Followers

LEGO Star Wars Day yang cukup meriah dan besar besaran di Legoland Malaysia Resort

1:59:00 PM

Daripada penghujung April sehinggalah penghujung Mei 2017 ni merupakan LEGO® Star Wars Days yang diadakan secara besar besaran di Legoland Malaysia Resort. Semestinya acara tahunan yang sering kali disambut dengan penuh kemeriahan dan besar besaran sangat dinanti pada tahun 2017 ini kerana ianya menampilkan perbezaan daripada tahun tahun sebelum ini..


Yang lebih menariknya pada tahun 2017 ni, lebih ramai yang akan turut serta untuk perarakan Star Wars yang akan bermula dari Hotel Legoland dan akan berakhir di Star Wars Miniland Live yang terletak di dalam Legoland Theme Park..Dengar kata seramai lebih kurang 200 orang yang menjayakan perarakan ini dengan memakai kostum lengkap Star Wars..Memang rasa macam tengok cerita Star Wars depan mata ok masa ni..

 

Legoland Malaysia Resort, selaku tuan rumah untuk LEGO® Star Wars Day ni, turut menyediakan sesi mengenang puteri kesayangan ramai dan puteri terhandal segalaksi dengan mempamerkan rekaan wajah puteri tadi menggunakan LEGO. Yang tengok Star Wars mesti tahu siapa puteri tu kan? Semestinya Princess Leia.


Masa kiteorang nampak Darth Vader dah bersedia untuk melangkah dengan gagahnya, ramai dah jerit dulu wak ahahahahaha..Handsomeeeenya abang hitam ni..Untuk pengetahuan korang, seramai lebih kurang 200 karektor Star Wars memakai kostum penuh pada hari tersebut..Ramai sangat sangat ya..Daripada golongan dewasa sehinggalah golongan kanak kanak turut memakai kostum penuh Star Wars..


Diikuti dengan Princess Leia, Stormtroopers dan banyak lagi karektor yang korang minat ada pada hari tersebut..Percayalah, bukan anak anak je teruja tapi ibu bapa pun turut sama teruja. Yer kak fink pun termasuk sekali dalam golongan ibu bapa teruja tu ahahahaha..Depan mata. Macam tak percaya ok..


Dari hotel, mereka berarak menuju ke Star Wars Miniland Live di dalam Taman Tema Legoland ni..Kiteorang siap kejar semata mata nak ambil gambar Darth Vader tu ahahahaha..Nampak tak tahap keterujaan hari tu macam mana..Kebetulan masa ni hujan renyai renyai..Tapi tak menghalang semangat semua peminat peminat Star Wars untuk berdiri di situ sambil melihat perarakan yang hanya boleh dilihat setahun sekali ni..


Kiteorang juga berpeluang masuk ke dalam Star Wars Miniland Live. Di sini korang dapat melihat dengan mata sendiri pameran terbesar model LEGO® Star Wars™ MINILAND di mana ianya merupakan satu satunya seumpamanya di Asia. Model ini dibina dengan menggunakan lebih daripada 1.5 juta LEGO®.


Boleh tak bayangkan betapa besarrrrnya model tersebut? Yang lebih menariknya akan ada 7 bilik yang mengambarkan adengan adengan yang terdapat dalam setiap filem Star Wars ™. Dekat sini ada korang boleh tengok kesemuanya di bina dengan menggunakan LEGO® dan yang lebih menarik, ianya boleh digerakkan dan mempunyai lampu serta audio dengan menggunakan butang yang disediakan di setiap rekabentuk tadi.



Abang ngah jumpa kembar ke tu hahahahahaha. Suka betul dia dapat jumpa Stormtropper hari tu. Banyak pula tu..Bukan satu dua jer..Tapi berpuluh puluh Stormtroppers berlegar legar dalam Legoland. Tinggi ada. Rendah ada ahahahaha..


Aktiviti lain sepanjang LEGO® Star Wars Day sepanjang kak fink di Legoland hari tu adalah dapat Meet & Greet dengan karektor karektor Star Wars ni.. Seriously kiteorang tunggu jer dekat Mindstorm ni sebab ni merupakan laluan diaorang lalu ahahahahaha..Tak bergerak ok..Anak anak lah yang excited nak bergambar..



Mereka yang memakai kostum Star Wars ni pula semuanya sporting dan ramah ramah..Tengok tu siap peluk peluk abang long tu haaa..Anak anak happy. Of course mama dan papa pun akan happy sekali kan..Abang long tu siap kejar, cepat mama..cepat. Dia dah tak kisah nak main masa ni. Nak ambil gambar dengan karektor karektor yang dia minat dulu..


Lama tau kiteorang tunggu Darth Vader lalu dekat sini hahahahahaha..Tapi tak pe, kena sabar..Dan akhirnya masa Darth Vader lalu, terus tahan dia. Yayyy dapat juga akhirnya. Tengok abang ngah pun nak jadi mini Darth Vader ahahahahaha..Kelakar sangat ni. Darth Vader tu siap buat buat terkejut masa tengok abang ngah pakai topeng tu..Adoii..


Kak fink yakin ni memang impian semua peminat Star Wars kan. Master Jedi akan melatih korang untuk menguasai kuasa Jedi di Akademi Jedi dan mereka yang dapat membuktikan kemahiran mengusai kuasa tadi akan diberikan Sijil Akademi Jedi LEGOLAND®. Huwaaa bestnyaa! Merasa lah dapat pakai kostum dan pegang pedang tu kan..Bukan tu jer, adik adik ni siap dapat sijil tau..

Sesiapa yang nak join Akademi Jedi ni, make sure korang register nama dulu dekat staff Legoland yang berada di kawasan pentas ni. Dekat mana Akademi Jedi ni? Senang jer, cari Market Restaurant dan pentas ni berhadapan dengan restoran tadi. Kalau dari pintu besar ambil kiri dan terus ke belakang ya..


Selain tu jangan lupa dapatkan passport ni di depan pintu masuk Legoland untuk korang kumpulkan stamp yang ada di situ. Selesaikan keenam enam soalan dan tunjuk balik passport tadi untuk redeem hadiah misteri yang telah disediakan. Kena cepat tau. Selagi stok masih ada. Tapi jangan risau, soalan tak susah pun hihi..


Walaupun penat berlari ke sana sini sebab nak kejar Darth Vader hahahahahah tapi kami seronok dapat tengok sendiri depan mata perarakan yang tersangatlah meriah dengan pelbagai watak yang selama ni kami tengok jer dalam TV. Ni dapat tengok real depan mata. Kesemuanya memakai kostum yang lengkap dan membuatkan kita seolah olah berada dalam cerita Star Wars yang sebenar..


Untuk korang yang teringin nak merasai apa yang kak fink rasa hari tu, masih ada masa lagi ya sehingga 31 Mei 2017 ni tapi tak de perarakan tu tadi sebab perarakan tu hanya pada hari 13 Mei 2017 sahaja. Tapi korang masih berpeluang bawa anak anak join Akademi Jedi, explore Star Wars Miniland Live dan juga treasure hunt yang akan diadakan. 

Jangan lupa cari staff yang pakai nametag dengan gambar Stormtrooper tau..Nanti korang akan dapat hadiah misteri dari Legoland..Nak tahu apa lagi aktiviti menarik yang ada sepanjang LEGO® Star Wars Day ni, boleh check it out entry blog kak fink yang terdahulu di: 10 Sebab Kena Pergi LEGO® Star Wars Day

Instagram: @legolandmalaysia

impian jadi kenyataan sangat dapat join sambutan terbesar ni..
LEGO® Star Wars Day memang terbaikkkk..Rugi tak pergi tau..




You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. sronok la bdk2 peminat star wars bila ada mereka yg berpakain star wars tu

    ReplyDelete
  2. rindu legolanddddd kenangan dating pas kawin hehehhe

    ReplyDelete
  3. waa.. kak diya !!! pegi tak hajak !! hee~

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!