang nak ambil nasi. Kalau ambil pun sebab nak suap kembar makan jer tapi hari tu, tak boleh menolak wak. Rasa nak makan nasi juga sebab lauk tu memang sedap untuk dimakan bersama dengan nasi. Tiba tiba rasa lapar yang amat sangat hahahaha..Kemain amik lauk penuh pinggan haaa..Sotong ada, udang ada, ayam ada dan daging pun ada..



Ambil serba sikit jer sebab nak rasa. Dalam pinggan tu semua kita suka tapi kalau ditanya mana paling suka semestinya pau cendawan tu. Custard dalam tu tak manis sangat..Just nice jer rasa dia..Prawn cocktail pun sedap juga. Kemain besar udang. Yang prawn cocktail tu kita ambil dekat Ferris-Wheel depan pintu masuk tu hihi..


Seafood Aglio Olio dia berhantuuu wakkk...Serius cakap, aglio olio di Funtasia ni memang terbaikkkk...Cukup rasa. Cukup sifat. Cukup bahan bahannya..Seafood pun besar besar dalam menu ni..Untuk dapatkan Seafood Aglio Olio ni, korang kena beratur dan order dengan chef yang ada di situ. Makan panas panas tu yang buat sedap juga tu..



Bila Cha Cha The Clown datang meja ke meja. Orang yang paling seronok mestilah anak anak. Diaorang memang tunggu jer Cha Cha ni datang meja bawa belon hahahaha..Macam macam belon diaorang request..Thanks Cha Cha happykan anak anak kak fink hari tu..Sorang nak pedang. Sorang lagi nak pistol hahahahahaha. Rajin Cha Cha nak melayan korang kan..


Ni paling dia suka sebab dapat makan gula gula kapas yang gebu tu..Bahagia betul budak budak ni. Funtasia tu jer dah melambangkan satu tempat yang penuh dengan keseronokkan. Terutamanya untuk kanak kanak. Kalau anak happy, of course lah mama pun akan happy juga..


Ni lagi sorang sugar rush hahahahaha..Lollipop besar sangat. Mulut saya kecik jer nak makan. Ternganga nak makan hahahhahaha..Tak kisah lah, mama bagi jer anak nak makan. Sesekali bagi diorang enjoy childhood diaorang kan..Balik gosok gigi ok..


Meja kiteorang strategik sangat. Betul betul depan live band hihi..Terhibur betul tengok akak tu perform. Sambil makan sambil kita berhibur gitu..Dan dalam masa yang sama, akan ada pop kuiz untuk tetamu jawab. Siapa dapat jawab dengan betul, dapat hadiah daripada pihak Hotel Bangi Putrajaya..


Dalam pukul 1.00 macam tu, di bahagian taman yang berdepan dengan kolam renang tu ada disediakan khemah untuk anak anak join aktiviti dengan Cha Cha..Bukan setakat games jer tapi ada hadiah juga yang akan Cha Cha bagi nanti..Setia abang long dan abang ngah tu tunggu dekat situ hahaha..Nak hadiah punya pasal..


Ada juga inflatable bounce house ni untuk anak anak main juga..Kiteorang plan lepas makan ingatkan nak balik lah tapi bila anak anak terlebih seronok dekat luar ni, ok lah mama dengan papa tunggu sambil makan makan lagi..Diaorang tak kisah dah panas waktu ni. Janji dapat main! Enjoy your holiday kids..



Rezeki abang long menang Hot Wheels Car daripada Cha Cha..Suka betul haa dapat kereta. Walaupun sebiji kereta tapi mampu buat dia tersenyum sampai malam tau..Budak budak kan. Dapat makan, dapat hadiah, diaorang dah cukup happy dah. Memang nampak muka enjoy dia sepanjang di Hotel Bangi Putrajaya ni..


Eh mak pun menang juga hikhik. Yayyyy kak fink menang vouchers untuk lunch ataupun hi tea untuk 2 orang di Funtasia Hotel Bangi Putrajaya. Alhamdulillah, nanti boleh lah dating dengan apak dia dekat sini berdua jer ahahahaha ataupun bawa sekali anak anak. Budak budak kan. Top up sikit jer. Ingat nak pergi lepas raya nanti. Lagipun boleh redeem sampai bulan ogos ni..Ada banyak masa lagi  hihi..


Terima kasih Hotel Bangi Putrajaya sudi jemput kak fink sekeluarga di sini. Percayalah semua seronok sangat hari tu. Makanan sedap sangat. Aktiviti pun best. Yang penting Funtasia memang seperti namanya. Penuh warna warni. Seolah olah kita berada di lalaland. Lokasinya bersebelahan dengan kolam renang memang menenangkan. 

We had so much fun. Thanks again PR dan semua staff yang menyambut kedatangan kami dengan layanan yang mesra. Dari front desk sampai lah ke Cheff semua baik baik jer..Rasa sangat di alu alukan. Keep it up guys! Ini pengalaman pertama kali jejakkan kaki ke Hotel Bangi Putrajaya. Pastinya bukan yang terakhir. Kita suka sangat hotel ni wak.


For reservations: 03-8210 2222

happy 20th anniversarry Hotel Bangi Putrajaya :)
semoga terus menawan hati para pengunjung untuk ke sini lagi..



You Might Also Like

9 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Wah seronoknya... Dapat makan, dapat main, dapat hadiah... Murah rezeki fink sekeluarga ye...

    Rasa macam nak try lah hehe

    ReplyDelete
  2. wah...sedapnye tgk makanan tu semua..cam best jee

    ReplyDelete
  3. Alahai diya akk baca pon tumpang seronok diya.. semua makanan tu menggugat rasa betul laa diya..wah banglong dpt hadiah gak..mama pon dpt.tahniah banglong tahniah diya..murah rezeki sokmo..

    ReplyDelete
  4. aiseyy rugi balik awl hr tu...ingtkan menan inflatable house tu hiasan je...zafirah suka main tu...haha sy pn suka oglio olio dia...pandai chef tu masak..ecece ^_^

    ReplyDelete
  5. Huishh makanannyaaaa.. sedap-sedap semuanyaaa... meriah betul.. rugi tak dapat pergi haritu ni

    ReplyDelete
  6. lpr plak tgk menu2 tu..i like dessert...bdk2 pantang la nmpk lolipop cantik tu..wah tahniah nanti dpt mkn2 lg dh menang voucher lunch/ hitea tu kn

    ReplyDelete
  7. Wahh dapat makan, dapat mainan...kalau si kembar ni pun konpem senyum sampai malam gak hehe

    ReplyDelete
  8. Funtasia ni unik sebab ianya berkonsepkan moden dan riang...mmg bila masuk je nampak roda ferris ni buat kita rasa macam kita ada kat funfair tau!

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!