Followers

World Fashion Week 2017 Bertemakan Eco Fashion Lifestyles

4:49:00 PM

World Fashion Week (WFW) untuk tahun 2017/2018 akan diadakan secara rasminya di Kuala Lumpur Malaysia pada 8 September sehingga 10 September 2017. Untuk pengetahuan semua, tema pada tahun ini adalah bertemakan 'Eco Fashion & Lifestyles'. Tema kali ini adalah lebih kepada mencintai alam..

WFW mengalu alukan pereka fesyen dari seluruh negara untuk meraikan seni fesyen yang akan mempamerkan identiti budaya dan keistimewaan dari setiap negara.. Media antarabangsa termasuk penyiar global rasmi untuk WFW iaitu FashionTV, menjangkakan lebih daripada 300 juta orang penonton daripada 190 buah negara

Duta Fesyen Dunia Malaysia 2017 & Duta Alam Sekitar, Yg Bhg Puan Sri Puan Dato’ Shariffa Sabrina Syed Akil menyatakan Fesyen amat penting dalam kehidupan seseorang dan wajar untuk kita memberi perhatian dengan apa yang kita pakai dan dari mana ia datang..WFW 2017 inilah satu platform di mana para pereka fesyen akan menonjolkan bakat mereka untuk pasaran Asia terutamanya di Malaysia..

WFW Malaysia 2017 akan mengalu-alukan penyertaan bakat baru dalam industri fesyen dengan tema budaya dan alam semula jadi. Acara ini akan mendedahkan pereka tempatan yang baru muncul mengorak langkah ke pentas antarabangsa dengan 20 penyertaan tempatan yang mewakili Malaysia di World Fashion Week® Paris 2017. 


WFW Malaysia 2017 mengalu-alukan penyertaan bakat baru dalam industri fesyen dengan tema budaya dan alam semula jadi. Melalui acara ini lah sebenarnya dapat memberi peluang kepada pereka tempatan yang baru muncul untuk mengorak langkah ke pentas antarabangsa. Seramai 20 penyertaan tempatan akan mewakili Malaysia di World Fashion Week® Paris 2017. 

Pemenang akan menyertai Supermodel Adriana Lima dalam Siri TV Hollywood yang akan datang "American Beauty Star" tahun 2018. Pemenang juga akan menyertai Week World Fashion Week® Paris 2017/18, di antara acara antarabangsa yang lain.  

Presiden World Fashion Week, Mr Paco De Jaimes berkata, 'WFW Malaysia 2017 akan membawa peluang baru bagi platform antarabangsa melalui pendedahan kepada bakat baru dan tempatan, menjadi tempat untuk peluang perdagangan, mempromosikan budaya dan gaya hidup dari Malaysia serta tanggungjawab sosial untuk melindungi alam sekitar dan menyumbang kepada masa hadapan generasi akan datang'. 

Antara aktiviti yang akan dijalankan di WFW Malaysia 2017 selama 3 hari ni adalah Makan Malam Gala WFW, pertunjukan fesyen, pameran serta gerai promosi dari para peraka fesyen.Pelbagai pertandingan sepeti World Fashion Supermodel (WFSM), Pameran Fesyen Dunia (WFE), pertandingan Fotografi (WFP), Fashion Talk, Preview Fesyen akan diadakan pada bulan Ogos dan Larian Ceria Fesyen pada bulan September 2017.
Hubungi: Puan Zarina Idris (012-2338834)
E-mel: ZarinaIdris@gmail.com
Website: www.fashionweek.tv. 

 



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!