Followers

English Mania: Legoland Theme Park merupakan taman tema One Stop Edutainment yang sempurna!

7:26:00 PM

Untung budak budak sekarang kan..macam macam teknik pembelajaran yang diadakan bagi menarik pelajar untuk melalui proses pembelajaran yang menyeronokkan di luar bilik kelas..Antaranya yang terdapat di Taman Tema Legoland dengan kerjasama dari Kementerian Pelajaran Malaysia melalui program English Mania..Program ini bukan sahaja dapat meningkatkan keseronokkan dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tetapi juga untuk pelajaran Dunia Sains dan Teknologi dengan cara yang lebih positif..


Melalui program English Mania ini, pelajar akan dapat mengalami keadaan yang berbeza di mana konsep telah diajar di dalam kelas..Setiap kelompok di dalam Taman Tema Legoland, ada kaitan dengan sukatan pelajaran diperingkat rendah mahupun menengah.. Hands-on aktiviti dan visualisasi keadaan seperti yang terdapat di Istana Lego Kingdoms, berjalan melalui Miniland atau perjalanan ke Land of Adventure akan mendedahkan pelajar kepada perkara yang baru, menyeronokkan dan memberikan maklumat yang menarik..Ianya juga membantu pelajar dalam kemahiran berfikir sepanjang tugas dan aktiviti yang mereka lakukan di dalam program English Mania ini..


Guru guru yang terlibat dalam program ini juga akan diberikan pendedahan dan dilatih untuk membangun dan mempertingkatkan program English Mania ini di sekolah masing masing..Setiap guru akan dilengkapi dengan modul dan toolkit yang dapat membantu mereka menyampaikan kepada pelajar pelajar yang tidak berpeluang melawat Taman Tema Legoland untuk mereka terlibat sekali dalam progam English Mania ini seterusnya mendapatkan markah tambahan untuk kokurikulum..


Untuk makluman korang, seramai 200 orang pelajar dan guru dari seluruh negeri Johor telah menyertai program English Mania ini..Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga berharap untuk memperluaskan program ini pada masa akan datang supaya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar dan guru guru dalam menyediakan platform yang berbeza dan unik untuk pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah..


Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengiktiraf Program Pendidikan Legoland ini memaparkan teras Lego iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau dikenali sebagai STEM..Program program yang dihasilkan oleh pihak Legoland Malaysia Resort membolehkan pelajar meneroka dan seterusnya mempamerkan pengetahuan mereka dalam dunia teknologi..Dengan 7 jenis program dan cabaran pihak Legoland Malaysia Resort tawarkan, pelajar pasti akan mendapati taman ini sebagai one stop taman tema edutainment yang sempurna! Jom tengok video di bawah ni untuk lebih jelas..


Dari 15 Februari sehingga 31 Mac 2016, guru guru dan pegawai pendidikan boleh menerima 4 tiket Taman Tema secara percuma apabila mereka berdaftar dalam Legoland Education Program Briefing..Bagaimana? Ok cikgu cikgu semua hanya perlu:

1. Memuat turun borang daripada laman web Legoland:

2.  Borang tersebut perlu disahkan dari sekolah atau organisasi pendidikan.
3. Pilih sesi taklimat yang anda mahu hadir dan kemuka kan borang yang lengkap ke:
  • Sheila.Shamsuddin@legoland.my
  • Shahbudin.wong@legoland.my
4. Ambil tiket di kaunter tiket Legoland


Tunggu apa lagi, cikgu cikgu ambil lah kesempatan yang diberikan oleh pihak Legoland Malaysia Resort ini untuk sama sama menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris di kalangan pelajar satu pembelajaran yang menyeronokkan..Tawaran ini sah sehingga 31 Mac 2016 ni jer tau..Ada masa lagi untuk cikgu cikgu terlibat dalam sesi taklimat yang di adakan di Legoland!



sebab tu lah kak fink tak pernah jemu bawa anak anak ke Legoland..
selain dari mereka berseronok, anak anak juga akan belajar sesuatu di sana!

You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!