Followers

Indah Water Konsortium: Kenapa Perlu Bayar Bil Indah Water dan Menangi Hadiah sehingga 31 Januari 2016

10:48:00 AM

Saper sini yang selalu skip bayar bil Indah Water? aku percaya mesti ada yang selalu skip bayar bila nampak bil indah water sampai ke dalam post box kita kan..rasa macam tak penting pun bil ni macam bil bil lain..errr aku pun selalu rasa macam tu hahahahaha..adoii..jangan ikut perangai kak fink please..tapi lepas aku tengok banner ni..rasa macam terkedu..eh teruknya aku sampai rasa bil indah water tak penting pun..padahal tak de la mahal pun bil tu..sebulan hanya RM8 jer korang..


Pernah tak korang rasa kalau tak de Indah Water yang membersihkan semua segala air kumbahan yang dibuat..apa yang terpaksa kita berdepan dengan segala najis najis  yang dibuang tu? ok nak bayangkan pun tak mampu sebab bila sebut jer najis..bila sebut jer air kumbahan..semua orang tak suka..semua orang tak nak..sebab apa? busuk..kotor dan menjijikan..dan itulah tugas Indah Water untuk merawat semula najis dan air kumbahan yang kita buang tadi..RM8 sebulan pun masih berkira nak bayar? haihh..


Ok meh kak fink kongsikan di sebalik tabir proses rawatan yang dibuat oleh Indah Water setelah najis dan air kumbahan kita dibuang..senang cerita, air mandi, air kita mencuci baju, air dari tandas yang kita buang segala najis dan cucian pinggan tu semua akan disalurkan pada manhole dan seterusnya ke loji pembetungan untuk pembersihan..cuba bayangkan tanpa Indah Water? Mampu ke ianya menjadi bersih seperti sekarang? Apa akan jadi dengan alam sekitar kita?


Dulu aku selalu fikir, perkara perkara ni semua tak penting sebab kita tak dapat depan mata kan? Tapi bila dah tahu apa yang Indah Water buat disebalik air yang kita buang tu tadi..terus rasa tak patut..padahal baru RM8 jer sebulan untuk semua rawatan dan pembersihan yang dilakukan oleh pihak Indah Water Konsortium ni..


Sekarang ni dah macam macam cara boleh kita buat cara pembayaran bil Indah Water..korang boleh pilih jer mana yang senang untuk korang buat pembayaran..antaranya:

1. Kaunter Pembayaran Tunai
  • Pejabat Pos
  • Bank Simpanan Malaysia
  • Ambank
2. Kaunter Pembayaran Cek & Tunai
  • Public Bank
  • Maybank
  • Bank Islam
  • Eon Bank
  • Pejabat Unit Indah Water
3. Mesin Juruwang Automatik (ATM)
  • Public Bank
  • Ambank
  • RHB Bank
 4.Perbankan Telefon
  • Maybank Kawanku (1-300-88-6688)
  • Public Bank (03-2163 9000)
  • MBF Call n' Pay (03-2167 7600)
 5. Ibu Pejabat Indah Water Konsortium
  • Aras 1-4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur
 6. Sampul Surat Setem Pra Bayar Indah Water Konsortium



Ataupun paling senang yang aku buat adalah pembayaran secara online dengan bank bank berdaftar di Malaysia seperti:
  • Maybank2U
  • Cimb Clicks
  • MBF Cards
  • RHB Bank
  • Public Bank
  • Am Online
  • Bank Islam
  • Eon Bank
  • Pos Online

Dan sekarang ni kan kalau korang bayar secara online, ada satu lagi contest yang dianjurkan oleh pihak IWK..bermula 11 Januari sehingga 31 Januari 2016 ni..sesiapa yang buat pembayaran bil Indah Water secara online akan memenangi kad esklusif Touch n' go untuk 300 pelanggan yang pertama setiap minggu..Manakala 45 pelanggan pertama yang membuat bayaran bil IWK untuk setahun, mereka akan mendapat beg komputer esklusif IWK yang bernilai RM150..haaa senang kan..online jer pun dah boleh dapat hadiah..


Untuk lebih lanjut, korang boleh klik:
Website: www.iwk.com.my

Alamat: Aras 1-4, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur
Pertanyaan Bil: 03- 2083 2828

terima kasih Indah Water kerana membersihkan air kami selama ni..
korang jangan lupa bayar bil ok..murah jer..



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. balik ni segera nak pergi byr! ahaha

    ReplyDelete
  2. Ehhhh mmg penting bayar bil indah water..tak dapat bayangkan kehidupan kita tanpa ada pengurusan kumbahan ni..jom semua org, kita settlekan bil indah water..hehee

    ReplyDelete
  3. hi.. nak bagitahu.. HQ IWK kt Pusat Damasara tu dh berpindah ke jln dungun.. yg Blok J tu dh dirobohkan pun.. just sharing

    ReplyDelete
  4. Eta Jaafar,
    Thanks for sharing. Tapi info ni dari website IWK as of 18 January 2016. Boleh tahu alamat yang betul? Ataupun minta pihak IWK update website tu dengan info terkini :)

    ReplyDelete
  5. Hai..sya nk tyn la... sy dh bil... sya ad tunggakkan rm-24.45 dan bil semase rm 55.40... sy byr bil semasa.. byaran 2 akan dibawa ke bil akan dtng x....

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!