Followers

Lego Nexo Knights: Dapatkan Kad 3D Hologram Lego Nexo Knight dan main permainan video Lego secara PERCUMA di Mid Valley

2:00:00 PM

Sabtu lepas kak fink berpeluang bawa anak anak untuk turut serta dalam perasmian Lego Nexo Knights di Mid Valley..Sehingga 20 Mac 2016, pelbagai aktiviti yang diadakan di sini untuk anak anak korang explore..antaranya Meet and Greet bersama karektor Lego Nexo Knights, pengalaman bermain dalam Virtual Battle Tour dan Permainan video Lego Nexo Knights The Merlok 2.0 apps yang boleh dimuat naik di App Store dan Google Play..


Pelbagai set Lego Nexo Knights juga dipamerkan dan dijual pada hari tersebut..Kalau korang peminat dan pengumpul lego, jangan lepaskan peluang untuk datang cepat ke Mid Valley untuk jadi yang terawal memiliki koleksi yang terbaru ni ok..Kak fink pun dah dapatkan sebahagian dari set Lego Nexo Knights yang terbaru tu..Wishlist anak anak akhirnya tercapai juga..


Pintu masuk Lego Nexo Knights Academy disambut oleh Clay..Besar tau..Kalau nak dengar Clay bercakap pun ada..Betul betul di depan pintu masuk Knights Academy..Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini..Masa kak fink pergi hari tu, bukan anak anak jer suka bergambar dekat sini tapi semua peringkat umur tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan Clay..Sesuai untuk bawa  seisi keluarga ke sini..



Abg long berpeluang merasai pengalaman di Battle Zone untuk Virtual Battle Tour..Korang hanya perlu letakkan mata di situ dan ikut jer arahan yang diberikan..Jangan risau, ada staff Lego yang akan guide korang sekiranya korang tak faham macam mana nak main di setiap games station yang disediakan di Mid Valley tu ok..


Ni kak fink kongsikan video abg long main games Lego Nexo Knights di Ipad yang disediakan di situ..Jangan risau, kalau korang tak berkesempatan nak ke sini tapi teringin nak main games dari Lego Nexo Knights ni, korang boleh download di Play Store dan iTunes dan search The Merlok 2.0..Make sure nak download tu kena ada sambungan internet yang kuat ya..




Nah kak fink kongsikan video untuk korang lebih faham nak main The Merlok 2.0 ni..Tak susah pun korang..Lepas je download tu, terus jer jalan ke depan dan lawan macam biasa..Bila power nak habis atau nak unlock power tadi, korang hanya perlu scan shield yang terdapat pada set Lego Nexo Knights ataupun guna kad imbas yang berlogokan shield tadi..Korang boleh scan terus dari handphone je ya..Mudah kan? Kalau tak silap ada 170 power yang korang boleh unlock dan gunakan.. Selain tu, untuk dapatkan lebih banyak shields, korang boleh daftar di website Nexo Knight Academy di http://bit.ly/LEGO_NEXOKNIGHTSMY..di sini anak anak boleh training menjadi seorang satria yang hebat!



Selain daripada permainan video Lego Nexo Knights The Merlok 2.0 di Ipad ni..Korang juga boleh bawa anak main di Power Up Zone..Di area ni, apa yang korang perlu lakukan adalah menunjukkan shield di bahagian sensor bulat di situ untuk korang top up power..Bila power dah penuh, korang dah boleh bermain battle yang diberikan..Senang jer! Kalau rasa tak tahu nak mulakan mainan tu, tanya jer staff Lego yang ada di sana..


Abg ngah tak melepaskan peluang untuk memasang dan bermain lego di luar Lego Nexo Knights Academy..Kak fink suka dedahkan anak anak bermain dengan Lego sebab mereka akan jadi lebih kreatif untuk berfikir kan..Meja dan kerusi disediakan untuk anak anak bermain di sini ya..Seriously banyak aktiviti yang disediakan oleh pihak Lego..Jangan lepaskan peluang untuk anak anak happy di sini..


Sempat juga bergambar dengan karektor karektor Lego Nexo Knights yang terdapat di sini.. Antaranya Macy Halbert, Aaron Fox, Clay Moorington, Axl dan Lance Richmon..Di mana mana ada lego kalau korang datang ke Mid Valley ni..Sesiapa yang memang peminat Lego mesti akan teruja saat korang melangkah masuk ke dalam Lego Nexo Knights Academy..



Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara mereka yang terawal mempunyai koleksi Lego Nexo Knigts..Anak anak kak fink tengok semua dah tentu arah hahahaha..Lelaki kan..Dia punya excited tu memang lain macam sikit bila nampak toys yang melibatkan battle camni..Semua set Lego Nexo Knights ada dijual bersebelahan dengan Power up Zone..


Hello Clay! Sempat anak anak bergambar bersama maskot Clay pada hari tersebut..Sila beratur ya kalau nak bergambar bersama Clay..Sebab mesti ramai yang bergambar bersama..Korang juga berpeluang menonton Movie Lego yang dipasang di ruang tengah tu..Sebab tu kak fink cakap cuti sekolah ni bawa la anak ke sini..Macam amacam ada!


Abg long dan Abg ngah gigih menyiapkan set Lego Nexo Knights mereka..Abg long siapkan set  yang besar..Abg ngah siapkan set yang kecil..Mama memang tak campur sikit pun huhuhu..Semua mereka yang siapkan..Good job anak anak mama..Semua tak sabar nak main, tu yang siapkan cepat cepat hihi..Cuti sekolah ni adalah aktiviti mereka di rumah..


Kak fink kongsikan secara dekat Lego Nexo Knights yang dipasang oleh abg long dan abg ngah..Paling happy abg long lah sebab set lego yang besar tu dia buat sorang jer..Sekejap baring..Sekejap duduk hahahaha..Siapa lagi nak siapkan kalau bukan dia kan..Buat lah nak..Janji happy yer..Mama support dari tepi jer hikhik..





Berita baik untuk followers dan readers kak fink di instagram @diya.nadia ..Cari gambar abg long pegang kad 3D hologram macam gambar bawah ni dan tunjukkan pada staff Lego yang ada di situ..Korang akan dapat salah satu kad 3D Lego Nexo Knights ni secara PERCUMA..Tak perlu buat apa apa tau..Hanya perlu tunjukkan instagram kak fink jer..Abg long dah kumpul semuaaaa..Kalau korang nak, kena cepat tau sebab terhad pada 500 orang terawal jer..


Nah pesanan dari abg long..Diulangi sehingga 20 Mac 2016 sahaja Lego Nexo Knights akan berada di Mid Valley..Jadi sempena cuti sekolah sekarang ni, inilah salah satu tempat untuk korang bawa anak anak luangkan masa dan enjoy segala aktiviti yang disediakan..Terus ke Centre Court yang terletak di Ground Floor ya..


Lego Nexo Knights
Lokasi: Centre Court, Ground Floor Mid Valley
Tarikh:  11 Mac - 20 Mac 2016

Game Apps: Lego Nexo Knights The Merlok 2.0
Available: App Store & Google Play
Website Lego Nexo Knight Academy: http://bit.ly/LEGO_NEXOKNIGHTSMY


lepas ni nak intai intai set Lego Nexo Knights yang lain pula..
di Mid Valley semua set ada dijual di sana..jangan lepaskan peluang!



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Anak-anak sudah sampai LEGO NEXO KNIGHTS academy leka dan tidak mahu berginjak. :)

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!