Followers

US Highbush Blueberries: Resepi Mudah, Sedap dan Mengenyangkan Untuk Dicuba

9:30:00 AM

Highbush Blueberries dari Amerika Syarikat ni mempunyai banyak khasiat yang badan kita perlukan dalam kehidupan seharian. Untuk makluman korang, buah ni tengah musim dia berbuah sehinggalah Oktober ini. Kak fink sendiri berkesempatan berada di Majlis Pelancaran Highbush Blueberries yang diadakan di One Utama baru baru ni.

Bukan hanya dapat merasai sendiri kesedapan Highbush Blueberries tapi kak fink juga dapat mempelajari resipi mudah dengan menggunakan Highbush Blueberries sebagai bahan utama pada hari tersebut. Haaa tunggu tau, dekat bawah ni nanti kak fink kongsikan resepi yang kak fink dah pelajari hari tu..


Untuk pengetahuan korang, Blueberry Highbush ni ditanam di tanah berasid yang terdapat di dataran tinggi California, Florida, Georgia, Michigan, New Jersey, North Carolina, Oregon dan Washington. Blueberry juga membantu melindungi daripada penuaan dan kanser, serta membantu mengekalkan fungsi otak dan meningkatkan daya ingatan.


Kajian awal oleh University of Michigan menunjukkan bahawa blueberries dapat membantu meningkatkan fungsi insulin, menurunkan kadar lipid darah, dan membantu mengurangkan lemak perut. Antara 5 sebab keseronokan yang dapat diberi oleh Highbush Bluberries ni adalah:
  • Juicy, lazat dan boleh disediakan dalam pelbagai jenis hidangan
  • Membantu mengawal paras gula darah
  • Menyembuhkan sel-sel otak yang rosak dan meningkatkan daya ingatan
  • Sebagai antioksidan untuk melawan kanser
  • Memberikan penglihatan yang lebih baik   

Menurut Puan Poolprasert yang merupakan Pengurus Pasaran Asia Tenggara untuk US Highbush Blueberries, buah Blueberry ini telah meningkatkan popularitinya berbanding dengan buah lain. Ini kerana banyak penyelidikan telah membuktikan bahawa banyak kebaikan dari buah beri ini. Dengan pelancaran ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengambil langkah ke arah kesihatan yang lebih baik dengan menjadikan blueberries kami dalam setiap hidangan yang disediakan.


Bersama orang penting yang turut serta dalam majlis ini adalah Chef Selebriti, Alexandara Prabahan telah berkongsi resipi mudah yang pastinya berkhasiat untuk kita sajikan buat keluarga tersayang..Yang penting sedap dan akan disukai oleh anak anak..Antaranya adalah Blueberry Power Smoothie dan Blueberry Pancakes with Blueberry Caramel. Meh kak fink kongsikan di bawah ni


Blueberry Power Smoothie
Bahan bahan:
• 1 blueberries (beku atau segar)
• 1 pisang
• 1 sudu teh chia seed
• 1 sudu teh daun barli
• 1 cawan susutanpa gula
• 1 sudu madu

Cara Menyediakannya:
1. Tuangkan semuanya ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
2. Jika korang lebih suka tekstur Smoothie yang lebih halus, maka gunakan blueberries yang telah dibekukan dan campurkan buah pisang untuk dikisar bersama. Mudah kan?


Blueberry Pancakes with Blueberry Caramel

Bahan bahan Caramel Blueberry:• 50g gula putih• 30ml air• 20g mentega• 75g blueberries• Secubit garam

Cara Menyediakan Caramel Blueberry:1. Larutkan gula dan air sehingga anda mendapat warna coklat terang.
2. Masukkan mentega, blueberries dan garam. Kacau dan masak pada api sederhana selama 5 minit



Bahan bahan Campuran Yogurt:• 170g yogurt biasa atau berperisa• 1/2 cawan tepung• 1 sudu teh serbuk penaik• 1 biji telur• Beberapa biji blueberries• Mentega untuk disapukan di permukaan kuali

Cara Menyediakan Campuran Yogurt & Pancake:1. Bancuh yogurt dan telur bersama-sama.2. Dalam mangkuk lain campurkan tepung dan serbuk penaik
3. Campurkan yogurt dan tepung tadi sehingga sebati.4. Panaskan kuali dengan menyapu sedikit mentega.5. Tuangkan Campuran Yogurt tadi dengan sudu secara membulat.6. Masukkan beberapa biji blueberries tadi di atas permukaan yogurt tadi.7. Masak sehingga kedua dua belah, atas dan bawah bertukar menjadi warna coklat keemasan.8. Letakkan karamel tadi di atas pancakes yang dah siap di masak.



Pastinya dengan gabungan 2 hidangan ini dah cukup mengenyangkan korang. Terutamanya waktu pagi bila kita dah tak tahu nak hidangkan apa lagi untuk family kan..Haa boleh lah cuba menu seperti Bluberry pancake dan smoothie seperti di atas ni..Nak buat pun senang kan? Tak mengambil masa yang lama. Yang penting kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan kita..


boleh dapatkan harga promo Highbush Blueberries di mana mana cawangan AEON
hanya dengan harga RM8.90 untuk 125g sehingga 30 Julai 2017



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!