Followers

Online Shopping Barangan Anak Dengan BabyDash

9:56:00 AM

Hari tu kan kak fink berkesempatan ke gudang Babydash sendiri untuk melihat depan mata macam mana proses pembelian secara online yang dilakukan di Babydash. Untuk yang tak tahu apa tu Babydash? Haaa Babydash ni, satu website di mana korang boleh shopping secara online barangan anak anak..Macam macam ada di sini ya..Dari diapers, toys, botol, bag, baby cream dan banyak lagi..


Yang menariknya event hari tu, masa kiteorang memilih barangan di gudang Babydash, anak anak boleh main dan makan makan  di ruangan sebelah. So senang lah sikit mama mama ni nak memilih kan..Tu yang mak pula jadi tak tentu arah sebab semua pun rasa nak beli HAHAHAHAHA..I cannot tahan la..


Masa mula mula kak fink jejakkan kaki ke sini, serius rambang mata dibuatnya. Duduk lama lama dekat sini, macam macam benda kita rasa nak beli. Nak nak pula bila kita dapat tengok barang tu depan mata kan..Dapat sentuh dan rasa dengan tangan sendiri. Yang penting harganya memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan di pasaran..



Semua barangan yang dijual adalah original yer. Bukan barangan tiruan. So mommies semua tak perlu was was. Boleh beli tanpa rasa risau..Lebih menarik bila Babydash akan buat bidaan untuk barangan terpilih setiap minggu. Ni lagi berbaloi untuk korang grab. So siapa yang nak jimat tu, rajin rajinkan tengok Facebook dan Instagram Babydash. Dapatkan harga bidaan yang korang nak..


Bayangkan ya harga Recaro Young Sport Car Seat ni adalah RM2,199.00 tapi bidaan yang berjaya hari tu dapat membawa pulang car seat ni pada harga RM990 sahaja..Oh maii untung berganda..Barang baru ya. Bukan barang second hand. Kalau kata korang tak nak guna pun, boleh jual balik. Dah boleh dapat keuntungan di situ kan. Tu kak fink cakap, rajin rajin tengok Facebook dan Instagram Babydash..Sebab bidaan akan dilakukan di dua platform ini..


Setelah pusing pusing dalam tu, terus decide nak ambil bag untuk kembar. Yer lah bag ni boleh pakai lama kan. Benda takkan habis. Boleh guna bertahun tahun. Lagipun bag yang kak fink pilih ni besar ruangan dia. Jenama Oops. Lembutt sangat. Masa tengok tu terus jatuh hati. Plus masa ni, ada harga promosi memandangkan ini stok terakhir untuk corak yang kembar pegang ni. Dia ada banyak design tau..Boleh check dekat website Babydash sekiranya korang berminat..


Lepas ni kalau pergi balik rumah Atok ke, pergi berjalan ke, boleh lah letak baju kembar dalam ni. Ok dah boleh pegang bag masing masing hihihi..Sayang nak bagi kembar bawa ke sekolah. Nanti kalau terhilang, mak boleh menangisssss oii..Kita simpan bag ni untuk pergi berjalan ye nak..Kemain suka kembar dapat bawa balik bag sorang satu..


antara corak yang ada untuk koleksi bag Oops


Setiap barangan yang dibeli akan dimasukkan dalam kotak dengan nama Babydash di situ. Satu perasaan bila kita beli barang online dan dibungkus kemas dalam kotak macam ni, rasa macam dapat hadiah betul tak..Thanks Babydash beri kami peluang untuk merasai keseronokkan membeli belah bersama Babydash minggu lepas..


Dengan setiap pembelian RM155.00 ke atas, automatik korang dapat penghantaran PERCUMA. Korang bila lagi? Dah gaji sekarang kan. Boleh la pakat pakat dengan kawan pejabat tu untuk dapat kan Free Shipping tu. Cepat cepat klik link di bawah ni ya. Jangan lepaskan bidaan yang akan diadakan di Facebook dan Instagram Babydash. Good luck guys!

Instagram: @babydash.com.my

bertambah lagi koleksi bags untuk kembar HAHAHAHHA..
mama memang suka kumpul bag untuk anak..



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!