­
Pinky Momma

Followers

F&N Memperkenalkan Rahsia Teh Tarik Ori Yang Sempurna

8:20:00 AM

Minggu lepas kak fink berkesempatan ke Mydin Subang Jaya untuk sama sama mempelajari cara membuat Teh Tarik Ori yang sempurna di mana F&N memperkenalkan Piawai Emas dan Mahahaguru Teh Tarik pada majlis tersebut. Susu F&N sentiasa memenuhi selera segenap lapisan masyarakat dari turun termurun..

Dari zaman mak ayah kita mereka menggunakan susu F&N ni kan..Ini kerana F&N merupakan antara syarikat tertua di Malaysia dan rantau ini. Susu Pekat Manis F&N dan Susu Sejat F&N menjadi peranan yang sangat penting di setiap dapur rakyat Malaysia dalam menyajijkan citarasa sebenar Teh Tarik Ori..Tanpa F&N memang tak lengkap rasa Teh Tarik tadi...


Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk para pengunjung yang hadir sempena majlis pengenalan tersebut. Antaranya Padan & Menang di mana peserta perlu memadan 3 gambar yang susu F&N yang sama dalam masa 20 saat untuk memenangi hadiah daripada pihak F&N..Nasib baik tak susah mana hahahaha..Yayy kak fink menang bekas kedap udara daripada F&N..


Paling seronok dapat sama sama untuk buat freeze video ahhahahahah..Comel sangat rasa gerak gerak macam anak patung tu..3 kali aku buat video ni. Teruja sangat dapat cuba benda benda baru macam ni..Ni antara video yang aku ambil hari tu..


Buat julung kalinya, para pengunjung Mydin berpeluang dapat membuat teh tarik menerusi siri permainan berhalangan yang perlu ditamatkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Dengan menganjurkan aktiviti yang dapat melibatkan penglibatan orang ramai ini merupakan satu platform untuk F&N berkongsi menghargai dan memberikan ganjaran kepada pelanggan setia mereka..




Salah satu lagi sorotan menarik yang ada dalam majlis ni adalah di mana Hang Tarik dan pakar pakar Teh Tarik yang telah dijemput untuk mempersembahkan satu persembahan bagaimana Teh Tarik dapat dinikmati dengan aksi aksi unik daripada seni warisan budaya negara kita..Tengok tu sambil menari pun boleh sediakan Teh Tarik tau..



Yang ni pula sambil menari kuda kepang pun boleh sediakan Teh Tarik Ori..Ooo ya, Teh Tarik kenalah tarik tinggi tinggi kan untuk rasa yang lebih umphh tu..Tak tarik bukan teh tarik lah namanya kan..Yang penting walaupun mereka menari ke sana sini, teh tarik tadi dapat dihasilkan dengan menghasilkan buih yang cantik dan rasa teh tarik yang lemak berkim..Hebat..


Rangkaian Susu Pekat Manis F&N diperkaya dengan kebaikan yang lemak berkrim manakala rangkaian Susu Sejat F&N menawarkan pilihan yang lebih sihat dan lebih lazat. Cuba korang campurkan kedua dua susu ni dalam Teh Tarik tadi. Rasa dia memang beza tau kalau dengan hanya mengguna satu sahaja susu F&N. 

Bila kedua dua susu tadi digabungkan, rasanya lebih kaw dan lemak lemak manis..Cubalah..Kak fink sendiri dah rasa bila kedua kedua susu F&N tadi dikahwinkan dan rasanya mampu memberikan rasa Teh Tarik Ori yang sempurna. Sekarang ni kita semua mampu menjadi pakar Teh Tarik Ori yang sedap hanya dari rumah sahaja..


Di majlis perlancaran tersebut juga, F&N turut berkongsi video F&N Raya dengan penampilan Hang Tarik yang dapat membantu sebuah keluarga sewaktu hari raya. Hang Tarik dapat menyelesaikan  kekecohan keluarga tadi dalam menyediakan Teh Tarik yang lazat untuk tetamu yang hadir. Kelakar iklan ni..Nantikan di kaca TV korang nanti ya..Kak fink pun tak sabar nak tengok lagi sekali kekecohan tu ahahahahaha..Dalam iklan ni juga korang dapat bagaimana cara untuk menghasilkan Teh Tarik Ori yang sempurna.


Melihat sendiri depan mata hari tu, kak dink dah tau dah rahsia sebenar Teh Tarik Ori yang sedap untuk dihidangkan. Bukan hanya boleh melengkapkan Teh Tarik kita, bahkan susu F&N juga mampu digunakan dalam pelbagai jenis masakan dan manisan untuk rasa yang lebih lemak berkrim. Ni nak puasa ni, campurkan susu Sejat F&N dalam agar agar pun sedap kan..

Website: www.fn.com.my

jangan lupa tambah stok susu F&N di rumah sempena Ramadan esok tau..



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!