Followers

Program "Jom Sayangi Haiwan Kita" bersama Whiskas dan Mars Petcare

5:57:00 PM

Baru baru ni, telah berlangsung satu program CSR bersama Whiskas yang diberi nama "Jom Sayangi Haiwan Kita". Program murni ini dilaksanakan selama satu jam di peringkat sekolah sekolah rendah yang terpilih dan antaranya adalah di Sekolah Kebangsaan Seafield 3, Subang Jaya. Pelajar pelajar yang berumur daripada 10 tahun hingga 12 tahun telah didedahkan dengan pendedahan seperti bagaimana cara menjaga haiwan peliharaan dengan betul dan juga bila waktu yang sesuai untuk menghantar haiwan peliharaan tadi untuk pemeriksaan dengan veterinar..


Program ini telah dikendalikan sendiri oleh jurulatih berpengalaman dan Cik Ong Chiek Ming sendiri yang merupakan Pengarah Mars Petcare untuk Malaysia, Singapura, Filipina dan juga Singapura..Beliau bertanggungjawab dan bersungguh sungguh membantu masyarakat untuk berinteraksi dengan haiwan melalui cara yang betul. Dengan cara ini, ianya dapat memberikan kesan yang positif kepada haiwan tadi..


Cik Ong Chiek Ming juga merupakan ahli kepada CARES iaitu Childhood Cancer Masyarakat Penyayang Kuala Lumpur. CARES merupakan sebuah organisasi yang bukan mementingkan keuntungan ataupun juga bukan organisasi kerajaan tetapi merupakan sebuah organisasi yang dibentuk oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang mengidap kanser, profesional perubatan dan juga sukarelawan yang penyayang..


Setiap hujung minggu, beliau akan menghabiskan masanya di Hospital Universiti di wad onkologi untuk memberikan kegembiraan kepada anak anak ini dengan pelbagai aktiviti yang disediakan..Tak semua orang mampu mampu meluangkan masa mereka dengan orang yang tidak mereka kenali kan..Moga usaha Cik Ong Chiek Ming menjadi inspirasi kepada anak muda dan orang ramai yang ada di luar dalam menyebarkan kasih sayang sesama insan..


Mars Petcare telah mengumumkan bahawa mereka telah menjangkau lebih daripada 45,000 kanak-kanak dari 65 buah sekolah rendah pada tahun ini melalui program "Jom Sayangi Haiwan Kita" ni.. Antara fakta menarik yang dikongsi bersama kanak-kanak sekolah ini termasuklah misai kucing yang dikatakan boleh mengesan haba serta halangan dalam gelap.

Pada pendapat kak fink, program ni perlu di teruskan lagi tahun tahun akan datang sebab semuanya perlu dilentur dari peringkat awal kan..Daripada kecil ni lah kita nak terapkan sifat saling sayang menyayangi antara haiwan dan manusia..Ramai yang suka untuk ada haiwan peliharaan contohnya seperti kucing tapi tak semua faham cara penjagaan yang betul..


Dari segi pemakanan, dari segi kesihatan dan juga dari segi cara memegang dan memanjakan haiwan tadi perlu ada cara yang betul.. Ada cara yang betul untuk anak anak ni belajar. Maklumlah cara penjagaan tak kan sama mengikut tumbesaran haiwan peliharaan tadi kan..Yang penting sifat tanggungjawab yang perlu ada dari seawal umur anak anak ni yang perlu kita titikberatkan..


Program ini terdiri daripada ceramah, video dan sesi makan langsung untuk menunjukkan kepada pelajar bagaimana mereka juga boleh menjadi pemilik kucing bertanggungjawab suatu hari nanti..Dengan mengajar generasi masa depan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab, ia bukan sahaja akan menyampaikan beberapa pengajaran hidup yang penting kepada kanak-kanak tetapi juga mewujudkan rumah penyayang untuk haiwan di Malaysia pada masa hadapan..



tahniah Whiskas dan Mars Petcare untuk program murni ini..
semoga usaha ini mendapat sokongan daripada pihak pihak di luar sana




You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Aloh comeinya...rindu kucing2 lama yang dah tak ada...

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!