Followers

Fam Glam Studios: Studio Yang Berkonsepkan Kid-Friendly

6:01:00 PM

Baru baru ni kak fink teringin sangat nak ambil gambar dengan hulubalang dekat studio. Daripada hari raya hari tu lagi sebenarnya nak ambil gambar sama sama dengan budak budak ni. Yer la anak kak fink memang suka sangat lah bergambar ni HAHAHAHAHAHA..Diaorang tu kalau nampak camera, seronok lain macam sikit..

Sampai lah kak fink terjumpa dengan Fam Glam Studios ni. Kak fink suka Fam Glam Studios ni sebab pertama nya studio ni memang selalu ambil gambar kanak kanak. Maknanya mereka pakar dalam mengambil gambar untuk kanak kanak. Kalau korang masuk ke studio ni pun, korang boleh nampak banyak sangat toys dan costume disediakan..


Senang cerita, kalau kata korang lupa nak bawa baju ekstra untuk anak anak, jangan risau ya. Dekat Fam Glam Studios ni dah ada costume comel comel untuk anak korang pinjam hihi..Pilih jer yang mana sesuai dengan anak. Dan yang paling kak fink suka, persekitaran Fam Glam Studios ni selesa. Anak anak kena selesa, baru mood diaorang ok kan..



Budak budak ni masa masuk studio tu nampak mainan, terus mood happy. Dan aku bersyukur juga sepanjang photoshoot, diaorang bagi kerjasama..Risau dekat kembar tu jer. Takut lah diaorang tak suka kan. Nanti tak nak senyum ke. Macam macam fikir masa nak photoshoot ni tapi semuanya berjalan lancar..Fuh legaa..


Dan konsep dekat Fam Glam ni, bukan semata mata nak suruh anak pose. Tapi sebenarnya lebih kepada candid shot. Serious photographer sangat pandai ambil candid shot diaorang. Dalam pada aku membebel bagi arahan minta budak budak ni senyum la, posing la, sebenarnya photographer dah capture pun moment candid tu..Thanks Tanya!
Im soooo in love with this pose! Susunan dari besar ke kecil tu memang comel sangat. Kembar tu sangat sangat memberi kerjasama kan. Senyum sajer budak kembar tu..Sebab inilah pentingnya mood anak ok. Bila mood diaorang ok, maka nya gambar akan nampak hidup. Terserlah kegembiraan tu. Plus aku rasa photographer pandai ambil hati dan melayan budak budak ni..




Sebenarnya pada hari photoshoot tu, yang aku risaukan kembar. Tapi sebenarnya, abang ngah lah yang patut dirisaukan ahahahahahaha..Gambar dia semua candid..Tak de yang posing betul betul..Dia jenis tak suka pandang camera. Siapa yang selalu baca blog ni, mesti tahu perangai abang ngah macam mana kan? Dia ikut kepala dia jer..See gambar semua candid..Nasib lah candid pun ok aahahahaha..



Ni antara costume yang disediakan pihak Fam Glam Studios. Kembar dah jadi bomba dalam sekelip mata hahahahaha..Kebetulan memang ada 2 set untuk pakaian bomba. Yayyy dapatlah pakai sama sama. Cuma topi jer berbeza. Tak pe lah kan, tetap nampak seperti bomba juga..Comel sangat ni budak kembar dua orang ni..


Kak fink sediakan 2 pasang baju untuk anak anak sepanjang photoshoot. Tapi dapat tambah satu costume untuk anak anak. Tak plan pun yang costume ni sebab memang aku tak tahu pun ada costume disediakan di Fam Glam Studios..Ok jom kak fink kongsikan antara aksi aksi budak kembar ni..
Qashif Dariys [Abang]
Qashif Dariys [Abang]
Qalish Dariys [Adik]
Qalish Dariys [Adik]

Sempena masih ada lagi mood bulan kemerdekaan ni, kak fink tak melepaskan peluang untuk bergambar dengan konsep patriotik..Siap bawa bendera dari rumah hahahahaha..Semangat kan! Terasa gigih dekat situ. Sepatutnya nak papa dia join sekali tapi disebabkan photoshoot ni hari biasa, memang tak dapat lah papa nak join. Dengan anak anak pun mak ok jer..



Kalau korang berminat dan tercari cari studio photoshoot terutama yang mencari white studio, haaa dekat Fam Glam Studios lah tempatnya. Yang nak buat photoshoot dengan anak anak di sini lah tempatnya. Sebab memang di sini tempat untuk budak budak. Kids Friendly Zone. Pakej yang di tawarkan oleh Fam Glam Studios ni seperti di bawah ni ya


Sewa studio RM100.00 untuk sesi 1 - 2 jam photoshoot. Kalau kata korang nak gambar yang diambil tadi, harganya seperti jadual di atas ni. Ok kak fink bagi contoh ya:

RM100 (Studio Rent) + 8R Print (1 keping) RM78.00 = RM178.00

Tapi sekiranya korang tak nak yang print. Nak soft copy jer pun boleh.

RM100 (Studio Rent) + 1 Soft Copy (Digital File) RM77 = RM177

Fam Glam Studios
Instagram: @famglamstudios


Alamat: 165, Jalan Maarof, Bangsar Park, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur
Waze / Google Maps: Flam Glam Studios

Telefon: 012-917 2102

studio ni berdekatan jer dengan Bangsar Shopping Centre
yang berminat nak photoshoot, boleh contact diaorang ok..



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. patut mcm familiar fam glam studios sbb pernh nmpk ms dkt ngan cooking house bangsar...syok berphotoshoot kt studio tu

    ReplyDelete
  2. liez pun teringin nak ambik gmbar distudio... macam best je

    ReplyDelete
  3. Murah tu..budak2 ni kadang sush nak amik gambr..kalau ade tempat macam ni..bagus sangat

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!