Followers

Cold Storage Kids Grow & Glow Run Yang Penuh Dengan Keseronokan

11:59:00 AM

Hari Sabtu lepas seawal subuh kami anak beranak dah bergerak ke Central Park yang terletak bersebelahan dengan Pasaraya One Utama. Bayangkan pukul 6.45 pagi kami dah ada di sana hahahaha. Semangat betul rasa masa ni. Cuaca pagi baik jer hari tu. Yang penting mood anak anak pun baik. Haa mesti nak tahu kak fink buat apa dekat sana kan?


Hari tu kami anak beranak untuk pertama kali nya dapat join Cold Storage Kids Grow & Glow Run. Larian kanak kanak dianjurkan oleh Cold Storage Malaysia bersempena dengan Hari Malaysia. Larian sepanjang 1 Kilometer ini mempunyai beberapa 'growth obstacle' untuk anak anak lalui dengan keseronokkan.

Encik Pierre-Olivier Deplanck (Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd.) berkongsi tentang kepentingan pemakanan sihat dalam tumbesaran kanak-kanak.


Pendaftaran larian ini dibuka untuk anak anak yang berumur 4 tahun ke 12 tahun. Memang ramai tau yang comel comel berlari pagi tu. Kembar tu dapat lah masuk sebab tahun ni dah 4 tahun hikhik..Ibu bapa juga dibenarkan berlari bersama. Masa ni lah kita dapat lakukan aktiviti bersama sama dengan anak kan. Bukan senang nak kumpul ramai ramai untuk waktu berkualiti macam ni

Adik adik yang dah bersedia untuk Flag-Off


Terdapat juga pertandingan cabutan bertuah untuk larian ini di mana hadiah utama nya adalah voucher membeli belah bernilai RM1000.00. Untuk mereka yang mempunyai instagram, peserta boleh memuat naik gambar kreatif dengan menggunakan hashtag #CSKIDSRUN2017 dan 10 pemenang bertuah akan dipilih memenangi hadiah luggage bag.


Ni masa  anak anak melalui halangan pertama yang disediakan untuk mereka. Halangan ni tak susah pun hahahaha. Comel jer budak budak ni kena melepasi titi yang disediakan. Bagusnya tiada adengan merempuh. Semua beratur dan jalan dengan berhati hati tanpa menolak antara satu sama lain..Dalam Kids Run ni mereka perlu melepasi 2 halangan..


Lepas jer daripada halangan pertama, anak anak ni akan berlari semula dan menuju ke halangan kedua. Dekat sini diaorang kena beratur naik dan turun daripada inflatable slide ni. See memang menarik kan Kids Run ni. Pertama kali dalam hidup mak pun enjoy ikut anak lari. Penat tapi menghiburkan..


Ada short cut tapi tak boleh tipu ya. Dilarang ikut laluan yang tak dibenarkan hahhaahaha..Semua kena ikut laluan yang dibenarkan. Baru boleh dapat medal hikhik..Masa ni dah tak jauh dah. Dah hampir ke garisan penamat. Tak terasa sebenarnya sebab memang ramai ibu bapa dan anak anak berlari sama sama. Yang bawa stroller pun ada..



Yayyyy finally ini lah saat yang paling dinantikan. Anak anak berjaya sampai ke garisan penamat. Kena lah ada satu kenangan di pintu gerbang ni kan. Sesampai je kami dekat sini, semua kena beratur di kaunter penebusan untuk mengambil medal dan juga goodie bags yang telah disediakan. Anak anak memang tak sabar nak tengok medal diaorang hari tu. Maklum lah medal pertama kan..


HAHAHAHAHAHAHA terujanya budak kembar tu. Dah macam menang Sea Games ni. Siap nak pose gigit medal hahahahaha. Adoi gaya kena ada kan..Diaorang happy, mestilah mama pun akan happy. Dalam goodie bag tu ada disediakan roti dan air masak. Dan dalam tu juga ada vouchers yang kita perlu redeem di booth yang telah disediakan. Macam kak fink dapat 5 vouchers. Happy meee!


Terima Kasih Cold Storage untuk medal ni. Happy betul anak anak. Yer awak berempat memang Champion di hati mama..Wahh gituu..Seronok dapat dedahkan anak anak dengan aktiviti sihat di hujung minggu macam ni kan. Berpeluh kami anak beranak di awal pagi..Yang penting semua tak buat perangai. Semua bagi kerjasama. Walaupun ramai orang. Semua tetap lari sama sama..


Selepas perlumbaan, setiap peserta diberi pingat dan vouchers untuk mereka mengambil produk dari pelbagai gerai penaja. Di antara penaja utama acara ini ialah Bestari, Dutch Lady, Mondelez dan Haagen Dazs. Memang banyak sangat makanan dan minuman yang menanti anak anak selepas tamat larian. 

Inilah vouchers yang kak fink maksudkan. Dengan vouchers ni juga, kita boleh redeem makanan dan minuman yang disediakan di booth pada hari tersebut. 1 voucher tu dah banyak sangat makanan dan minuman yang perlu diambil. Serius banyak! Bayangkan lah kalau 5 vouchers ahahahaha..Sakit pinggang nak bawa barang barang tadi ke kereta..Tapi serius memang menyeronokkan..


Inilah booth yang disediakan sepanjang Cold Storage Kids Grow & Glow Runs 2017. Contohnya kalau korang nak ambil susu Dutch Lady, just koyakkan voucher yang bertulis Dutch Lady dan tunjukan pada crew yang bertugas..Disamping redeem voucher tadi, kiteorang juga boleh main game yang disediakan di booth tersebut. Menang dapat hadiah lagi ahhaahaha..Manalah tak penuh tangan..



Booth yang paling anak anak nak tuju masa hari sabtu tu. Haagen Dasz ice creammm! Ada banyak perisa. Tinggal nak pilih je nak yang mana. Kak fink pilih yang perisa caramel tapi anak anak semua sepakat nak makan yang perisa Chocolate Almond. Amboi suka kan dapat makan ice cream pagi pagi hahahahaha.. Ice cream sedap pula tu..Siapa yang tak happy kan?


Anak anak memang lagi suka booth yang boleh main game. Sebab tak sabar nak collect hadiah. Macam di booth Farm Fresh ni, diaorang dibenarkan untuk pusing sekali roda yang disediakan. Kalau kata masa pusing tu, jarum tu tunjuk di bahagian susu. So korang akan dapat lah susu..Hanya kanak kanak jer dibenarkan main semua games yang disediakan ni tau..


Yer la nama pun Kids Run kan. Semuanya untuk anak anak ni. Mana la tak seronok. Mama punya larian pun tak seseronok ni. Lepas lari boleh makan ice cream, boleh makan kentang putar, boleh minum susu, boleh makan yogurt, boleh main, eh banyak lagi lah kalau nak disenaraikan dekat sini..Tak sia sia kak fink ajak anak anak join larian ni..


The Kids Grow & Glow Run juga menyaksikan 40 kanak-kanak dari Yayasan MyKasih menyertai perlumbaan menuju kehidupan yang lebih sihat. Selain itu, sejumlah RM20,000 disalurkan ke Yayasan MyKasih, sebagai sebahagian daripada usaha CSR Cold Storage Malaysia. Kira kira 1000 kanak kanak tau menyertai Cold Storage Kids Grow & Glow Run ni


Ni kak fink kongsikan segala makanan dan minuman yang sempat dan larat untuk kami ambil pada hari tersebut. Tak dapat nak ambil semua ya sebab aku memang penat dan tak larat nak bawa nanti ke kereta ahahahahaha..Kalau papa dia ada, boleh lah ambil semua.Yang berat bila dapat air susu banyak sangat..


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd, Encik Pierre-Olivier Deplanck berkata mereka merancang untuk menjadikan Kids Grow & Glow Run ini sebagai acara tahunan di mana lebih banyak keluarga boleh bekerja ke arah yang lebih sihat . Dengan gaya hidup yang lebih aktif, melalui acara-acara seperti ini, kanak-kanak dan keluarga mereka boleh digalakkan untuk melakukan lebih banyak perkara bersama-sama

Instagram: @coldstoragemy

Kak fink pasti akan join lagi tahun depan. Anak suka, mama lagi suka!




You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. sronok si kecik tu ngan medal...wah byk hasil kutipan tu walau papanye tkde..kalo tk, sure lg byk kn..ingt dlu ms hari susu sedunia register 3 nama pastu berat nk bw susu smp 3 goodiesbag hehe

    ReplyDelete
  2. Wow.. Seronoknya dapat joint acara macam ini..

    ReplyDelete
  3. Wow, banyaknya makanan dapat! Kalau macam ni, mak pak pun seronok,bukan anak2 je. Nak join la next year.

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!