Followers

Resepi Mudah, Cepat dan Berkhasiat untuk Bersahur Dan Berbuka Puasa dari Fonterra

1:13:00 PM

Sempena bulan Ramadan ni mesti korang mencari menu menu untuk bersahur dan berbuka yang mampu memberikan korang tenaga kan..Dalam masa yang sama, kita semua tercari cari menu yang mudah untuk disediakan dan berkhasiat untuk badan. Contohnya macam kak fink, anak anak ada citarasa mereka tersendiri..

Kak fink bersyukur dapat sama sama dalam satu bengkel masakan bersama dengan Fonterra Brand Malaysia yang merupakan salah satu syarikat yang mengeluarkan produk produk tenusu yang terkemuka di dunia dari New Zealand ni..Antara produk produk keluaran Fonterra adalah seperti susu, mentega, yogurt dari Anlene, Anchor, Fernleaf dan CalciYum..


Jom kak fink kongsikan 4 menu ringkas dan cukup memberikan nutrisi dan tenaga untuk badan terutamanya untuk anak anak yang cerewet dalam bab memilih makanan ni..Anak anak korang mesti suka sebab rasanya memang sedappppp..Menu utama yang ingin kak fink kongsikan adalah:

1. Mango Tango Smoothies

Bahan bahan yang diperlukan:

• 60 gm Fernleaf CalciYum Yogurt - Mango (boleh digantikan dengan Anlene)
• 110 ml Fernleaf CalciYum Cultured Minuman Susu - Plain
• 80 ml air sejuk
• 1 sudu besar madu
• 1 sudu besar serbuk badam
• 2 cawan mangga segar, dengan tambahan untuk hiasan
• daun pudina segar untuk hiasan




Cara Menyediakannya:

1. Tuangkan Fernleaf CalciYum Yogurt, Susu Kultur Fernleaf CalciYum, air sejuk, madu, badam dan mangga segar ke dalam pengisar.
2. Kisar hingga semua sebati.
3. Hiaskan dengan lebihan mangga dan daun pudina segar


2. Chicken & Potato Mini Pizza

Bahan bahan yang diperlukan:

• 6 roti pita
• 350 gm ayam & beberapa biji kentang
• 12 keping Chesdale atau Anchor Cheddar Slices
• Daun bawang atau daun sup yang dihiris untuk hiasan

Bahan bahan untuk Topping Pizza

• 200 gm dada ayam, tanpa tulang dan dipotong dadu
• 3 sudu besar serbuk kari yang telah dicampurkan dengan air
• 3 sudu besar minyak sayur-sayuran
• 30 gm Anchor Unsalted Butter
• 1 besar bawang yang dipotong dadu
• 3 ulas bawang putih yang dicincang
• 1 ulas halia yang dicincang
• 400 gm kentang yang dipotong dadu
• 3 sudu besar Fernleaf Susu Tepung Penuh Krim dengan 1 cawan air suam (Campur dan kacau)
• Sedikit daun kari
• Garam secukup rasa


Cara cara menyediakannya Topping Pizza:

1. Panaskan minyak dan mentega Anchor dalam kuali tanpa lekat di atas api sederhana.
2. Kacau bawang besar, bawang putih dan halia selama 2 minit atau sehingga lembut dan keemasan.
3. Masukkan serbuk kari dan kacau hingga naik bau. Tambah air jika perlu.
4. Masukkan ayam dan daun kari  hingga masak.
5. Tambah susu Fernleaf
6. Tambah kentang dan garam secukup rasa. Masak sehingga lembut. Tambah air jika perlu.



Cara cara menyediakan Mini Pizza:

1. Potong roti pita tadi dalam bentuk bulat kecil, kira-kira 3 inci.
2. Letakkan ayam dan kentang yang dimasak tadi ke atasnya
3. Tutup dengan Chesdale atau Anchor Cheddar Slices.
4. Bakar dalam ketuhar panas dengan suhu 200 ° C selama 5 minit atau sehingga perang keemasan.
5. Hiaskan dengan daun bawang, tomato ceri atau daun sup
6. Hidangkan semasa panas.




Percayalah anak anak akan suka tau dengan menu mudah seperti ni. Lagi lagi bila hidangan tu disediakan dalam bentuk yang kecil dan senang untuk mereka makan..Siapa jer tak suka dengan cheese kan? Kak fink sendiri minat dengan hidangan berkeju hihi..Sedappp..Lemak lemak jer rasa dia kan..Pilihan mudah untuk sahur..


3. Overnight Oats with Kurma

Bahan bahan yang diperlukan:

• 1/2 cawan Anlene Low Fat Yogurt - Plain
• 1/2 cawan oat
• 2/3 cawan Anlene Concentrate UHT -Original
• 1 sudu besar biji Chia
• 2 sudu besar Kurma yang dicincang halus
• Untuk hiasan, korang boleh menggunakan Kurma
(Pilihan untuk menggunakan buah-buahan segar, granola atau kelapa megikut citarasa sendiri)


Cara cara menyediakannya:

1. Kacau beberapa minit Anlene Low Fat Yogurt, Anlene Concentrate UHT, Oat, biji chia dan kurma dalam bekas yang bertutup.
2. Simpan di dalam peti sejuk sehingga ia menjadi pekat seperti puding, sebaik-baiknya semalaman.
3. Letakkan Kurma atau dengan buah-buahan segar pilihan anda, beberapa granola atau kelapa serpih mengikut citarasa sendiri sebagai topping.
4. Hidangkan dalam keadaan sejuk.


4. Rendang Tok

Bahan bahan yang diperlukan:

• 300 daging lembu
• 1/2 cawan Anchor Cooking Cream (atau Anchor UHT Milk)
• 10 gm Lengkuas yang dikisar
• 1/4 cawan Kerisik
• 1 biji buah pelaga
• Sedikit bunga lawang
• 1/2 bahagian kulit kayu manis
• Sedikit air asam jawa
• 1 sudu serbuk kari
• 15 gm gula melaka
• 1/2 sudu kecil garam
• 2 cawan air


Bahan-bahan A (Goreng tanpa minyak) 
• 1 sudu kecil ketumbar  
• 1 sudu teh biji jintan
• 1 sudu teh lada hitam 
• 10 cili kering 

Bahan-bahan B (Dikisar) 
• 3 Batang serai 
• 5 gm Halia 
• 100 gm Bawang merah
• 10 gm bawang putih


Cara cara menyediakannya:

1. Daging lembu tadi diperap dengan bahan-bahan (A) dan (B) selama 30 minit.
2. Tambahkan air dalam kuali. Masukkan daging yang diperap tadi bersama-sama dengan lengkuas, biji buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, serbuk kari, gula melaka dan garam. Masak sehingga daging separuh masak. 
3. Masukkan asam keping dan Anchor Cream atau Anchor UHT Milk. Kacau selama 1 - 2 minit.
4. Masukkan kerisik dan kacau sehingga kering.5. Hidangkan dengan nasi.


Semua resepi resepi yang kak fink kongsikan ni, tak ambil masa yang lama pun korang. Masa terbaik untuk membina kepadatan tulang adalah semasa zaman kanak-kanak dan remaja.Sebagai ibu, kita kena memastikan anak anak mendapat tahap kalsium yang diperlukan badan untuk membina tulang yang sihat. Jadi korang boleh gantikan santan dengan susu Anlene, Anchor dan Fernleaf yang semestinya Halal..

Tenusu adalah cara yang baik untuk juga menyediakan mereka dengan nutrien penting seperti kalsium, fosforus, protein, vitamin A dan D. Fernleaf CalciYum Susu Kultur Minuman dan Yogurt Fonterra membantu mengekalkan usus yang sihat yang penting untuk penyerapan nutrien. Ia dibuat dengan menggunakan pewarna semula jadi dan perisa, sesuai untuk kanak-kanak yang membesar.


tiba tiba rasa nak sediakan Mango Tango Smoothies untuk buka puasa ni..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!