Followers

10 Sebab Kena Pergi LEGO® Star Wars Days di LEGOLAND® Malaysia Resorts

8:35:00 AM

Siapa sini peminat LEGO® Star Wars? Kak fink percaya pasti ramai peminat yang mengikuti LEGO® Star Wars kan? Bukan hanya golongan kanak kanak tapi golongan dewasa pun sama hahahaha..Dan pada tahun 2017 ni, sempena 40 tahun Star Wars, sekali lagi secara besar besaran sambutan LEGO® Star Wars Days akan diadakan di LEGOLAND® Malaysia Resorts bermula 28 April sehingga lah 31 Mei 2017..

LEGO® Star Wars™ Minifigures

Sambutan selama 34 hari ini pastinya telah disusun dengan pelbagai aktiviti menarik dan menghiburkan untuk seisi keluarga. Mesti korang nak tahu kenapa korang perlu ke LEGOLAND® Malaysia Resorts sempena LEGO® Star Wars Days ni kan? Ok meh kak fink kongsikan 10 sebab untuk korang ke sana pada bulan Mei ini..

 Dari Kiri Ke Kanan: 
Kurt Stocks (Pengurus Besar LEGOLAND® Malaysia Resort), Leslie Falvey (Pengurus Besar LEGO® Malaysia),  Thila Munusamy (Pengarah Jualan & Pemasaran LEGOLAND® Malaysia Resort), Jacob Leighton Rennison (Ketua Pemasaran LEGO® Malaysia)


10 Sebab untuk ke LEGO® Star Days Wars:

1. Penglibatan dalam Epic Battles melalui LEGO® Star Wars ™ Miniland 'Live' 
Di sini korang dapat melihat dengan mata sendiri pameran terbesar model LEGO® Star Wars™ MINILAND di mana ianya merupakan satu satunya seumpamanya di Asia. Model ini dibina dengan menggunakan lebih daripada 1.5 juta LEGO®. Boleh tak bayangkan betapa besarrrrnya model tersebut? Yang lebih menariknya akan ada 7 bilik yang mengambarkan adengan adengan yang terdapat dalam setiap filem Star Wars ™

2. Sertai Imperial March Terbesar  (13 & 14 Mei sahaja)
Untuk pengetahuan semua, pada tahun ni seramai lebih 100 watak watak Star Wars ™ akan berarak di jalan jalan LEGOLAND® Malaysia Resorts. Dan pada tahun ini juga semua pengunjung boleh turut sama berarak bersama mereka. Hohemjiiii teruja nyaaaa. Bayangkan korang boleh berdiri sebelah StormTrooper ataupun Darth Vader yang handsome itu hahahaha..Pengsannn la macam ni..Ni bukan anak anak jer akan teruja tapi percayalah ibu dan ayah pun akan sama teruja bila nampak watak watak ni depan mata kan..

3. Ambil Gambar dengan 'Stormtroopers Dancing'
Yang ni paling tak sabar nak tengok ok. Pernah tengok Stormtroopers menari? Hahahahah tak pernah kan? Haaa kalau nak tengok sendiri dan turut serta menari bersama dengan Stormtroopers tadi, lock your calendar now. Abang Darth Vader juga akan membuat penampilan istimewa untuk korang dapat ambil gambar bersama sama. Bukan hanya Darth Vader tapi juga Jedi dan Princess Leia pun akan berada di sana..

4. Sesi Mengingati & Mengenang Puteri Terhandal Segalaksi
LEGOLAND® akan menjadi tuan rumah untuk sesi mengenang puteri kesayangan ramai, puteri terhandal segalaksi. Yang tengok Star Wars mesti tahu siapa puteri tu kan?

5. Menyertai Kuiz Star Wars™ di dalam Trivia Hunt
Korang berpeluang menjawab kuiz khas sepanjang Trivia Hunt yang akan diadakan di dalam LEGOLAND® Malaysia Resorts. Masa ni lah nak uji tahap memori korang mengenai Star Wars™. Kalau betul betul peminat mesti korang dapat selesaikan kuiz tersebut..

6. Spot Stormtrooper
Korang boleh tebus hadiah misteri sekiranya korang dapat melihat gambar Minifigure Stormtrooper yang ada pada name tag staff LEGOLAND® Malaysia Resorts. Ambil gambar dan tunjuk gambar tadi di kaunter masuk untuk menebus hadiah misteri yang disediakan.

7. Menjadi Pahlawan Jedi  di Akademi Jedi LEGOLAND®
Kak fink yakin ni memang impian semua peminat Star Wars kan. Master Jedi akan melatih korang untuk menguasai kuasa Jedi di Akademi Jedi dan mereka yang dapat membuktikan kemahiran mengusai kuasa tadi akan diberikan Sijil Akademi Jedi LEGOLAND®. Huwaaa bestnyaa!

8. Menjadi ™ Jetsetter Star Wars dengan Passport LEGOLAND® Star Wars ™
Passport akan diberikan kepada pengunjung muda di mana mereka perlu mengumpul setem daripada aktiviti yang diadakan sempena LEGO® Star Wars™ Days ni seperti membina R2D2, Trivia Hunt, Pertandingan Speed Building dan banyak lagi. Mereka yang terawal dan bertuah akan berpeluang menebus bata istimewa. Tertakluk kepada mereka yang terawal sahaja ya

9. Berpeluang membina mural LEGO® Star Wars ™ di Hotel LEGOLAND®
Akan terdapat satu mural besar LEGO® Star Wars di Hotel LEGOLAND® untuk korang bantu menyiapkannya di sana. Yang ni hanya untuk para tetamu hotel sahaja ya. Tidak dibuka untuk orang luar.

10. Star Wars ™ Movie Nights
Hotel LEGOLAND® akan menayangkan dua episod pertama epik Star Wars saga setiap malam bermula jam 9.30 malam. Sekiranya korang memilih untuk tinggal di Hotel LEGOLAND®, jangan lepaskan peluang ni ok.

Bersempena dengan LEGO® Star Wars Days ni juga, korang boleh dapatkan koleksi LEGO® Star Wars Classic di LEGOLAND® Malaysia Resorts. Ni kak fink kongsikan sebahagian gambar di atas untuk korang kumpul dan simpan sebagai koleksi. Mesti ramai peminat peminat LEGO® Star Wars dekat sini kan..Siap boleh dapat dapat hadiah lagi tau!

Dengan lebih daripada pembelian RM100.00 daripada mana-mana LEGO® Star Wars ™, korang akan dapat Percuma LEGO® Star Wars ™ U-Wing Fighter  ATAU LEGO® R2-D2 dengan sebarang pembelian LEGO® Star Wars yang melebihi daripada RM300.00. Sementara stok masih ada ya. Kalau nak dapatkan hadiah ni tadi secara percuma, cepat cepat grab ok..


Promo Istimewa sepanjang  LEGO® Star Wars ™ Days:

  •  Kemasukan secara PERCUMA ke taman untuk kanak-kanak yang berpakaian penuh costume Star Wars ™ . Bukan T-Shirt ya tapi costume. Untuk maklumat lanjut bagaimana costume tersebut, korang boleh layari laman web rasmi LEGOLAND® Malaysia Resort untuk melihat Terma dan Syarat serta Garis Panduannya di www.legoland.com.my
  • Bagi mereka yang membeli tiket secara dalam talian dari 19 april - 9 Mei 2017 di website  LEGOLAND® Malaysia Resort, korang boleh menikmati potongan sebanyak 20%.
  • Promosi TWO-TO-GO : Nikmati potongan sebanyak 28% apabila korang membeli dua tiket taman tema 1 hari / kombo sebagai satu pakej secara online bermula 10 Mei hingga 20 Mei 2017.  

Jadi tunggu apa lagi guys, kak fink dah kongsikan di atas 10 sebab kenapa korang perlu ke LEGOLAND® Malaysia Resorts untuk sama sama memeriahkan LEGO® Star Wars Days sepanjang Mei 2017 ni. Pastinya tahun ni lebih meriah daripada tahun tahun sebelumnya. Yang teringin sangat nak tengok kemeriahan dia macam mana, sila grab promosi istimewa yang ditawarkan.

Mesti anak anak happpyyyyy dekat sini. Percayalah walaupun korang dah banyak kali datang ke LEGOLAND® Malaysia Resorts ni, banyak kali itu juga lah korang akan rasa teruja! Lebih lebih lagi kalau ada acara istimewa macam ni. Sebab selalunya bila hari hari istimewa macam ni, aktiviti yang disediakan lebih menarik dan banyak untuk hiburan seisi keluarga..

Instagram: @legolandmalaysia

teringin nak tengok Stormtroopers menari tu hahahaha..mesti comel!
may the 40th be with me hahahaha..oh please..nak jumpa abang Darth Vader



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. ank2 yg suka star wars ni wajib la pegi kn...gmbr last tu trus nmpk shocking pink sbb diapit oleh 2 color putih hehe

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum diya..wah !! best mmg kena pi ni...diya dtg event kat legoland nanti x..?
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!