Jalan Jalan Legoland Sempena Lego Star Wars Day
8:25:00 AM
Kalau sebelum ni kak fink kongsikan dengan korang kemeriahan yang ada semasa Star Wars Day yang diadakan secara besar besaran di Legoland Malaysi Resort kan. Entry yang ni kak fink kongsikan antara aktiviti lain yang kiteorang buat selepas selesai jer event Star Wars dan main kejar kejar dengan Darth Vader tu ahahahahaha..Yang terlepas dan nak baca entry Star Wars boleh klik SINI
Disebabkan kiteorang menunggu karektor karektor Star Wars tu dekat depan Lego Academy, sementara tu sempat masuk dekat sini untuk bagi peluang join kelas yang diadakan. Dalam ni more pada robotic. Hanya sesetengah umur je boleh join. Kembar tak lepas ahahahahaha. So kembar main Lego dekat luar dengan papa dia..
Walaupun dah 5 kali pergi Legoland tapi ni kali pertama abang long masuk sini. Percayalah korang tak kan sempat cover semua tempat dengan hanya sekali pergi. Nak nak pula bawa budak budak kan..Satu tempat tu pun dah lama diaorang main. Dekat Lego Academy ni aku suka sebab sambil main, sambil diorang kena berfikir nak bagi robot tu bergerak. Memang menguji minda betul..
Selesai jer 4 task yang diberikan. Baru sijil daripada Legoland akan diberikan..Abang ngah kecik lagi so dia banyak ikut jer apa yang abang long buat ahahahaha..Tapi dia pun dapat juga sijil sebab satu team kan..Suka lah dapat sijil tu..Sijil tu sebenarnya yang dia gila gilakan sebenarnya..Keluar dari sini terus nampak Darth Vader...Tu yang berlari lari mama pun..
Dari sini kiteorang tuju ke Kingdom. Mula mula dia nak main roller coaster dekat sini tapi tak jadi sebab perut baru lepas makan. Takut termuntah ahahahaha..Ok lah kita jalan jalan jer dekat sini..Dulu masa aku pergi Legoland mula mula, pokok tak besar macam sekarang. Sekarang ni pokok dah besar besar haaa..Tak lah panas sangat kan..
Eh kasi chance boleh tak wak. Bulan 5 ni bukan chennntaaaa katanya..Ni kira anniversary trip ke apa ni ahahahahahaha..Alhamdulillah 11 tahun kita masih bergaduh bersama..Tak sependapat tu selalu..Menyakitkan hati pun selalu juga ahahahahah tapi cukuplah kita tahu, kita ada antara satu sama lain..Gitchuuuu..
Yang ni pun kembar tak lepas nak naik sebab laju juga oii..Tengok macam biasa tapi aku pening juga lah bila mendalah ni berpusing pusing..Sebab tu aku kena duduk dengan bang ngah..Kena ada penjaga baru abang ngah boleh naik. Ok meh lah mama jadi budak budak juga ngah. Ni lah peluang ahahahahaha..
Kali kelima baru kembar lepas nak naik kuda ni HAHAHAHAHAHA..Lama awak tunggu kan nak. Baru lepas ketinggian dan umur untuk naik. Yayyy..Serius masa ni aku sebak sangat sebab rasa macam besar dah kembar..Dah boleh berdikari sendiri macam abang abang..Mungkin sebab tak de adik bawah dia. So rasa dia masih baby gitu..
Ni tempat paling lama kiteorang duduk dekat Imagination. Dekat 2 jam duduk dalam ni. Nasib lah ada air cond wak. Ni bukan anak jer main. Apak tu lagi mengader tak nak bangun. Hehhh geram tau tak bila boys semua main tak heran mama dah..Aku dah 2 kali ajak pergi tengok 4D movie. Tapi diaorang buat tak layan jer..Kofff
Ni semua kereta yang papa dia buat..Ya tuhan dah kenapa ni bang? Mana la tak lama. Dia siap buatkan untuk 4 orang anak dia tu haaa..Lepas tu siap pergi lumba..Chaittt..Mana la tak lama..Ni kena beranak girl ke apa ni ahahahahahaha..
Yer tak de yer wak orang dewasa dekat situ..Laki aku jer sorang dewasa di kalangan kanak kanak dekat situ HAHAHAHHAHAAHHA..Dia pun sibuk nak lumba kereta juga..Lepas tu siap cakap, oo ni tak laju ni, kejap papa adjust kereta abang long..Ya Allah memang ko kena sabar banyak duduk dalam..Boys tetap jadi boys yer..
Tak lama dekat situ, staff dia ada announce siapa nak join pertandingan lumba kereta boleh join dan daftar di kaunter. Well as expected, husband aku daftarkan semua nama anak dia untuk berlumba hahahahahahahahaaha..Ko ghaser? Kena tunggu lagi mak dekat situ..Lepas sesi perlumbaan, korang akan diberikan sijil daripada Legoland..Dapat sijil lagi budak budak ni..Kenangan kan..
Dah settle lepaskan gian apak dan anak, baru lah diaorang nak masuk ke 4D movie ni uhukhuk..Baru nak ikut pergi tempat mama pula..Tempat mama memang santai santai jer ahahahahah..Tak de penat penat..Nama pun bercuti, kena lah chill chill jer kan..
Lepaskan hasrat abang long nak naik train ni juga sebab dia tak pernah naik lagi..Ok lah mari naik. Aku kena naik dengan kembar sebab kembar kategori kecik lagi. Kena ada penjaga..Sekali lagi mama wakilkan diri ahahahahahaha..Ini peluang wak..Peluang..Kalau tak de anak, mesti ko pun nak naik jadi budak budak kan HAHAHAHAHAHAHAHAHAH
Dari Imagination, kiteorang ke Ninjago. Aku, abang ngah dan kembar dah pernah masuk Ninjago. Papa dia dengan abang long tak pernah lagi hikhik..So meh lah bagi diaorang masuk dan rasa..Plus masa ni panas juga dekat luar..Kena masuk tempat yang ada air cond bagi sejuk sejuk sikit kan..Nasib tak perlu beratur lama dalam Ninjago tu..Sampai jer terus naik ride tu..
And taraaaaaaa..Dah sampai Ninjago The Ride..2 kali jugalah budak budak ni nak main dalam Ninjago ni..Layan jer lah..Janji diaorang happy kan..Tempat sejuk sejuk tak per nak main banyak kali pun hahahahahaha..Mama ok jer..Kalau tempat panas tu yang ada letih sikit nak menunggu hukhuk..
Yang tak boleh bayang macam mana Ninjago The Ride ni macam mana. Haa meh kak fink kongsikan..Dalam ni korang kena naik kereta dan pakai spek 4D tu sebab nanti masa kereta tu bergerak, akan ada paparan 4D movie dekat depan. So korang kena jadi ninjago kena lawan musuh musuh yang datang..Nak lawan macam mana? Haa tu kena masuk sendiri ok ahahahahaha..Tak surprise la kalau cerita semua..
Sementara nak tengok Ninjago Live, kiteorang layan kan budak budak ni naik kapal terbang ni dulu lah..Ni pun 2 kali aku kena naik ahahahahaha sebab nak teman abang ngah sekali. Lepas tu teman kembar pula..Puas hati mak dapat main banyak juga untuk trip ni..Tenkiu anak anak ahahahahaha..
Menyejukkan badan sekali lagi dalam Ninjago Live. Show ni selama setengah jam. Kalau korang nak tengok, kena alert pukul berapa show dia ya..Kalau tak nanti terlepas..Ni bukan tengok movie. Ni memang diaorang lakonkan live depan kita..Akan ada staff dia bertindak menggerakkan segala watak dalam Ninjago ni..Kena tengok!
Bila show dah habis, dia buka untuk sesiapa yang nak bergambar dengan karektor karektor yang ada..Abang long tu memang rela jer nak amik gambar..Abang ngah jer tak nak ahahahaha..Tu berangin wak. Jangan layan dia. Siapa yang nak jer pergi atas pentas tu..Jangan risau tak de bayaran tambahan untuk nak amik gambar ni ahahahaha...
Lepas dah penat penat tu, kiteorang decide nak naik jer train ni dan pusing satu Legoland..Amik angin petang kan..Kaki pun tak penat nak jalan jalan..Selalunya ramai nak naik train ni tapi alhamdulillah rezeki petang tu, tak de orang nak beratur. Mungkin dah petang kot. Dah ramai yang keluar dari Legoland..
Last tempat yang kiteorang pergi sebelum keluar, di tempat bawa kereta. Ingatkan kembar tak lepas nak naik sebab sebelum ni sokmo tak lepas ahahahahaha..Sekali lepassss wakkkk..Dapat dia bawa kereta tu..Mama sebak lagi. Tetiba rasa kembar dah besar sangat dah..Aku risau dia tak pandai nak tekan paddle tu..Tapi pandai rupanya..Bergerak haaa kereta tu. Tak melanggar orang pun..Wuuu besar dah budak 2 orang ni..
Website: www.legoland.com.my
Facebook: www.facebook.com/LEGOLAND.my
Instagram: @legolandmalaysia
KLIK: Entry Lego Star Wars Day
hope to see you again and again. nak datang lagiiiii
2 828 PinKy PinKo say Hi!
sronok ler ank2 kt legoland tu..eh gmbr berdua sekeping je ke hehe
ReplyDeleteSeronoknya tengok.. bilalah dapat jejak kaki kat legoland ni.. teringin sangattt.. tapi masa betul2 mencemburui
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!