Followers

Sanrio Hello Kitty Town: Apa yang ada dalam rumah Hello Kitty?

9:40:00 AM

Ok kali ni kak fink nak share apa yang ada dalam rumah Hello Kitty..oh percayalah kak fink pun nak rumah camni hahahahaha..comelnya rumah dia..geram pulak kita tengok sana sini warna pink..masuk masuk jer rumah Hello Kitty ni korang akan disambut dengan Hello Kitty yang besar di depannya..sila ambil gambar ya sebab dia jadi fairy yang comel sangat..


Sebelah patung Hello Kitty yang besar tadi tu, ada sofa pink untuk korang duduk duduk..haishhh memang  sabar je la masa ni..semua perabot dia memang warna pink..dan bila warna pink haruslah automatik nampak indah indah jer..nak nak untuk orang yang suka kan warna pink macam aku ni..mesti rasa seronok jer duduk dalam rumah ni..


Di sebelah ruang makan Hello Kitty ni ada tempat bermain piano..ko tengok segala aksesori dia..alahai semuanya barang Hello Kitty yang comel comel ni..geram pulak kita wak..abg long eksyen jer tu..bukan berbunyi pun piano tu ekekeke..dalam ni ada profesional photographer juga untuk ambilkan gambar korang ya..


Bila masuk dapur dia lagi tak boleh tahan aahahahahaha..segalanya barangan dapur macam pinggan, cawan, mangkuk, dulang dan toaster semuanya brand Hello Kitty..adoii sawan la duduk dalam rumah ni..kalau korang ada anak perempuan, confirm diaorang lah anak paling seronok bila korang bawa masuk sini..aku yang besar ni pun rasa syokkk jer tengok barang barang dalam rumah ni..



Haih bila la nak ada rumah fantasi fantasi macam ni..agak agak suami rajin tak melayan isteri dia yang sawan pink sangat ni? ahahahaha..langsir pun comel juga..eh semua pun comel comel la dalam ni..tak de yang tak comel..tu aku cakap banyak tempat yang korang boleh bergambar bila korang ke sini..yang pinggan di atas kitchen cabinet tu semua diaorang dah gam kan ya..tak lah pecah kalau anak anak angkat nanti...tapi tetap kena perhatikan apa yang anak korang pegang ok..


Ni tempat bilik mandi Hello Kitty..asalnya aku sorang je nak masuk sini..tapi 4 orang tu bila nampak mama naik jer..automatik semua pun nak masuk sekali..tak bagi peluang langsung mama nak feeling feeling tau..korang kalau nak masuk sini, sila buka kasut dari luar ya..sebab tak nak bath tub tu kotor jer..sebab nanti orang lain pun nak masuk dalam ni kan..so sama sama jaga kebersihan dalam ni..


Bilik tidur Hello Kitty..siap ropol ropol lagi kelambu dia..kerlazzz sangat macam princess jer rasa ahahaha..abg long jer rajin melayan mama nak bergambar sana sini..tenkiu abg long selalu tolong mama..senang keje mama nak amik gambar buat kenang kenangan sebab dia memang anak yang sukakan camera..


Di ruangan almari baju Hello Kitty..sebelah sebelah jer dengan katil dia..baju pun comel comel ahahahaha..warna pink lebih banyak dari warna lain..dekat sini banyak cermin.so kalau korang nak selfie memang sesuai sangat lah..husband kak fink pun sempat selfie dalam ni..amboiii sangat iyer tu..bajet bajet comel juga ke ahahahahaha..


Ni di ruangan luar rumah Hello Kitty..cantik juga kan landskap dia..nak masuk sini pun korang tak boleh nak main masuk jer ya..dia ada had orang yang boleh masuk..kalau kata ramai sangat..korang kena tunggu lah kejap di luar..dan bila batch tu dah keluar, baru korang boleh masuk pula ok..yer la kalau ramai ramai, nanti tak best pula nak ambil gambar kan..sana sini ada orang..sebab tu kena take turn ya..


Ni dah nak dekat cuti sekolah, boleh la korang rancang percutian ke sini..seriously tak sedar masa berjalan bila korang dalam ni..segala details nak ke sini kak fink dah senaraikan di bawah ni ya..untuk sesiapa yang terlepas entry kak fink tentang Sanrio Hello Kitty Town..boleh klik dekat Hello Kitty Part 1 dan Hello Kitty Part 2


Address: Persiaran Puteri Selatan, 79100 Nusajaya, Johor 
Landmark: bersebelahan Hotel Jen [Red Building]
Phone: 1300 88 FAMILY [326459]  
Operation Hours: 10am - 6pm [Everyday]


dah banyak dah kak fink share dengan korang tentang Hello Kitty Town ni..
so tunggu apa lagi, nanti bawa anak anak enjoy dekat sini ok..


You Might Also Like

10 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. comelnya.. kalau bilik anak dara camtu konpem tak kuar bilik!

    ReplyDelete
  2. Rindu nak ke sini lagi kak fink...meriah sunggguhhhhhhhh tau semua, tgk anak2 akak enjoy sgt disini..nak repeat lagi la

    ReplyDelete
  3. Menarik sangat,harap dapat ke sana nanti..Anak dara akak tengok mesti suka nie Diya,peminat pink juga..ahahaaa

    ReplyDelete
  4. alaaa akakkk seronoknyaaa
    geram laa tengok rumah diaa
    alaaa....nak pergi jugaklah nantiiii

    http://www.yayacendana.com/

    ReplyDelete
  5. Tak tahan.. tak tahan.. dlu hannah je masuk dgn kezen2 dia. Sob sob

    ReplyDelete

  6. Menarik nye Sanrio Hello Kitty Town nih...
    Kalau Fatin nampak mesti dia nak g situ

    ReplyDelete
  7. ini kalau dak kakak Dania tengok memang meroyan nanti ni

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!