ok bersambung dari Part 1..sekarang mari kita teruskan debaran pada Part 2 muahaha
lepas aku dimasukkan tiub kencing yang menyakitkan itu..aku di tolak bawah lampu..
dalam OT tu..ramai orang..nurse..doktor..dah macam pasar pun ada..meriah betul..
masing masing perkenalkan diri pada aku..tapi masa ni aku tak mampu senyum pun..
then aku dicucuk epidural di belakang..dia bagi aku pegang bantal dan tundukkan muka
aku tak boleh nak tunduk beriya sebab perut aku besar hahaha..so ada nurse tolong..
dia pegang kepala dan tundukkan..aku dah la tengah sakit menggiler tahan contraction
tiba tiba aku dengar..doktor A cakap dengan doktor B..you sepatutnya cucuk di sini..
aku macam..haaaa wattt happen? ko salah cucuk ke aper ni..oh tidak..drama apakah?
tapi aku malas nak fikir sangat sebab lepas tu aku dah start rasa contraction aku hilang
kaki aku dah start kebas..nak gerak gerak pun tak boleh..epidural dah meresap rasanyer
aku baring..dipasangkan oksigen..dan pembedahan terus berjalan bila semua dah ready
aku rasa lah doktor godek godek perut aku nak keluarkan babies..tak lama tu aku dengar
suara anak aku nangis..yayyy dah keluar sorang..baby nurse amik dan bersihkan..
dan aku rasa diaorang tekan tekan perut aku nak keluarkan yang sorang lagi dari atas
selang seminit..keluar lagi sorang..Allah...terima kasih untuk anugerah ni..dua dua nangis
selesai semuanya..baby nurse tunjuk aku jantina baby dan letak kat tepi pipi untuk kiss
masa ni aku sempat cakap..sayang anak mama..hukhukhuk sebak sangat masa ni..
tak sangka aku dapat tengok muka sikembar depan mata..wangi sangat bau babies..
lepas tu diaorang bawa anak aku pegi mana aku pun tak pasti..doktor teruskan jahit perut
masa tengah jahit tu..aku tiba tiba rasa sakit..eh biar betul..aku sedarkah? hahaha..
terus aku jerit..hadoi hadoi sakit..aku dengar doktor panik..siap tanya..awak sakit ke?
lepas doktor masukkan apa ntah..sampai aku tak sedar..bius satu badan rasanya..
sedar sedar..muka aku kena tepuk..dan ada orang panggil nama aku..Pn.Nadia..Pn.Nadia
aku nak buka mata memang tak boleh masa ni..serius aku mamai..cuma aku dengar..
aku dengar doktor cakap..pesakit ni hyper tension hahaha..hyper tension aku tetiba kan
pandangan aku kabur..aku nampak berbayang bayang..tak boleh nak fokus..cumanyer
aku boleh cakap..suami..sejuk..suami sejuk..tu jer 2 patah perkataan yang aku cakap
doktor tu balas balik..suami puan ada di wad..tengah tunggu puan..puan kena sedar
lepas tu diaorang amikkan aku warmer..letak atas badan bagi aku panas sikit..haishh
dalam 15 minit camtu..aku paksa mata aku untuk zoom siapa yang ada depan aku..
then aku nampak doktor yang biasa cek up aku..aku lambai tangan..nasib nurse nampak
sebab nak cakap..aku tak berdaya..suara aku perlahan giler..doktor nak dengar pun..
siap dekatkan telinga diaorang dekat mulut aku..uihh serius aku rasa macam aku nazak
aku cakap dengan doktor tu..doktor saya sakit..tolong saya..sedih giler ayat kannn..
then doktor O&G tu suruh doktor kat situ bagi aku satu jab..supaya aku rehat..
so aku lalok lagi hahaha..tak rasalah sakit..bila keadaan aku stabil..aku ditolak ke wad
aku nampak suami keding tunggu aku kat luar bilik bedah..muka macam susah hati
dia kata dia tunggu aku dah berejam jam..tapi aku tak keluar keluar..adeh camnerlah
aku pun tak tahu berapa lama aku tak sedarkan diri..sampai wad..nurse tolak kembar..
alhamdulillah..aku dah sedar..babies pun tak perlu alat sokongan untuk bernafas..
diaorang sihat..comel sangat masa nampak dua dua tepi aku..tetiba jadi tumpuan diwad
tenkiu hospital ampang untuk hari hari indah sepanjang aku kandungkan kembar di sini
dapat 2 goodies bag dari hospital..yayyy..dua kali turun naik hospital bawak turun hadiah
terima kasih untuk nurse wad 4D yang rata ratanya dah macam kawan kawan..
yer lah..asyik muka ni jer duduk hospital kan..bila aku kena warded jer..semua dah tau
twin mama ni aper kes lagi lah kena masuk wad huhu..nasib lah kali ke 4 dah beranak
tenkiu juga untuk nurse 4C yang mandikan sikembar..tak lupa untuk doktor doktor
terutamanya doktor doktor pakar yang pegang kes iols ni..saspes sangat kekdahnyer
doktor pakar baik hati yang sangat ai sayang..Dr.Maiza..serius dia sangat baik..
kalau dia yang round wad...ai is happy sangat sangat..sentiasa menenangkan aku..
dapat jumpa dia di bilik pengasingan..ok ada lagi 1 kuota yang doktor bagi pada aku
harap harap lepas kembar ni..jumpa lah gegirl yer..ewah ada hati nak ngendong lagi
pastinyer hospital ampang akan jadi pilihan selepas ni..
yer lah..asyik muka ni jer duduk hospital kan..bila aku kena warded jer..semua dah tau
twin mama ni aper kes lagi lah kena masuk wad huhu..nasib lah kali ke 4 dah beranak
tenkiu juga untuk nurse 4C yang mandikan sikembar..tak lupa untuk doktor doktor
terutamanya doktor doktor pakar yang pegang kes iols ni..saspes sangat kekdahnyer
doktor pakar baik hati yang sangat ai sayang..Dr.Maiza..serius dia sangat baik..
kalau dia yang round wad...ai is happy sangat sangat..sentiasa menenangkan aku..
dapat jumpa dia di bilik pengasingan..ok ada lagi 1 kuota yang doktor bagi pada aku
harap harap lepas kembar ni..jumpa lah gegirl yer..ewah ada hati nak ngendong lagi
pastinyer hospital ampang akan jadi pilihan selepas ni..