Followers

NIVEA Care Run 2017 Yang Bertemakan "Protects What You Care"

5:21:00 PM

Hari Ahad yang lepas kak fink berkesempatan untuk sama sama memeriahkan NIVEA Care Run yang diadakan di Kompleks Sukan Air, Putrajaya. Seawal subuh dah ada sana. Nasib senang nak dapat parking hikhik.. Seperti larian yang ada sebelum ni, NIVEA Care Run juga mendapat sambutan yang agak ramai daripada golongan wanita dan juga lelaki.


Seramai 2500 orang perserta telah menyertai NIVEA Care Run  yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care. Bertemakan "Protects What You Care" yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada  rakyat Malaysia yang memerlukannya.


Macam biasa pagi tu sebelum flag-off ada sesi memanaskan badan terlebih dahulu. Semua nampak sangat biru di awal pagi ahahahaha. Ikut tema NIVEA semestinya. Paling comel bila setiap peserta akan berlari membawa belon yang juga berwarna biru sepanjang 5 kilometer. Ada juga yang sporting lari bersama suami dan bawa anak anak sekali..Hujung minggu yang produktif kan..



Para peserta NIVEA Care Run dilepaskan oleh selebriti yang tidak asing lagi pada kita iaitu Siti Saleha bersama sama dengan Pengarah Jualan  Beiersdorf Malaysia Cik Shirley Toh, Pengurus Malaysia & Singapura Beiersdorf Malaysia Encik Ng Hock Guan dan juga Ketua Pemasaran Beiersdorf Malaysia Encik Cheong Wai Lun



Bergambar kenang kenangan kejap di atas podium hahahahaha. Nak nombor 1 jer kan..Alah bila lagi nak feeling macam champion. Seronok walaupun penat. Janji niat peserta semua yang datang hari tu, bukan hanya sekadar untuk berlari tetapi juga turut beramal dengan menyalurkan sumbangan ke  Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG)


My NIVEA Care Run's Medal..Yayyyy!


Pada hari tersebut juga, Siti Saleha turut berkongsi tips penjagaan bawah lengan bersama dengan para peserta NIVEA Care Run. Pihak NIVEA Care Run berkongsi tentang fakta fakta kulit menarik seperti 36% kulit disingkirkan apabila seseorang mencukur dan juga kesan pencukuran dan pencabutan bulu yang boleh menyebabkan kerosakan kulit..


Peserta NIVEA Care Run juga boleh menulis mesej "melindungi & menjaga" untuk orang yang tersayang pada hari tersebut. Kemudian, mereka akan melekatkannya di satu dinding yang disediakan..Nak tulis sebelum larian pun boleh atau selepas larian pun boleh. Tapi dinding tu lebih meriah dengan ucapan selepas larian berakhir..


Sumbangan sebanyak RM20,000 daripada NIVEA Care Run telah disampaikan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) untuk menyokong rakyat Malaysia yang memerlukan. Moga dengan jumlah yang disumbangkan dapat meringankan beban untuk mereka yang memerlukan..Tahniah untuk semua peserta NIVEA Care Run dan juga pihak NIVEA sendiri yang menganjurkan larian amal ini..


Kalau korang berminat nak juga deodoran NIVEA Protect & Care yang diperkaya dengan esen NIVEA Crème dan haruman yang lembut tu, boleh lah dapatkannya di farmasi dan pasaraya yang berdekatan. Deodoran tu bebas alkohol tau..

Deodaran NIVEA Protect & Care Roll-On 50ml: RM11.30
Deodoran NIVEA Protect & Care Spray 150ml: RM17.50
 

kak fink suka dua dua deodaran NIVEA tu..memang rasa lembut jer



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!