Followers

Jerlynn'L: Pencuci dan pembersih badan untuk seisi keluarga terutamanya kanak kanak

5:02:00 AM

Hari tu kak fink berpeluang untuk bersama sama dengan mommies yang lain mengenali secara lebih dekat tentang produk penjagaan dan kebersihan badan bermula dari rambut sehinggalah ke seluruh tubuh badan kita..Produk ini sangat lah bersesuaian untuk kanak kanak terutamanya..Mesti korang nak tahu produk apa tu kan? Pernah dengar dengan jenama Jerlynn'L?


Untuk pengetahuan semua, produk Jerlynn'L ini di hasilkan dari bahan bahan semulajadi..Dan ianya  sesuai digunakan terutamanya untuk kanak kanak serta mereka yang mempunyai kulit sensitif..Masa hari tu juga, anak anak kak fink diberi peluang bermain dengan art soap dari Jerlynn'L..Mula mula ingatkan tu sejenis tanah liat tapi rupa rupanya sabun yang anak anak boleh reka corak dan bentuk kegemaran untuk mandian mereka nanti..Cool sangat!


Suka budak budak tu boleh buat sabun rekaan sendiri..Macam macam bentuk sabun yang ada..Ada yang buat bentuk bola..donut dan juga bentuk bintang hahahaha..Anak anak pun boleh jadi lebih kreatif kan..Kalau korang nak beli art soap ni pun boleh ya..Mereka jual pada harga RM10..Lebih lanjut, korang boleh tengok di website Jerlynn'L..
Set cucian daripada Jerlynn'L ni senang jer korang nak bezakan..Macam ni dilabelkan dengan warna biru kan..Biru bermaksud Body Wash..So yang ni set yang sesuai untuk mandian..Tak kira peringkat umur, dewasa mahupun kanak kanak boleh gunakan set ni..Yang penting lepas korang mandi tu, korang akan rasa lembut jer dekat kulit..

Body & Face Cream  [RM 69.00]


Warna Merah pula bermaksud untuk produk cucian atau jagaan yang lebih rapi..Untuk kanak kanak, mereka perlu dapatkan pemerhatian dari ibu bapa ataupun penjaga ketika menggunakan produk Jerlynn'L yang berlabel Merah..Kebanyakannya untuk kegunaan sebagai sun protector..Sebab tu kena ada ibu dan ayah yang tolong adik adik ketika menggunakan produk berlabel merah ok..

 Bug No More (180 min - Plants & Herbs Extract) [RM 49.00]
Sun Protect SPF50 [RM 69.00]
Sun Protect SPF30 [RM 49.00]


Manakala yang berlabel hijau pula untuk kegunaan di rambut..Senang kan bila ada perbezaan label melalui warna warna macam ni..Anak anak pun tak keliru bila mereka nak menggunakan sesuatu produk tu..Kak fink sendiri dah cuba produk Jerlynn'L yang berwarna biru tu..Kalau anak korang jenis yang kulit sensitif, boleh cuba Jerlynn'L di rumah..

Hair Conditioner & Detangler (Plants Extract) [RM 79.00]


Lagi satu produk Jerlynn'L yang ada di pasaran adalah Ice Cream Scoop Gel Freshner..Ini bukan ice cream ya tapi freshner yang korang boleh letakkan di dalam kereta, almari atau di tempat tempat yang korang rasa sesuai untuk diwangikan..Macam kak fink letak dalam kereta..Masa buka kereta tu rasa segarrrr jer..Yang macam ni aku cuba bau daripada Euca Lyptus..Bau dia macam bau menthol sikit..


Senang jer..just masukkan freshner tadi dalam kain bunjut seperti potporri tu kan..Dah boleh digantungkan di mana mana yang korang rasa suka nak gantung..Mula mula serius aku ingat sejenis makanan yang boleh dimakan hahahahaah..tapi rupa rupanya freshner..Freshner ni daripada sabun juga tau..


Thanks Jerlynn'L for having me and my kids..Puas hati dapat mencuba sendiri produk ni..Bukan sekadar membersihkan tapi juga Jerlynn'L menjaga kulit kita supaya lebih lembab dan cerah..Korang kena cuba Whitening Cream dia..Memang terus boleh nampak perbezaan tangan yang disapu dan tangan yang tidak disapu dengan Jerlynn'L..Mudah serap dan tak berminyak..


Untuk pembaca blog kak fink, sekiranya korang nak beli produk Jerlynn'L..korang boleh dapatkan di Kiosk Jerlynn'L yang terletak di Mid Valley ataupun beli secara Online di www.jerlynnl.com..Jangan lupa masukkan Voucher Code: BLOG20 untuk dapatkan potongan sebanyak 20%..Sah sehingga 30 April 2016 ni jer ya..


selamat mencuba korang...pilih yang terbaik  untuk kulit anak ok ;)




You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Okay nice. Boleh cuba yang untuk kulit sensitif tu :)

    ReplyDelete
  2. Wahhhh.. Penjagaan kanak-kanak pun kena teliti kan.. Comel je anak kak diya tuuu.. hehehee..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!