Followers

Fonterra Brands Malaysia Berkongsi 2 Gabungan Hidangan Unik Malaysia dan New Zealand

10:41:00 AM

Sempena sambutan kemerdekaan yang ke 60 tahun dan juga memperingati hubungan diplomatik diantara Fonterra Brands Malaysia bersama dengan New Zealand, 2 jenis hidangan yang menggabungkan rasa ikonik kedua dua negara seperti Roti Jala dan Daging Kambing Tandoori New Zealand serta Pie Daging RusaNew Zealand telah disajikan dan dikongsikan resepinya bersama sama dengan para media yang hadir pada hari tersebut


Chef Firus bersama rakannya telah berkongsi kedua kedua resepi tadi dalam satu demi masakan dengan menggunakan barangan keluaran Fonterra. Kedua-dua hidangan itu dibuat dengan bahan bahan dari New Zealand dan Malaysia seperti produk Anchor dan Anlene. Antara yang digunakan adalah seperti Anchor Extra Stretch Mozarella Cheese dan juga Anchor Colby & Cheddar Shredded Cheese, Anchor Unsalted Butter, Anchor Extra Yield Cream dan juga Anlene Plain Yoghurt


Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Dr John Subritzky turut sama mencuba menyediakan roti jala pada hari tersebut. Pandai juga Dr John Subritzky menjala hari tu. Walaupun ini pengalaman pertama buat beliau, tapi hasilnya tak mengecewakan. Beliau juga turut menyatakan Malaysia adalah rakan kongsi utama bagi New Zealand 

Menurut Dr John Subritzky, Fonterra adalah pengeksport tenusu terbesar di dunia dan pelabur terbesar di New Zealand di Malaysia telah memainkan peranan penting dalam hubungan ini. Fonterra telah memberi tumpuan kepada usaha menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia dengan berkongsi kebaikan New Zealand tenusu dalam negara


Encik Jose Miguel Porraz Lando, Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia dan Singapura juga sama sama mencuba dalam menyediakan roti jala sama seperti Dr John Subritzky. Bukan hanya mencuba menyediakan roti jala tapi beliau juga turut menyempurnakan penyediaan pie yang dikongsikan oleh Chef tadi..Sporting sangat kedua dua boss ni hari tu..


Menurut Encik Jose Miguel Porraz Lando, tenusu telah terbukti menjadi sumber pemakanan yang hebat, dan kami bangga menyediakan rakyat Malaysia dengan pemakanan tenusu berkualiti tinggi dari New Zealand. Dengan mempamerkan kepelbagaian tenusu melalui resipi dan demonstrasi, kami berharap untuk memberi inspirasi kepada pengguna di Malaysia untuk menggabungkan lebih tenusu dalam masakan seharian dan kehidupan mereka serta dapat menikmati faedah pemakanan susu itu sendiri.


Kiwi Venison Rendang Meat Pie with Potatoes and Mushroom


Yang lebih menarik, lepas je Chef tunjukkan cara cara penyediaannya, kami diberi peluang untuk menyajikan menu yang sama seperti Chef kongsikan tadi..Nervoussssnya masa ni ahhahaha..Satu kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Tengoklah kumpulan kami bersungguh sungguh sangat hari tu. Masing masing dah dibahagikan tugas tersendiri.


Wakil daripada kumpulan kami, Kak Ayu menerangkan maksud di sebalik hidangan tadi hahahaha..Hebat Kak Ayu, spontan pun pandai bercakap. Sedap tau resipi yang dikongsikan oleh Chef ni. Lain dari roti jala yang pernah kita rasa. Roti jalan ni dah dibalut dengan daging kambing tandoori. Ada rasa pedas pedas sikit..Yang penting bahan bahan yang digunakan berkhasiat..


Roti Jala with New Zealand Lamb Tandoori



Anchor dan Anlene memang dua produk yang mesti ada dalam dapur kak fink
korang kena cuba shredded cheese tu, terbaik!



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!