Followers

VEST: Pertandingan Keusahawanan Untuk Mahasiswa Dengan Tawaran Hadiah RM50,000

10:36:00 AM

Untungnya jadi pelajar zaman sekarang..Macam macam aktiviti dan pertandingan yang diadakan. Dalam masa yang sama, kalau menang memang betul betul boleh jadikan simpanan masa depan ni. Peluang dulu dan sekarang tak sama kan? Zaman sekarang ni macam macam pelajar boleh sertai dan timba pengalaman..

Korang pernah dengar tak tentang VEST? VEST ni adalah singkatan daripada:
V: Varsity
E: Entrepreneurship
S: Skills
T: Talents


VEST ni merupakan satu pertandingan keusahawanan yang melibatkan 1000 mahasiswa daripada 20 Institut Pengajian Tinggi dengan 200 idea perniagaan yang bakal dikembangkan..Segala teknik ini adalah sebagai persediaan kepada mahasiswa dalam bergelar seorang usahawan. Dalam tempoh 6 bulan, peserta akan diberi pendedahan tentang:
  • Teknik terkini jualan
  • Teknik pemasaran dan penjenamaan
  • Teknik komunikasi yang berkesan
  • Teknik membina rangkaian francais
  • Teknik perancangan kewangan 

Sebab tu kak fink cakap, untungnya pelajar pelajar sekarang dapat peluang macam ni waktu masih bergelar mahasiswa kan. Kak fink dulu kena masuk kursus di luar kalau nak dapatkan ilmu. Masa belajar dulu peluang tak sebanyak ini..Nak cari kerja sekarang bukan senang yer..Ini antara langkah langkah persediaan yang boleh kita ambil sebagai langkah membantu ekonomi keluarga kan..


Antara Objektif yang ingin dicapai dalam VEST ni adalah:
  • Memupuk dan melahirkan usahawan dikalangan pelajar universiti awam tempatan
  • Membangunkan nilai nilai keusahawanan dikalangan pelajar
  • Menawarkan peluang perniagaan serta mengembangkan perniagaan yang sedia ada secara lebih sistematik
  • Menyampaikan maklumat berkaitan dengan agensi keusahawanan yang menyediakan kemudahan pembiayaan, latihan, kemudahan intrastruktur dan akses kepada pasaran
  • Mencipta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor


Banyak kelebihan yang boleh didapati daripada VEST ni. Bukan sekadar kepada para pelajar tetapi juga kepada Universiti yang terlibat dalam program ni. Antara kelebihan untuk Universiti yang terlibat adalah seperti:
  • Pembudayaan keusahawanan
  • Merealisasikan ICGPA yang mana bertujuan membentuk graduan yang mempunyai ciri ciri keusahawanan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
  • Pendedahan keusahawanan kepada lebih 3000 mahasiswa
  • Melahirkan 1000 usahawan muda yang terlatih dikalangan mahasiswa
  • Mengenalpasti sebanyak 200 perniagaan baru yang boleh dibangunkan

Kalau di atas tadi untuk Universiti yang mengambil bahagian, tapi apa pula kelebihan yang didapati oleh pelajar yang menceburi VEST ni kan? Haa nah kak fink kongsikan kelebihan untuk adik adik yang berminat menceburi program ni seperi di bawah:
  • Peluang pendaftaran pernigaan melalui SSM melalui program 1 pelajar 1 perniagaan
  • Peluang membuka akaun bersama Bank Rakyat dengan hanya RM100.00 tanpa introducer
  • Mendaftar hak cipta logo perniagaan melalui MYIPO pada harga istimewa
  • Peluang pembiayaan perniagaan PNS, Skim Pembiayaan VES PNS


Berminat tak? Mana tahu ada dikalangan adik adik yang masih belajar di IPTA dan berminat nak mulakan perniagaan. Sekarang ni senang, jual tudung ke, jual makanan ke dah boleh jana pendapatan yang tinggi walaupun kita masih bergelar pelajar kan. Cuma kita perlukan ilmu jer untuk memperkasakan perniagaan yang dijalankan secara lebih sistematik..


Dan yang buat program ni lebih menarik bila ada pertandingan yang menawarkan hadiah yang lumayan..Seramai 300 peserta terpilih akan ke peringkat seterusnya selama satu tahun bersama PNS. Bukan calang calang jumlahnya..Hadiah sebanyak RM50 000 akan diberikan kepada mereka yang berjaya. 

Hadiah Pertama: RM25 000
Hadiah Kedua: RM15 000
Hadiah Ketiga: RM10 000

Sekiranya ada yang berminat, boleh terus ke:
  • Website: www.pns.com.my/vest-online-registration/ atau
  • Pendaftaran melalui unit keusahawanan Universiti masing masing
  • Tarikh penyertaan bermula 28 April 2017
  • Keputusan adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
kalau dapat hadiah tu kira bonus kan..boleh besarkan perniagaan lagi
tapi yang lebih penting, dapat ilmu..untungnya adik adik sekarang ni..




You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!