Followers

5 Produk Eau Thermale Avène Yang Mampu Mengurangkan Ekzema dan Kegatalan yang Dialami

9:45:00 PM

Ramai yang dah kenal dengan produk Eau Thermale Avène ni kan? Terutamanya dikalangan ibu bapa yang mempunyai anak anak ekzema dan berkulit sensitif. Kak fink berpeluang bersama sama dalam satu bengkel anjuran Eau Thermale Avène berkenaan dengan ekzema..Ramai ibu bapa yang hadir untuk sama sama faham cara untuk menjaga anak anak yang mempunyai masalah ekzema ini..

Seperti yang semua tahu, ekzema adalah satu penyakit yang tak dapat nak baik sepenuhnya tapi kita dapat mengawalnya dengan pengambilan produk yang betul..Anak kak fink sendiri merupakan salah seorang kanak kanak yang mempunyai ekzema tapi ekzema yang dialaminya tak begitu teruk sehingga boleh mengeluarkan darah dan luka luka pada badan..


Abang ngah mempunyai masalah mild eczema yang hanya terjadi apabila cuaca panas dan dia dalam keadaan berpeluh..Kalau korang tengok keadaan abang ngah masa dalam keadaan cuaca yang panas, kulit dia akan bertukar jadi kemerah merahan dan peluh tadi akan buat dia tak selesa..Masa ni dia akan mula menggaru sampai kita yang tengok pun rasa tak selesa..


Tapi mujur juga lah kak fink diperkenalkan dengan produk Eau Thermale Avène ni..Sekurang kurangnya dapat meredakan kegatalan yang dialaminya..

1. Eau Thermale Avène XeraCalm A.D Lipid-replenishing Cleansing Oil
Produk ni digunakan semasa mandi sebagai pengganti sabun yang biasa digunakan sebelum ni..Ia bertujuan untuk mengurangkan rasa gatal akibat daripada kulit yang kering, melegakan kemerahan dan kerengsangan kulit yang reaktif dan memberikan kelembapan kepada kulit..Diformulasikan tanpa paraben, wangian ataupun yang membahayakan kulit.


Cara Penggunaan:
Sapukan ke badan dan gosok selama lebih kurang selama 5 minit supaya ianya meresap ke dalam kulit..Kemudian bilas dengan air macam biasa..Boleh digunakan dari seawal umur bayi sehinggalah ke peringkat dewasa..



2. Eau Thermale Avène Thermal Spring Water
Bila kak fink pertama kali cuba produk Eau Thermale Avène Thermal Spring Water ni, kak fink tak tahu lagi keistimewaannya..Ramai yang kata kan air ni air magic..Tapi lepas beberapa kali kak fink semburkan ke muka, kak fink dapat rasa jerawat jerawat mula mengecut..Seriously ni kesan pertama yang kak fink rasa bila menggunakan Eau Thermale Avène Thermal Spring Water ni..

Untuk abang ngah pula, kesannya pada kulit dia selepas beberapa kali semburan..Abang ngah dapat rasakan kegatalan pada kulit tu berkurangan..Terutama bila dia berpeluh, kak fink cepat cepat semburkan Eau Thermale Avène Thermal Spring Water ni pada kulit abang ngah..Kalau anak korang mempunyai masalah kulit ekzema macam abang ngah, boleh lah bawa ke mana sahaja botol Eau Thermale Avène Thermal Spring Water ni dan terus semburkan air ni pada kulit mereka bila anak dah mula menggaru..


Cara Kegunaan:
Hanya semburkan ke seluruh wajah ataupun di kawasan yang mengalami kegatalan..Lepas tu korang kena dap dap dengan jari ataupun kapas supaya air tadi meresap ke dalam kulit..Jangan biarkan air tadi kering selepas disemburkan tau..Untuk guna Eau Thermale Avène Thermal Spring Water ni jangan shake botol ni..Korang boleh terus gunakan tanpa perlu shake botol tersebut..


Ataupun korang boleh basahkan facial mask ataupun kapas dengan Eau Thermale Avène Thermal Spring Water ni dan letak di muka..Buat seperti face mask dan biarkan selama 10 minit..Lepas tu korang akan rasa kulit lebih segar, lebih lembut dan lebih lembab serta merta..Favourite product ever..


3. Eau Thermale Avène TriXèra+ Selectiose Emollient Cream
Krim yang boleh digunakan pada muka dan juga seluruh badan. Sama juga fungsinya adalah untuk melembabkan kulit, mengurangkan kegatalan dan membaiki kulit yang bermasalah. Ianya bertujuan untuk meredakan kegatalan dan kemerah merahan yang ada pada kulit. Kalau kata kulit korang kering pun boleh sapukan dengan krim ni ya..


Cara Kegunaan:
Sapu secara membulat ke seluruh tangan, badan dan juga muka sehingga krim tadi betul betul meresap dan sekata..Boleh digunakan juga oleh bayi hingga dewasa..Seeloknya dipakai selepas mandi dan setelah disemburkan dengan Eau Thermale Avène Thermal Spring Water..Jangan sapu dengan cara menggosok kerana dikhuatiri akan merosakkan kulit.


4. Eau Thermale Avène Cicalfate Repair Cream
Krim ini bertujuan untuk menyembuhkan luka yang ada pada kulit dan menggalakkan kulit baru yang lebih sihat. Tapi korang kena pastikan tempat yang ingin disapu tadi betul betul kering dan baru disapu dengan repair cream ini..Ianya membantu mengurangkan kesan parut dan juga memulihkan kulit pada kesan yang optimum..


Cara Kegunaan:
Keringkan bahagian kulit yang ingin disapu daripada berair. Kemudian barulah disapukan Eau Thermale Avène Cicalfate Repair Cream ini ditempat yang luka tadi. Gunakan secara kerap supaya kesan pemulihan kulit dapat dilihat dengan cepat..


5. Eau Thermale Avène Very High Protection Mineral Cream SPF 50+
Krim ini bertindak sebagai pelindung sinar UV ketika kita berada di luar. Mempunyai SPF 50+ UVA & UVB untuk melindungi kulit kita daripada panas terik. Sekiranya korang ingin menggunakannya untuk aktiviti air seperti mandi manda ataupun perkhelahan, krim ini perlu disapu kerap supaya ia sentiasa ada pada kulit..Ia akan sedikit putih ketika sapuan tetapi lama kelamaan krim ini akan meresap dengan sebati setelah beberapa minit ya..


Cara Kegunaan:
Sapu ke seluruh badan termasuk muka supaya kulit dapat dilindungi daripada sinaran UV..Boleh disapu secara berulang ulang terutamanya bila melibatkan aktiviti air..


So far ni 5 produk yang kak fink amalkan untuk anak anak..Aku bersyukur juga sebab ekzema abang ngah bukan yang serius sangat..Dia cuma tak boleh panas dan berpeluh jer..Kalau panas, dia akan mula menggaru garu sampai rasa nak tepuk tangan dia..Tapi aku faham lah kenapa dia tak selesa sebab aku pun sendiri masalah ni juga dulu..Tapi bila dah makin dewasa, ekzema tu berkurang sikit demi sikit..Kalau tak stress asyik nak menggaru jer..


Korang cuba lah cari kelima lima produk dari Eau Thermale Avène ni dan amalkan setiap masa. Kena rajin yer ibu ibu sekalian..Bukan pakai sekali dah boleh terus elok ekzema tu..Kita boleh kawal dia daripada menjadi teruk..Yang penting, kena imbangkan persekitaran anak anak yang ada ekzema ni..Mereka tak boleh terlalu panas ataupun terlalu sejuk..Kulit sentiasa lembab bagi mengurangkan rasa gatal tersebut..


boleh cari produk Eau Thermale Avène ni di rangkaian farmasi Caring ya..



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Jenama mahal ni.. memang bagus untuk kulit....

    ReplyDelete
  2. Model tu comel..

    Ternyata produk nie memang terbaik

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!