Pergimu Suami Pada 3 November 2017 Di Hari Jumaat
5:57:00 PM
Aku tak tahu nak mula macam mana entry ni. Setiap kali aku taip, air mata dah mula bertakung. Cuba untuk kuat. Dah 10 hari arwah suami pergi meninggalkan kami anak beranak secara mengejut. Mungkin ramai yang dah tahu melalui Facebook. Tarikh 3 November 2017 yang mungkin tak kan aku lupakan.
Tak nak cerita macam mana benda ni terjadi sebab lagi aku fikir, lagi sebenarnya ianya menyakitkan. Aku redha walaupun ianya mengejut. Bukan hanya untuk aku tapi juga untuk anak anak yang masih kecil. Yang belum puas kenal papa diaorang sepenuhnya. Terutama kembar. Hari hari dia tanya bila papa nak balik. Benarlah ajal tak mengira waktu. Tak lewat sesaat. Tak cepat sesaat. Sampai masa, pasti kita akan dijemput. Cuma biarlah blog ni jadi kenangan untuk anak anak yang masih kecil ini baca bila diaorang dah besar nanti
Pergimu di hari Jumaat di saat mencari rezeki untuk kami di rumah memang satu ganjaran besar menanti mu di alam sana. Mama tahu papa pergi dalam keadaan baik walau pada mata kasar pemergian papa nampak terlalu menyayat hati. Tapi mama yakin, papa antara kesayangan Allah yang dijemput pada penghulu segala hari..
Di usia yang akan memasuki 37 tahun, masih muda kalau diikutkan umur. Perginya papa di bulan hari kelahiran papa pada 22 November 2017 ni. Dalam keadaan yang sihat. Pergi lah pa. Walaupun perit untuk mama mulakan balik hidup ni tapi insyaAllah kekuatan mama ada pada anak anak yang papa tinggalkan.
Banyak sangat tanda yang papa bagi tapi satu pun mama tak perasan sehinggalah mama dikejutkan dengan berita ketiadaan papa pada 3 November. Patutlah papa beriya iya nak bagi mama kamera untuk hari jadi mama Oktober lepas. Sampai hari ni mama tak boleh tengok video tu. Ya Allah sayunya bila teringat kesungguhan dia dalam kedai masa tu..
Oktober tu juga lah papa beriya iya nak langsaikan hutang JPA masa papa belajar. Walhal lepas di tolak duit pinjaman JPA tu, dalam tangan papa ada RM400-RM600 jer untuk kita satu keluarga survive sampai gaji bulan November. Tapi papa cakap, rezeki Allah luas. Nak langsaikan semua sebab tak nak ayah dekat kampung susah hati. Ya Allah..
Dua hari sebelum papa pergi, papa bergurau dengan kembar bila nampak abang chik cium cium mama. Papa tanya dekat kembar, sayang papa tak? Tapi abang chik cakap, tak..sayang mama. Papa senyum, papa cakap mama ni papa punya. Kalau sayang mama, achik kena sayang papa juga. Tuhan jer yang tahu betapa berbunga nya perasaan mama masa tu. Mama ni papa punya. Pendek tapi mampu buat mama rasa nak terbang..
Tahun ni juga lah dia beriya nak balik kampung untuk beraya. Bukan hanya terengganu tapi juga kampung sebelah aku di melaka. Cari semua sedara mara yang sempat dicari. Cari semua kawan kawan yang sempat dicari juga. Sanggup nak ber outdoor photoshoot di Masjid Terapung. Sedangkan dia bukan lah orang yang suka bergambar. Tahun ni dia buat..
Banyak lagi tanda yang papa bagi. Kenangan kenangan ni yang akan mama bawa sampai anak anak besar. Hari hari mama tengok Instagram papa. Terutamanya yang ada video papa. Dari menangis boleh tersenyum. Dia memang suami yang ada perangai annoying dengan anak isteri. Tapi annoying dia yang paling kiteorang rindukan sekarang ni..
Kenangan 11 tahun menjadi isteri dan teman susah senang bersama tak kan dilupakan. Banyak sangat kita tempuh. Jatuh bangun hidup kita. Tapi satu yang mama kagum. Kerja keras papa dalam mencukupkan keperluan di rumah ni sangat mama hargai. Arwah pernah cakap, dia tak kisah kena kerja dekat tempat panas, dekat tempat kotor ataupun terpaksa berjauhan dengan anak isteri sebab tu memang tanggungjawab dia sebagai ketua keluarga
Dari pengecaman mayat, mandikan, solatkan dan pengebumian, mama ada sentiasa dengan papa. Ramai orang cakap papa rentung tapi biarlah. Mama tak mampu halang mulut manusia berkata kata. Walhal hanya mama yang lihat sendiri jenazah papa depan mata. Dijumpai dalam keadaan yang cukup sempurna. Cukup semua anggota. Apa lagi yang mama nak dari tuhan. Itu semua dah melegakan.
Sehinggakan ustaz yang memandikan papa sendiri cakap lembutnya badan papa. Tak keras dan kejung walaupun mayat papa dijumpai dalam masa 24 jam dari waktu kejadian. Ya Allah, hebatnya mu wahai suami. Amalan apa yang papa amalkan sehingga sebegini rupa Allah jaga papa..InsyaAllah papa di satu tempat yang baik..Mama sentiasa doakan papa
Doakan aku kuat korang. Saat ini aku lah mama dan aku lah papa untuk hulubalang. Cantiknya perjalanan Allah bila dia kurniakan 4 anak lelaki. InsyaAllah akan aku didik seperti mana yang papa mereka impikan. Doakan juga aku mampu memberikan ilmu yang cukup untuk hulubalang. Banyak yang perlu diuruskan. Tapi insyaAllah ianya tak kan lama. Doakan tolong doakan..
Tugasan aku sebagai seorang blogger memang menuntut aku ke sana sini demi mencukupkan juga bulanan kami selepas ini. Harap tak ada yang mempertikaikannya. Bukan senang bila kita terpaksa tersenyum di depan orang sedangkan hati kita sendiri tak kuat. Aku cuba kutip segala kekuatan dari setiap sudut yang boleh menolak aku untuk ke depan..Apa sahaja yang mampu aku buat asalkan ianya rezeki halal, aku akan buat..
Moga Allah hadirkan pelangi dan gantikan air mata ini dengan hikmah dan kebaikan yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan. InsyaAllah setiap kejadian pasti ada sebab. Pasti ada kebaikan yang kita sendiri tak tahu..Korang doakan lah dari kejauhan, setiap langkah aku di pertemukan dengan orang yang baik baik. Dilindungi anak anak ini selalu. Dibuka kan seluas luasnya pintu rezeki dan kesihatan yang baik untuk aku membesarkan hulubalang..
Terima kasih untuk semua kawan kawan, saudara mara dan adik beradik yang sentiasa bagi kami semangat dan bantuan dalam saat saat seperti ini. Tak terbalas semua kebaikan kalian. Aku doakan semoga semua kebaikan tadi akan digandakan untuk korang nanti. Tak terucap dengan kata sebab memang terlalu ramai yang baik hati..
moga Syurga menanti papa..tunggulah kami di sana..al-fatihah
72 828 PinKy PinKo say Hi!
Bonde Doakan..Moga murah rezeki sentiasa, Abang Long ada InsyaAllah bantu Mommy jaga adik-adik.
ReplyDeletejika rindu pada arwah sedekahkan Al-Fatihah.
semoga kak diya kuat dan saya yakin akak kuat. 4 anak lelaki yang akan sentiasa menjaga mama dia mcmmana papa mereka jaga. take care kak.
ReplyDeletesemoga suami kak diya ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.. semoga akak diberi kekuatan & 4 anak akak menjadi anak yg soleh.. dah besar nanti jaga mama ye 4 hulubalang!!... sayang kak diya..
ReplyDeleteInsyaAllah Diya kuat & mampu hadapinya. Akak doakan yang terbaik buat Diya dan anak anak. Moga arwah suami Diya tenang disana...
ReplyDeleteya Allah kak.. jue doa akan kuat tabah mengahadapi dugaan ini.. kuat untuk anak-anak.. sebak jue baca menangis sampai habis.. hugs kak..
ReplyDeleteDear tak terkata i. Tapi i berdoa pintu rezeki luas buat u n anak anak dear. Hugs yg teramat.
ReplyDeleteInsya Allah semuanya akan dipermudahkan, Allah akan bantu Diya. Sedih sangat bila baca, tak terbayang kalau akak yang hadapi. Moga Diya terus tabah dan kuat besarkan anak², akak sentiasa doakan. Hugs!
ReplyDeleteSemoga kak diya bersama hulubalang terus kuat dalam menjalani kehidupan. Semoga segalanya dipermudahkan untuk akak dan anak2.
ReplyDeleteSalam peluk sayang dari Yatie.
Allahuakbar.. sedihnya.. Moga sis tabah mengharungi hidup ini dan diberi kemudahan dalam menjalani kehiduoan seharian.. insyaallah.. Amiin.YRA..
ReplyDeletekami tahu akak kuat. Walaupon kami tak tahu macam mana akak rasa, tapi akak jangan lupa, kami sentiasa ada untuk akak.. kitorg akan support akak..
ReplyDeleteInsyaAllah kak diya. Kami sentiasa doakan segala urusan akak dipermudahkan demi anak2 akak InsyaAllah. Moga Allah bantu semuanya. Stay strong akak.
ReplyDeleteTakziah..moga arwah ditempatkan bersama para solehin.ameen
ReplyDeleteInsyaAllah arwah sudah tenang disana. Moga dipermudahkan segala urusan buat mommy dan anak²
ReplyDeleteAlfatihah utk arwah.. Take care diya...insya allah diya kuat demi anak2
ReplyDeleteAssalamualaikum kak.. kite kenal dh lama wlu xpernah bersua.. sy ikuti dr jauh cerita akak.. sy tau akak kuat.. dr dl lg sy tau.. moga akak dikurniakan kesabaran dan ketabahan dlm membesarkan anak2.. sayang akak..
ReplyDeleteSemoga kak diya kuat hadapi ujian ini. You can do it kak.
ReplyDeleteMoga rutin Diya dipermudahkanNYA.
ReplyDeleteMoga Diya dan 4 hulubalang Diya sihat dan kuat hendakNYA selain tabah mengharungi ujianNYA. DIA lebih mengetahui dan apa yang selayaknya buat Diya dan anak2.
Al-Fatihah buat arwah.
Alfatihah utk arwah..moga kak diya terus kuat.. inshaAllah rezeki terbuka luas utk akak..
ReplyDeleteAl fatihah buat arwah suami Kak Diya. Semoga suami Kak Diya ditempatkan dikalangan mereka yg beriman dan yg diredhai Allah swt..
ReplyDeleteSemoga Kak Diya diberi kekuatan untuk menempuh kehidupan yg mendatang & membesarkan anak-anak yg soleh..
Sayang Kak Diya! <3
Semoga Diya sentiasa tabah dan kuat bersama2 anak-anak ...
ReplyDeleteWalau aku belum pernah jumpa kat abang, tapi dari cerita yang akak tulis nih mestilah abang nih suami dan ayah yang sangat hebat, baik dan jadi kebanggaan.
ReplyDeleteBegitu tahu khabar tentang kepergian abang tu, rasa-rasa nak jumpa akak dan keluarga, memberikan penghormatan terakhir untuk abang.
Beliau pergi di hari baik. InsyaAllah sekarang telah mendapatkan tempat teristimewa di sisi Allah Swt.
Semoga akak dan hulubalang kuat dan tabah. InsyaAllah selalu berada dilindungan Allah swt.
Salam dari jauh di Palembang
@omnduut
semoga kak diya kuat demi anak-anak, kita yg baca pun sedih.
ReplyDeleteAl-Fatehah untuk arwah
ReplyDeleteSalam takziah Diya
Kak Nina doakan semoga segala urusan Diya dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki yang mencukupi buat Diya dan anak². Aamiin...
Stay strong! *big hugs*
Saya nak jumpa akak dan peluk akak kuat2.. moga akak sntiasa kuat. Amin.. 😭
ReplyDeleteTakziah diya..moga diya kuat bersama anak2..tiap dugaan ada hikmahnya..tiap kepahitan ada kemanisan menunggu. Dia maha pengasih & penyayang.
ReplyDeletesemoga diya kuat semangat dan dimurahkan rezeki...
ReplyDeleteSemoga terus tabah.. Al-fatihah
ReplyDeleteTabah ya sis. Sis kan kuat
ReplyDeleteAminnn utk semua doa akak. Insha Allah,DIA lebih tahu. Semoga 4hulubalang membesar dgn kekuatan mama mereka.. Semoga semuanya dipermudahkan utk akak sekeluarga..*hugs*
ReplyDeleteSalam Takziah Diya.. Eyza tau Diya tabah dan kuat demi anak-anak. Kami semua sentiasa sokong Diya. Moga Diya dimurahkan rezeki dan cekal selalu. Allah sayang Diya sekeluarga dan Allah tahu diya kuat untuk tempuh semua ni. *Hugs*
ReplyDeleteIn sha Allah semuanya kuat hadapi dugaan ni.
ReplyDeleteAl fatihah utk abg zamri.. sedihnya ya Allah.. im always here kak
ReplyDeletesayang diya, semoga kuat dan tabah dear, mmg ia pahit untuk dikenang tapi yakinlah allah aturkan yang terbaik buatmu dan anak2
ReplyDeleteAllahu , qaseh tahu akak kuat , inshaaAllah Allah akan jaga akak dan anak2 , rezeki yg selalu mencukupi .. semoga arwah tenang di sana di tempatkan di syurga yg indah ..
ReplyDeleteAllahu... Terasa jujur tulisan akak ni. Sedihnya menusuk di hati. InsyaAllah, kami sentiasa mendoakan. Semoga akak dan hulubalanh semua dibekalkan ketabahan dan dilimpahkan rezeki. Aminn..
ReplyDeleteSemoga Diya kuat untuk anak2... bukan mudah utk menghadapi kehidupan seorang diri untuk 4 org cahaya mata.. tapi insyaaAllah, Allah swt telah merancang perjalanan yang baik untuk umatNYA. semoga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman... Alfatihah
ReplyDeleteassalamualaikum diya...ya Allah sayunya rasa hati bila baca entri ini...akak doakan semoga diya tabah dan sabar menghadapi dugaan yg besar ini..setiap kejadian ada hikmahnya mungkin ada hikmah yg tersembunyi
ReplyDeleteutk diya n anak2 nanti..In sha Allah pasti satu hari nanti anak2 akan mengerti erti kehilangan papa mereka...al Fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan di dlm golongan org2 yg beriman...aamiin..:'(
Semoa kak diya tabah dan kuat harungi ujian Allah SWT. Akak kena kuat demi anak-anak akak. In sya Allah akan ada sinar kebahagiaan dan rezeki Allah gantikan untuk akak.
ReplyDeletemoga diya terus kuat utk membesarkan hulubalang...Allah tahu kemampuan diya..maka diya dipilih untuk menerima ujian ini...
ReplyDeleteya Allah, kuatnya hatimu...tabah dan cekal demi anak2, berjurai dah air mata apabila membaca coretan ni, ..
ReplyDeleteSalam Takziah dari saya untuk akak sekeluarga. Sayu baca entry ni walau say tak tahu sangat pasal pemergian arwah. Akak terpilih kerana akak kuat. Tabahlah demi anak-anak. In sha Allah.
ReplyDeletesedihnya baca coretan ni.. x sanggup rasanya...pernah merasai kehilangan ahli keluarga secara tiba2 macam ni di saat kami sekeluarga diduga dengan sorg lg abg yg tiba2 koma... arwah kakak yang tak sakit, pergi dulu..abg yg koman alhamdulillah masih bersama kami walau segalanya dah berubah.
ReplyDeletesemoga sis kuat demi anak2...hulubalang tanda cinta yg arwah tinggalkan..semoga dimurahkan rezeki sis selepas ini...hrp ada pelangi yang indah lepas mendung menyelubungi diri sis..take care yer.. Allah tau yg terbaik dan insyaallah arwah suami sis dah tenang di sana..amin2 :'(
Allahu.. Yaya sentiasa doakan yang terbaik utk kak diya.. Semoga kak diya yaya terus kuat bersama 4 hulubalang soleh disisi.. Kita semua sayang kak diya dan akan sentiasa support kak diya. Irreviu tauu :')
ReplyDeleteAllahu . Menitis air mata bila baca entri ni .CCL doakan moga kak diya tabah menjalani kehidupan yang akan datang bersama2 anak2 . Moga kak diya sentiasa kuat untuk mengalas kedua2 tanggungjawab untuk anak2 . Salam takziah buat kak diya . AL-Fatihah buat arwah suami kak diya . Moha ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman
ReplyDeleteSalam takziah ... semoga sis tabah dan terus kuat untuk kehidupan akan datang.
ReplyDeletetakziah kak.. sayu nya saya mendengar.. semoga tabah dan kuat..
ReplyDeleteAlfatihah untuk arwah.. InshaAllah Diya, ramai yang akan mendoakan untuk Diya sekeluarga demi anak². Akak juga doakan Diya dimurahkan rezeki yang melimpah..diberi kesihatan yang baik...
ReplyDeleteKeep strong kakdiya.... allah sebaik perancang.
ReplyDeleteTake care ya..
Ya Allah...Allah maha berkuasa....Allahuakbar...
ReplyDeleteOrang Yang Baik amat disayangiNYA
Allahuakhar.. Semoga kak Diya kuat dan tabah demi hulubalang.. InsyaAllah, abg long boleh diharap untuk jaga akak dan adik2nya.. Semoga Allah murahkan rezeki akak sekeluarga.. hugs kak diya...
ReplyDeletestay strong and healthy kak Diya ! God bless you and family.
ReplyDelete.
xoxo
#SabahanBlogger
akk sgt kuat!! kalo terjadi kt sy..x tahu la bila bole move on..Allah bukan shj pilih suami untuk ke tempat paling indah, tp akk juga Allah uji sebab akak kuat sangatt..love u kak! ..nens..
ReplyDeleteYa. Allah kau permudahkanlah urusan mereka ya allah. Sesungguhnya mereka adalah insan yang sangat tabah dan kuat menghadapi dugaan mu ya Allah...
ReplyDeleteAllahu:(.semoga allah memudahkan segala urusan & setiap langkah k.diya & anak2.be strong ya kak..
ReplyDeleteAl-Fatihah ..
ReplyDeleteSemoga tabah dengan ujian ALLAH .. dan semoga ALLAH mudahkan seglaanya ..
Semoga Diya kuat serta diberikan kesihatan yang baik untuk menjadi kuat di depan anak-anak...In syaa Allah Dia akan tolong Diya dan anak-anak..
ReplyDeleteTakziah diya. Moga arwah ditempatkan di kalangan para solihin. Aamiin.
ReplyDeleteI'm speechless actually but I hope you'll be strong. May Allah ease your ways, bless you & your children with the best gifts/rezeki. DOA saya sentiasa utk you dear.
Salam Takziah Diya.. Hanya yang mengalami akan memahami... Semoga Diya & anak2 terus kuat & dikurniakan kesabaran atas kehilangan orang yang tersayang. Sedih baca coretan Diya.. terbayang2 Diya menangis waktu mengarang sebab saya pun dah melalui situasi yang sama...
ReplyDeletesalam takziah, berderai air mata bila baca entry ni, sungguh kehilangan itu begitu perit untuk kita hadapi.. insyaAllah, akak kuat..
ReplyDeleteSalam takziah dear. Kita sama.. diberi ujian oleh Yang Maha Esa..meneruskan hafri2 mendatang sbg Ibu Tunggal.. meneruskan amanah membesarkan anak2..tanda cinta kita tanpa dia disisi. Allahuakbar.. berat ujianNya. Semoga kita sama-sama tabah dan kuat semangat utk hadapi hari2 mendatang. In sya Allah...
ReplyDeleteIt takes time.....utk terima semua ni. Redha tu redha..suami Ayu meninggal dunia hari Jumaat...dalam tidur. bangun pagi, Ayu kejut dah takde.. Allahuakbar. rasa mcm baru jer semua tu..walaupun dah 4 bulan berlalu. tiap Jumaat, Ayu akan sayu jer..khamis malam jer..dah mula rasa..seolah2 semuanya baru jer.. memang mcm mimpi. kadang2 Ayu tak rasa dia takde sbb kami dah memang berjauhan.. emm..what to say. Just stay strong, kuatkan semangat..istifar banyak2.. selalu sedekah kan bacaan ayat2 suci Al Quran, Ayu bila teringat..terus sedekahkan al fatihah. and bila rasa sedih & menangis..cepat2 Ayu istifar.. ingat Allah selalu. and Ayu selalu fikir, ada orang yg lagi berat ujian yang diberikan and Allah tak uji melebihi kemampuan kita.. stay strong dear!!
Al fatihah buat arwah & moga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman dan semoga kita disatukan semula..satu keluarga di sana nanti. in sya Allah..
Al-Fatihah.
ReplyDeleteSemoga arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman, Insha Allah.
Semoga Allah bukakan pintu rezeki seluasnya utk Diya sekeluarga. Dan berikan kekuatan yg diluar jangka utk Diya dan anak2...
ReplyDeleteSalam takziah sis.. Semoga sis terus tabah dalam menempuhi hidup seterusnye bersama2 permata hati sis.. Amin semoga dipermudahkan..
ReplyDeleteMenitis air mata juju kak diya...juju dan suami serta abg Qi hari2 mendoakan kak diya dan hulubalang akak kuat dan dimurahkan rezeki oleh Allah swt...Alfatihah.
ReplyDeleteKeep strong sis...i know you can do it!
Semoga rezeki kak diya luas seluasnya..alfatihah untuk arwah..kuat akk, anak2 pun kuat..
ReplyDeleteSemoga Diya dan anak2 akan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.. Semoga terus murah rezeki ..Aamin aamin.
ReplyDeleteAl fatihah kak. Semoga akak dan anak2 dilindungi dan dirahmati Allah selalu.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak diya.
ReplyDeleteI feel you kak diya. Tapi bagi saya kak diya amat kuat berbanding saya. Saya pun kehilangan suami tahun lepas..dan ada sorag anak lelaki. Kak diya lagi kuat..ada 4hulubalang...dan dah lama berkahwin...
Bukan senang nak menempuhi semua ni. Tapi Allah tahu kita mampu. Mampu untuk menghadapi ujian ni. Rindu yang tak terbalas sentiasa ada sepanjang masa.
Kalau ada peluang..sy teringin nak jumpa kak diya. Mungkin satu hari nanti. InsyaAllah
Kak Pink.. tak boleh nak baca entry ni sedih sgt. Qekra doakan smoga Kak Pink kuat, demi anak-anak. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup. dan doakan kesejahteraan arwah di sana.
ReplyDeleteKuat tau kak pink.
Sayang Kak pink.
Al-Fatihah utk arwah suami.
Allah tak kan uji hambanya sebegini jika Doya tak kuat. Insyaallah ada rezeki anak-anak.
ReplyDeleteMoga arwah di tempatkan bersama2 org yg beriman
Moga sentiasa tabah dan kuat untuk hulubalang..hug you..
ReplyDeleteYa Allah Kak. Saya lama dah tak aktif baca blog dan kebetulan rasa nak jenguk blog akak. Salam Takziah saya ucapkan. Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Teringat masa saya order VCO dari akak 7 tahun dulu. Kemudian akak menghilang dan tiba2 akak muncul dengan dobi akak. Lepas tu saya pula menghilang dari dunia blog. Sekarang ini, berita sedih yang saya baca dari blog akak. Allah, semoga akak kuat di samping anak-anak.
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!