Followers

Beaconhouse Sri Lethia Klang: Mural Sempena Kemerdekaan Bersama Yusuf Gajah

8:00:00 AM

Baru baru ni pelajar pelajar daripada Sekolah Beaconhouse Sri Lethia Klang telah membuat lukisan mural yang diinspirasikan daripada artis dan ilustrator buku kanak kanak yang terkenal di Malaysia iaitu Yusuf Gajah. Sempena sambutan kemerdekaan yang ke 60 tahun, seramai 176 orang pelajar Beaconhouse Sri Lethia Klang telah menyertai pertandingan seni dengan mempamerkan lukisan yang bertemakan “On Land and Under The Sea” dan “Malaysian Culture”



Sebanyak 8 lukisan yang telah dipilih secara peribadi oleh Yusuf Gajah untuk dijadikan mural yang akan diletakkan di dinding sekolah. Lukisan tadi akan dilukis dan diwarnakan semula sama seperti lukisan yang terpilih tadi di atas kanvas yang berukuran 10 kaki x 5 kaki. Haaa besar tu. Bukan senang tau tapi ini lah cabaran yang disahut oleh para pelajar Beaconhouse Sri Lethia Klang yang menyertainya..



Pelajar pelajar ini telah diketuai dan dibimbing sendiri oleh Yusuf Gajah untuk menjayakan Mural yang ingin dihasilkan. Lukisan lukisan yang terpilih tadi mempamerkan pelbagai haiwan ikonik Malaysia seperti Gajah Borneo, Badak Sumatera, Orang Utan, Burung Enggang, Harimau Malaya, Tapir, Kancil, Penyu Belimbing , Yu, dan juga Sotong. 


Selain itu, pelbagai budaya yang ada di Malaysia seperti tarian tradisional seperti tarian singa dan sumazau, pakaian menarik seperti baju melayu bersampin dan juga  sebuah wau tradisional juga menjadi sebahagian besar yang akan ada pada mural tersebut. Setiap kumpulan terdiri daripada 9 orang  pelajar pelajar yang berumur 10 hingga 17 tahun.


Yusuf Gajah sendiri memberi peluang untuk pelajar pelajar tadi bereksperimen dengan hasil karya seni mereka. Menurut beliau, melihat pelajar pelajar begitu seronok dalam menyiapkan lukisan mereka sudah cukup memuaskan hatinya..Beliau juga tidak menganggap dirinya sebagai seorang guru tetapi pemangkin kepada generasi muda untuk terus berkarya dan memanfaatkan kreativiti masing masing..


Menurut Pengetua Beaconhouse Sri Lethia Klang, Puan Sanam menyatakan terdapat begitu banyak kepelbagaian di negara kita, sama ada dalam tradisi, budaya, hidupan liar dan hidupan laut. Oleh itu, kami di Beaconhouse Sri Lethia menggalakkan kreativiti di kalangan pelajar kita yang berbilang kaum melalui pertandingan seni seperti ini


Bagi Pengarah Serantau Beaconhouse Group, Encik Syed Jahanzeb berkata kerjasama itu adalah sebahagian daripada komitmen Beaconhouse dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang holistik untuk kanak-kanak dari segi kepimpinan, kepelbagaian dan kreativiti. Selain daripada mata pelajaran yang merupakan sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, Beaconhouse Sri Lethia juga menggalakkan pelajar mereka belajar muzik dan seni dan menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum.


Ini sebagaian daripada gambar yang akan digantung sebagai Mural di dinding dinding sekolah Beaconhouse Sri Lethia Klang. Memang kreatif lah pelajar pelajar ni. Tak sangka sama gambar yang dilukis dengan gambar yang diwarnakan di atas kanvas. Tahniah kepada setiap ahli yang bertungkus lumus dalam menjadikan mural ini satu mural yang cantik dan mempunyai mesej disebaliknya..


Dengan masa yang diberikan dari jam 10.30 pagi sehinggalah 3.30 petang, pelajar pelajar ini berjaya menyelesaikan hasil seni mereka. Yang penting kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap pelajar memang mampu dibanggakan. Bukan senang tau nak lukis dan warnakannya pada satu kanvas yang besar. Perlukan kerjasama dari setiap ahli..



suka tengok Yusuf Gajah tu, humble sangat orangnya..



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!