­
Pinky Momma

Followers

Kelebihan Teh Hijau Yang Ada Pada STEA Beauty & STEA Teh Hijau

9:33:00 PM

Baru baru ni kan kak fink berkesempatan ke Majlis Perlancaran STEA Beauty yang diadakan di Hotel Concorde Shah Alam. Mula mula ingat kan sebutan STEA ni ada Steya macam tu. Rupanya sebutan STEA ni adalah S-TEA. Kenapa S-TEA kan? Ini kerana STEA Beauty ni diformulakan daripada teh hijau.


Dalam STEA Beauty ni ada sabun dan juga serum. Sabun STEA diperbuat daripada serat daun teh yang akan bertindah sebagai skrub setiap kali kita mencuci muka. Manakala Serum STEA pula mengandungi ekstrak daun hijau yang bertindak sebagai agen yang merawat wajah yang rosak. Yang penting bahan bahan dalam STEA Beauty ni daripada bahan bahan semulajadi.


Langkah langkah Penggunaan STEA Beauty:
  • Cuci muka dengan sabun STEA yang mampu membuang kulit mati dan membersihkan kotoran di wajah.
  • Bilas dengan air bersih
  • Sapukan Serum STEA ke seluruh wajah untuk memberikan kesegaran setiap kali digunakan. Teksturnya yang seperti jeli, tidak memberikan kesan yang melekit selepas disapu. Malahan ianya menyejukkan wajah kita.

Selain daripada bahan yang terdiri daripada daun hijau, STEA Beauty juga mempunyai bahan bahan semulajadi seperti aloe vera, kolage, stem cell epal dan beberapa bahan lagi yang selamat untuk kita gunakan sebagai amalan untuk penjagaan wajah. Yang aku tahu, kalau korang tak sabar, memang tak boleh guna STEA Beauty ni sebab ianya bahan semulajadi. So ambil masa untuk pulih sepenuhnya muka yang rosak tu..


Mesti korang nak tahu apa lagi kebaikan yang mampu diberi oleh STEA Beauty ni selepas kita amalkan betul tak? Ok meh kak fink senaraikan untuk korang seperti di bawah ni ya:
  • Mengandungi anti oksidan yang tinggi bagi merawat wajah
  • Mengecutkan jerawat dengan cepat
  • Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  • Mengecilkan pori pori
  • Menghilangkan kulit kusam dan kasar
  • Melembabkan kulit dan menjadikan kulit tidak berminyak
  • Mengurangkan lingkaran bawah mata yang gelap
  • Menjadikan tona kulit yang lebih sekata
  • Menganjalkan kulit wajah
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus pada muka
  • Mencerahkan kulit dan melindungi kulit daripada sunburn
  • Agen anti penuaan
  • Menanggalkan whiteheads dan blackheads
Harga 1 set: RM89.00

Selain daripada STEA Beauty yang mampu merawat kulit wajah, ada juga STEA Teh Hijau yang mampu merawat dalaman kita terutamanya untuk mengurangkan berat badan dan membuang toksin toksin dalam badan. Ramai rasanya dah tahu tentang kebaikan teh hijau ni kan? Siapa yang amalkan mesti dah boleh rasa manfaat daripada amalan meminum teh hijau ni.


STEA Teh Hijau ni adalah daun teh yang diperolehi daripada sumber berkualiti tinggi dari Jepun. Serbuk teh hijau ni mengandungi 137 kali ganda kandungan anti oksida berbanding dengan teh hijau yang biasa. Sesuai juga dijadikan sebagai booster sebelum kita melakukan senaman selain daripada minuman harian sekeluarga.


Antara manfaatnya adalah:
  • Mengawal berat badan
  • Meningkan metabolisma dan mempercepatkan pembakaran lemak
  • Melawaskan masalah sembelit
  • Membuang kotoran dan toksin dalam badan
  • Mengawal selera makan
  • Mengurangkan kolestrol
  • Agen anti kemurungan
  • Agen anti penuaan
  • Tinggi anti oksidan
  • Menambahakan tenaga
  • Menghalang pengumpulan lemak dalam badan
Harga: RM60.00 satu pek


So kalau kata korang berminat nak cuba produk produk STEA Beauty dan Teh Hijau ni, boleh lah buat pembelian secara online ya.  Semua nya boleh boleh korang rujuk di website, instagram dan facebook STEA Malaysia HQ ok..Biasanya bahan bahan semula jadi ni tiada kesan sampingan tapi kena sabar sebab ianya tak kan memberikan kesan yang cepat tau. Ambil masa.

Facebook: @STEA Beauty Hq
Instagram: @STEA Beauty Hq

selamat mencuba semua..



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. nanti try minum okay. kolin dah lama minum STEA ni memang sedap wei..kalau nak best buh dalam peti ais hahah

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!