Followers

Legoland 5th Brickversary: Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang September di Legoland

10:49:00 AM

Awal September hari tu, kak fink berkesempatan sekali lagi ke Legoland Malaysia Resort. Kali ni untuk meraikan ulang tahun kelima Legoland Malaysia Resort. Sepanjang September ni, beberapa aktiviti telah disediakan oleh Legoland Malaysia Resort untuk para pengunjung yang bercadang untuk bercuti ke sini. Percayalah, korang memang tak kan pernah puas untuk ke sini.

Terutama golongan kanak kanak macam anak anak kak fink. Rasanya diaorang sentiasa excited nak explore Legoland tu. Perkara pertama kalau korang datang Legoland sempena 5th Brickversary ni, jangan lupa dapatkan brochure aktiviti yang diadakan dan juga kad untuk korang gores di belakangnya..Haaa hadiah menarik menanti korang tau..


Macam kak fink hari tu, terus highlight aktiviti yang disediakan di Legoland sempena 5th Brickversary ni..Yer la setiap aktiviti tak kan sama untuk setiap event yang dianjurkan di sini. Contohnya macam Halloween ataupun Starwars, aktiviti nya pasti berbeza dengan 5th Brickversary betul tak. 

Masa ni lah korang nak grab hadiah menarik yang disediakan Legoland dan juga pastinya dapat berjumpa dengan karektor karektor LEGO menjadi impian anak anak yang hadir ke Legoland..Meh kak fink kongsikan aktiviti yang diadakan sepanjang September ini..Mana lah tahu, korang terlupa nak ambil brochure ni ahhahaha..Nah kita senangkan kerja awak semua..Buka je blog Pinky Momma ok..


Power Dance Tutorial [The Beginning]
Daily: 9.50 am - 10.00 am

Building Our Giant Birthday Cake [The Beginning]
Daily: 10.00 am - 6.00 pm

Speed Building Challenge [LEGO City Stage Holding Area]
Daily: 11.30 am, 1.30 pm, 4.30 pm
Weekend, Public and School Holiday: 5.30 pm

Jumbo Minifigure Trade [The Beginning]
Daily: 10.00 am - 10.30 am, 12.00 pm - 12.30 pm, 2.00 pm - 2.30 pm, 4.00 pm - 4.30 pm
Weekend, Public & School Holidays: 5.30 pm - 6.30 pm

Spot The Minifigure - I Love Legoland [Park Wide]
Daily: 10.00 am - 6.00 pm

Brick-Dance Parade [LEGO City]
Daily: 3.45 pm

Character Dance Show [LEGO Star Wars Miniland]
Weekend, Public & School Holidays: 4.00 pm

Awesome Parade [The Beginning]
Weekend, Public & School Holidays: 6.30 pm

THE BIG PARTY [The Beginning]
15, 16, 17 Sept: 6.00 pm - 6.45 pm


Ok lagi satu, jangan lupa minta kad gores ni dengan staff yang bertugas di depan pintu masuk Legoland tu..Biasanya dia akan bagi mengikut jumlah tiket yang korang beli. Contohnya macam family kak fink masuk dengan tiket 6 orang kan, so automatik kak fink akan dapat 6 kad 5th Brickversary seperti di atas ni..


Dah dapat je kad tu, korang dah boleh gores di belakangnya menggunakan duit syiling ya..Haaa mana lah tahu korang bertuah dan dapat menang percutian percuma tiket untuk 4 orang ke Legoland Jepun..Huwaaa menariknyaaa! Tapi hari tu kad kita tak dapat yang percutian tu ahahahahaha..So korang masih ada peluang untuk dapatkannya..

Building Giant Birthday Cake 

Korang berpelung untuk buat kek terbesar ni sama sama. Tapi bukan buat semua sampai siap tau hahhahaha. Nanti staff di sana akan bagi beberapa bricks LEGO untuk korang letakkan bentuk empat segi tu di Giant Cake yang terletak betul betul di hadapan pintu masuk tu. Semua pengunjung berpeluang untuk menyertainya ya..


Aktiviti ni yang paling anak nak join sempena 5th Brickversary ni. Aktiviti ni diadakan di LEGO City Stage Holding Area. Dekat LEGO City Stage juga ada The Real of Shadows Live. Lepas jer korang tengok show yang memakan masa selama 30 minit tu, korang dah boleh ke join aktiviti Speed Building Challenge ni..Kami join untuk sesi pertama pada jam 11.30 pagi tu..

Speed Building Challenge

Kalau anak korang memang peminat LEGO, ini lah masa nya untuk dedahkan mereka untuk menghasilkan rekabentuk yang akan diberikan oleh staff di sana. Mereka perlu selesaikan dalam masa yang singkat. Ada hadiah disediakan tau. Tu yang abang long tak sabar nak join tu. Dia memang peminat LEGO. Kalau mama rasa LEGO tu macam susah, dia suka..Sekejap jer dah siap bentuk tu nanti hahahahaha..

 [VIDEO: Klik PLAY]

Sesiapa yang dapat selesaikan paling awal, dia akan memenangi hadiah sekotak LEGO dari Legoland. Menarikkan? Hanya peminat LEGO jer faham rasa seronok kalau dapat sekotak LEGO secara percuma HAHAHAHAHAHHA..Tapi jangan risau, kalau kata anak korang tak menang pun, still akan dapat hadiah saguhati daripada pihak Legoland. Macam abang ngah dia dapat pencil box..Ok lah kan. Better than nothing kan..


Tahniah abang long sebab dapat Nombor 1 dalam Speed Building Challenge ni. Dalam ramai ramai tu, tak sangka dia dapat siapkan dalam masa yang paling singkat. Alhamdulillah, proud mama. Kalau anak korang suka main dengan LEGO ni, galakkan mereka sebab permainan ni mampu buat diaorang berfikir macam mana nak selesai sesuatu benda tu..


Dan antara aktiviti lain yang ada sepanjang 5th Brickversary ni juga adalah Brick-Dance Parade. Sama juga tempatnya di LEGO City. Brick-Dance Parade ni akan diadakan sekali sehari jer. So korang jangan lupa mark time korang untuk berkumpul di LEGO City ni pada jam 3.45 petang ok. Masa ni lah nak tengok semua karektor LEGO akan keluar dan menari. Comel sangatttt tau.

Brick-Dance Parade


Kak fink sendiri teruja tengok diaorang menari ramai ramai hari tu hahahahaha..Sempat lah rekod video untuk korang tengok sendiri gambaran sebenar Brick-Dance Parade ni macam mana. Mereka akan berarak dari LEGO City hingga ke bahagian depan ramai ramai..Ramai juga parents yang tunggu hari tu. Ini lah peluang nak tengok kecomelan kartektor LEGO betul tak?

[VIDEO: Klik PLAY]


Dari LEGO City tu, jangan lupa terus ke Character Dance Show yang akan diadakan di LEGO Star Wars Miniland. Tak jauh pun dari LEGO City tu. Hanya perlu melalui Miniland ni dan korang akan nampak LEGO Star Wars ni. Show akan bermula pada jam 4.00 petang ya..Character Dance Show ni hanya akan diadakan pada Weekend, Public dan School Holidays sahaja ya..Weekdays tak ada..

Character Dance Show

[VIDEO: Klik PLAY]
 
Lepas jer semua karektor Star Wars tadi menari, korang berpeluang ambil gambar bersama mereka..Haaa ni peminat Star Wars jangan lepaskan peluang tu. So kena make sure tepat jam 4.00 petang korang dah ada di sini. Kalau tak rugi lah wak. Sekali sehari jer ada dance show ni..Sebab tu pentingnya korang ambil brochure di kaunter tiket dan tick mana mana show yang korang nak tengok supaya tak terlepas..


Sepatutnya kami masuk ke Legoland Waterpark tapi disebabkan nak completekan semua aktiviti yang ada sempena 5th Brickversary ni, kami decide untuk habiskan satu hari di Theme Park sahaja ahahahahaha..Nasib lah water park dah pernah masuk sebelum ni. So tak de lah rasa ralat sangat kan..Theme park lagi menarik untuk budak budak ni main dan enjoy semua aktiviti tadi..



Kalau masuk Legoland ni, dari pagi sampai petang baru keluar. Anak anak memang habis habisan main dekat dalam tu ahahahahaha..Terutama abang long dan abang ngah tu, diaorang memang suka main LEGO, jadinya bukan setakat main tapi bila ada peluang rekabentuk LEGO sendiri macam di area LEGO Technic dan juga Imagination. Haa dua tempat ni memang banyak masa akan diambil..



So pada mereka yang teringin dan belum pernah lagi ke Legoland Malaysia Resort, ini lah masanya..Sepanjang September ni, korang berpeluang join aktiviti yang telah kak fink senarai dan kongsikan di atas..Walaupun ni dah banyak kali masuk Legoland, anak anak memang tak kan puas bila dapat bermain di sini..Korang pun kena masuk ok..


Rasanya dah details sangat info dan maklumat yang kak fink kongsikan dalam entry ni kan..Semua gambar dan video untuk korang nampak gambaran sebenar suasana di Legoland Malaysia Resort sempena 5th Brickversary. Ada lagi 3 minggu untuk korang berseronok di sana. Cepat cepat book tiket secara online ataupun boleh jer dibeli di kaunter tiket pagi tu ok..Pergi pagi baru berbaloi tau..


Untuk lihat previous entry kak fink bersama Legoland, boleh klik: LEGOLAND

Instagram: @legolandmalaysia

terima kasih LEGOLAND untuk keseronokan yang tak penah mengecewakan!



You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. syok la ank2 diya dpt p legoland lg

    ReplyDelete
  2. wahhhh bestnya.. kami nak berjimba anak beranak sabtu ni..

    ReplyDelete
  3. hebat la abglong menang tempat pertama. budak2 kalau dapat pegi legoland ni memang happy sgt la kannn

    ReplyDelete
  4. Hope one day dapat jejak kaki kat sana. Skrg ni bukan tak boleh pergi, tapi ada benda perlu disettlekan. Makin menarik legoland ni. Huaaaaa Bukan budak kecil je excited, org besau cam ena ni tengok pun dah excited

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum diya...kalau bawa budak3 mmg seronok diya...semua boleh join aktiviti yg ada...

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!