Hari Bayi Tollyjoy 2017 Yang Penuh Dengan Ilmu dan Keseronokkan
9:42:00 AM
Minggu lepas kak fink berkesempatan menghadiri Hari Bayi Tollyjoy 2017 yang diadakan di Kafe Yellow Apron di Petaling Jaya. Kebanyakan ibu ibu mesti kenal dengan jenama Tollyjoy kan? Kak fink sendiri sejak bergelar seorang ibu pertama kali 10 tahun yang lepas, memang menjadikan barangan Tollyjoy seperti baju, bib, kasut bayi, tisu basah dan banyak lagi sebagai salah satu jenama kegemaran dan yang penting serasi dengan anak anak..
Nama pun Hari Bayi Tollyjoy. Suasana dan dekorasi kafe dihias dengan penuh warna warni dan comel comel semuanya..Gerammm sangat..Sana sini ada belon..Ni kalau anak anak ada mesti lagi seronok diaorang tengok suasana macam ni hihi..Tapi hari tu kak fink tak bawa anak bersama sebab ada sesi perkongsian bersama pakar..Nanti tak fokus pula kan..
Selain dekorasi yang comel comel tadi, terdapat juga beberapa barangan Tollyjoy yang dipamerkan sekali semasa Hari Bayi Tollyjoy pada minggu lepas..Yang penting semua barangan tu kak fink dah pernah guna kecuali dress tu jer tak pernah guna hahahaha..Maklumlah anak anak semua lelaki kan..Tapi tisu basah, rompers dan bib dari Tollyjoy tu kak fink dah pernah guna
Majlis dimulakan dengan kata pembuka bicara daripada Cik Grace Ng yang merupakan Pengurus Tollyjoy Corporation. Beliau berkata pada tahun 2017 ini, Hari Bayi Tollyjoy pada tahun ini adalah lebih memfokuskan aspek pemakanan..Bukan hanya pemakanan yang diberikan kepada bayi bahkan aspek pemakanan daripada ibu sebelum dan semasa bulan bulan kehamilan..
Kemudian majlis diteruskan oleh kata kata dari Pemegang Amanah OrphanCARE, Datin Rashidah Hashim. Sebagai organisasi bukan kerajaan, OrphanCARE mengambil tanggungjawab dalam memberikan setiap anak yatim serta bayi terbuang melalui program anak angkat kepada orang awam yang sudi dan berkelayakan..Untuk sesiapa yang teringin dan tak tahu saluran mana untuk mengambil anak angkat, korang boleh berhubung dengan OrphanCARE terus ya
Yang penting tiada caj kerana mereka bukan agensi. Sebelum mengambil anak angkat, bakal ibu bapa tadi akan ditemuduga bagi memastikan mereka mempunyai latar belakang yang baik dan tahap ekonomi yang stabil untuk membesarkan anak angkat yang akan diambil. Korang boleh tengok sendiri anak angkat yang ingin dijaga. Sesuai dengan tagline OrphanCARE, setiap anak memerlukan sebuah keluarga..Untuk lebih lanjut boleh terus ke website www.orphancare.com.my
Sambutan Hari Bayi Tollyjoy lebih diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Bahagian Dietetik, Pusat Perubatan Pakar Universiti Malaya iaitu Cik Rozanna M. Rosly. Beliau berkongsi cara pemakanan yang betul dan sihat sepanjang ibu melalui proses kehamilan dan kesan kesan makanan yang diambil. Yer lah apa yang ibu makan mampu membantu tahap perkembangan bayi kan..
Ada beberapa resipi ringkas yang dikongsikan oleh Cik Rozanna untuk ibu ibu yang hamil dan ibu yang menyusukan bayi. Yang penting nutrisi yang diperlukan oleh badan ibu dan bayi yang dikandung tadi mencukupi setiap hari. Antara resipi yang dikongsikan oleh Cik Rozanna adalah Lapisan Buahan Rangup. Bagaimana nak hidangkan resipi ni? Mesti korang pun teringi nak tahu kan?
Senang jer tau. Korang hanya perlu letakkan buah buahan seperti tembikau susu, epal atau apa sahaja buah yang korang suka. Lapiskan dengan oats, yogurt rendah lemak, jem strawberi. Senang sangat nak hidangkan menu ni..Yang penting sihat dan mengenyangkan..Jem tu kalau korang boleh buat sendiri lagi bagus..
Nampak menyelerakan tak? Huwaaa kak fink dapat rasa secawan kecil hari tu. Memang sedap. Biasanya aku bukan lah peminat oat sebab cepat rasa muak tapi resipi tu tak rasa pun muak..Sedapp sangat. Mungkin sebab ada campuran buah dan jem tu..Dicampurkan pula dengan yogurt rendah lemak, lagi memberikan selera pada tekak..
Lepas jer sesi berkongsi resipi bersama Cik Rozanna tadi, kami dapat
turut serta dalam aktiviti permainan Baby Bingo dan Cabutan Bertuah..Ni
yang paling tak sangkaaaaa ni. Kak fink menang untuk Baby Bingo pada
mula nya dan sekali lagi nama dipanggil kali kedua untuk cabutan
bertuah...Terkejuttt sangat. Syukur rezeki anak anak..Dua dua aktiviti
menang yayyyy! Terima kasih Tollyjoy untuk riang ria hari tu..We had so
much fun!
Website: www.tollyjoy.com.sg
Facebook: www.facebook.com/tollyjoymalaysia/
disamping dapat ilmu, dapat juga berseronok bersama ibu ibu yang lain
1 828 PinKy PinKo say Hi!
wow! Bestnya kak dapat barangan baby! Bnyak pula tuuuu
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!