Followers

Golden Rose Cosmetics: Kak fink dan beauty bloggers lain di Exclusive Beauty Is Confidence Makeup Workshop Sunway Putra Mall

11:12:00 AM

Happy sangat sabtu lepas dapat berada di antara ramai ramai beauty bloggers yang hadir untuk Beauty Is Confidence Makeup Workshop eksklusif bersama Golden Rose Cosmetics di Sunway Putra Mall..Belum start workshop dah rasa cantik bila duduk dengan orang orang cantik ni hahahahaha..Walaupun 1 jammmm kak fink cuba cari parking dekat bawah tu disebabkan Matta Fair tapi akhirnya dapat juga parking..Dah sedih giler dalam kereta tak jumpa parking hahahahaha..Nasib baik tuhan restu untuk kak fink bersama mereka dalam makeup workshop ni..


Ni lah cikgu kami merangkap profesional makeup artist untuk hari tersebut..Santai sangat kelas dari Eiman Stella..Sambil sambil dia makeup..Sambil sambil tu juga kita boleh tanya soalan..Plus Eiman ajar cara yang basic untuk kita keluar jalan jalan..Hanya dengan basic makeup jer dah mampu nampak lebih yakin dan wowww!


Masa ni Eiman tengah ajar cara nak pakai mascara untuk nampak macam kita pakai bulu mata palsu..Tapi tak sebenarnya hanya dengan bulu mata sendiri jer..Perghhh baru tahu tips and tricks tu..Dah nampak macam barbie doll bila kita apply cara yang sama..Bersyukur sangat terpilih dalam workshop ni sebab Eiman dia ajar semua apa yang dimuka kita..Tak perlu tambah dengan palsu palsu tu pun dah mampu nampak lebih cantik! Thank you Eiman..You the best!



Semua makeup yang digunakan Eiman dari Golden Rose Cosmetics..Seriously ini first time kak fink guna produk Golden Rose sebab mula mula ingat produk dari Turki mahalllll..Yer la tengok kedai dia pun rasa macam takut nak masuk..Sebab macam setaraf kedai kedai makeup yang ada nama..Tapi bila dah masuk..Dah guna..Dan dah tengok harga..Memang rasa nak pitam sebab eh apersal murah ni..Orang kata student pun mampu beli..


Dah la cakap jer pun tak guna kan kalau tak tunjuk bukti dekat korang..Ni haaa tengok harga produk produk dari Golden Rose Cosmetics ni..Bermula dengan RM5 kalau aku tak silap dan belasan ringgit jer korang..Tapi kualiti dia perghhh macam makeup ratusan ringgit kan..Korang tengok jer lah makeup dekat model tu..Dah ramai makeup artist yang tukar pada produk Golden Rose Cosmetics ni sekarang..


Paling suka produk eyebrow dia sebab sangat smooth jer..Kiteorang berpeluang cuba sendiri dan main main sendiri dengan makeup yang disediakan oleh pihak Golden Rose Cosmetics..First time guna terus rasa sukaaaa sebab memang kena dengan kulit kak fink..Matte lipstick dia paling kak fink suka..Dah la murah RM25 jer ok matte lipstick tu..Colors dia semua rasa nak makan!





Tak sabar dah nak main makeup masa ni..Masing masing dah amik port depan meja yang disediakan untuk cuba makeup dari Golden Rose Cosmetics..Kiranya dah tengok Eiman ajar di depan,kita boleh  praktikal sendiri..Best kan..Bukan tengok jer orang buat..Tapi tak de peluang nak apply di muka sendiri..Kalau korang datang Golden Rose Cosmetics di Sunway Putra Mall, korang pun boleh main makeup makeup dalam tu..Staff dia baik sangat..


Dan ini lahhhhh hasil make up kak fink menggunakan produk Golden Rose Cosmetics..Boleh tak nak cakap tersuka dengan kening dan mata sendiri hahahahahahaha..Tak boleh move on oiii..Suka sangat..Thanks pika tolong kak fink hari tu sebab aku ni bab kening tu memang ada takut takut sikit..Bukan apa, takut terjadi kening sin chan hahahaha..Tapi yang ni ok kan..Eh suka lahhh!


Orang yang baik hati ajak kak fink hari tu adalah adik blogger Yaya Natsumi...aku panggil dia adik yaya cumi cumi jer sebab dia ni nama jer dah besar tapi manjaaaaaaa macam aku ada anak lagi satu hahahahaha...Tenkiu yaya sayang..Tenkiu Joanne dari Golden Rose Cosmetics..Rasa nak duduk lama lagi hari tu sebab tak puas makeup tapi kesian dekat anak dekat rumah hahahaha..


Korang pergila outlet Golden Rose Cosmetics di Sunway Putra Mall tu..Tingkat 4 tau..Kalau korang beli produk Golden Rose, nanti dapat parking for FREE...Korang juga berpeluang cuba sendiri makeup Golden Rose terus ke muka..Nak tengok sesuai ke tak kan..Tapi rasanya kalau korang dah masuk takut tak nak keluar jer sebab rambang mata tengok warna warna dan harga yang dipamerkan hahahahaha..

Website: http: www.goldenrose.com.my

Joanneeeeeeee can we repeat again..adoi tak boleh move on la hahahahaha




You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. wahhh..nampak berseri2 plak dah si Pinky momma ni..bestnya dpt pi workshop mcm ni..bleh timba ilmu jugak kan...

    ReplyDelete
  2. Sonoknya dapat attend make up workshop..me like :D

    ReplyDelete
  3. whoa bestnya..kompem terbarai wallet dtg tpt mcm ni..:p

    ReplyDelete
  4. Jom pergi lagi! Hihihi irreviu kak fink :*

    ReplyDelete
  5. kemaiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnn kak kehpam oi pink sgt bibir tuh!!! hehehehe

    ReplyDelete
  6. Amboi mekap sakan noh, cantik pula tu!

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!