LIP HOP: Produk kecantikan dari Korea yang mampu poket dan boleh didapati eksklusif hanya di Farmasi Guardian
8:24:00 AM
Korang pernah dengar tak dengan produk kecantikan jenama LIP HOP dari Korea..Sekarang ni segala produk LIP HOP boleh didapati di farmasi Guardian..Rangkaian produk dari LIP HOP ni didatangi dengan pembungkusan yang penuh ceria dan berwarna warni..Bukan tu jer, bau bauan daripada LIP HOP pun sangat wangi dan segar..Tekstur setiap produk Lip Hop ni didatangi dengan cara yang kreatif..
Kak fink dah guna 3 produk LIP HOP iaitu Lip Hop Sun Care, Lip Hop HAPPY CLEANSE dan juga Lip Hop Aqua Jelly..Yang Lip Hop Sun Care tu ada keluaran untuk kanak kanak..Kalau dulu, susah sangat nak cari produk Sun Care untuk anak anak kan tapi kali ni kak fink tak perlu risau lagi..Ok jom kak fink kongsikan dengan korang satu per satu kegunaan produk LIP HOP ni..
1. Lip Hop Sun Care
Ada 4 jenis untuk Lip Hop Sun Care ni..Yang menariknya setiap Lip Hop Sun Care ni ada 4 SPF yang berbeza untuk kita pilih..Antaranya adalah:
- Moisturising Lightweight Sun Protection Spray SPF50 PA++++ [RM35.90]
- Kids Hyperallergenic Sun Protection Lotion SPF50 PA+++ [RM34.90]
- Ultra Whitening Sun Protection Lotion SPF80 PA+++ [RM34.90]
- Super Defence Ex Sun Protection Milk SPF115 PA+++ [RM36.90]
Macam baru ni kak fink dan keluarga ke Farm in The City, memang kak fink bawa sekali untuk sapukan di kulit anak anak..Sesuai sangat untuk korang yang selalu melakukan aktiviti luar..Maklumlah sekarang ni, cuaca panas sangat kan..Haruslah di bawa ke mana saja Lip Hop Kids Hyperallergenic Sun Protection ni..Bukan hanya sesuai untuk aktiviti luar tetapi juga sesuai untuk mereka yang melakukan aktiviti air..
Lip Hop Kids Hyperallergenic Sun Protection tahan air dan peluh selama 40 minit..Ianya memberikan keselesaan pada kulit anak anak selepas aktiviti yang terdedah dengan cahaya matahari..Ini kerana produk ini mempunyai esktrak epal semulajadi yang mempunyai sifat antioksidan yang mampu mencegah kerosakan kulit daripada radikal bebas..
Yang penting Lip Hop Kids Hyperallergenic Sun Protection bebas daripada PABA, paraben, pewarna tiruan, bahan bahan daripada haiwan, minyak mineral dan Oxybenzone..Produk Lip Hop Kids Hyperallergenic Sun Protection ini juga dermatologically tested and proven! Jadi ibu ibu tak perlu risau kalau anak anak aktif di luar..Pastikan sebelum mereka melakukan aktiviti yang terdedah dengan matahari dan air, sapukan terus Lip Hop Kids Hyperallergenic Sun Protection..
2. Lip Hop Aqua Jelly
Terdapat 4 jenis Lip Hop Aqua Jelly di pasaran sekarang ni..Korang boleh pilih jer bau bauan yang korang suka..Tapi kak fink suka yang warna pink iaitu Lip Hop Dragon Blood Fresh Aqua Jelly Face & Body Gel..Dah la wangiiiii...Segar pulak tu..Bila sapu rasa macam sejuk jer kulit..Ianya sangat cepat meresap ke kulit..Tak melekit dan sangat ringan teksturnya..
Masa di Farm in The City hari tu, cuaca agak panas..Masuk jer kereta, kak fink sapukan aqua Jelly ni di kulit anak anak..Serius best, korang kena cuba! Untuk Lip
Hop Dragon Blood Fresh Aqua Jelly Face & Body Gel ni, ianya diperkaya dengan ekstrak Morus Alba yang mampu memperbaiki kulit korang..Yang kulit kering tu, cuba la guna Lip Hop Aqua Jelly ni..Antara Lip Hop Aqua Jelly yang ada:
- Lip Hop Aloe Moist Aqua Jelly Face & Body Gel [RM19.90]
- Lip Hop Bamboo Soothe Aqua Jelly Face & Body Gel [RM19.90]
- Lip Hop Dragon Blood Fresh Aqua Jelly Face & Body Gel [RM19.90]
Secara keseluruhannya apa yang kak fink boleh kongsikan dengan korang mengenai 8 kebaikan Lip Hop Aqua Jelly ni adalah:
- Melembabkan kulit yang kering
- Asas mekap untuk kulit yang bersinar
- Bertindak sebagai gel selepas mencukur di muka, ketiak dan kaki. Ia mampu menenangkan kulit.
- Sesuai untuk rawatan rambut tanpa melekit
- Bertindak sebagai topeng ketika kulit terdedah dengan matahari
- Memastikan kuku sentiasa lembab dan dipelihara
- Sebagai pelembab di seluruh badan terutamanya mereka yang bekerja di bawah penghawa dingin. Ianya mampu menyegarkan mata dengan sapuan sedikit menggunakan kapas.
- Bertindak juga sebagai pelembab bibir dan melindungi bibir daripada pecah.
3. Lip Hop HAPPY CLEANSE
Kak fink suka sangatttt Lip Hop HAPPY CLEANSE sebab packaging dia sangat comel dan ceria kan..Sekali tengok dah jatuh hati..Rasa macam ceria jer tengok warna warna yang mereka tampilkan..Ada 5 jenis Lip Hop HAPPY CLEANSE yang berbeza beza bahannya..Antaranya adalah:
- Lip Hop HAPPY CLEANSE Moisturising Manuka Honey Cleansing Gel [RM12.90]
- Lip Hop HAPPY CLEANSE Ultra-Soothing Aloe Vera Cleansing Gel [RM12.90]
- Lip Hop HAPPY CLEANSE Antioxidant Green Tea Foam Cleanser[RM12.90]
- Lip Hop HAPPY CLEANSE Sebum-Control Amazon Clay Foam Cleanser [RM12.90]
- Lip Hop HAPPY CLEANSE Deep Cleansing Bamboo Charcoal Foam Cleanser [RM12.90]
Sekarang ni kak fink tengah guna yang Lip Hop HAPPY CLEANSE Deep-Cleansing Bamboo Charcoal Foam Cleanser..Apa yang bestnya, berdasarkan pengalaman sendiri menggunakannya, jerawat mampu dikecutkan..Masa cuci muka tu, korang sapu rata rata dan biarkan dalam 3 ke 5 minit..Dan kemudian korang boleh cuci macam biasa..Rajin rajin cuci muka dan korang boleh rasa jerawat dekat muka tu makin kecut..Ni pengalaman kak fink sendiri..
Sebenarnya arang ni juga merupakan agen kecantikan untuk diri kita..Ianya mampu membuang kotoran kotoran yang ada dimuka..Sebab tu kak fink cakap, kalau korang rajin cuci muka tu jerawat pun akan mengecut..Diformulasikan dengan ekstra botani, lepas cucian tu korang akan rasa kulit menjadi lembab dan bersih sebersihnya..Cuba lah..
LIP HOP
Dapatkan di: Farmasi Guardian
Made in: Korea
dapatkan hanya di seluruh farmasi Guardian sekarang..harga pun mampu poket!
6 828 PinKy PinKo say Hi!
wah duta lip hop sgguh ni.. heheh
ReplyDeletewow love shopping in Guardian, now can find this range great.
ReplyDeletecomel betul bentuk dia..sesuai untuk budak-budak ni.boleh cuba ni
ReplyDeletedgr lip hop ingtkan brand lipstik hehe. tp packaging semua comel2 ni!
ReplyDeleteMahu kulit licin dan mulus seperti gadis korea. :)
ReplyDeletepencuci muka dia murah gile klu time offer.. rm6.++ je atau buy 1 free 1..
ReplyDeletePlease have some respect and be courteous when you comment in my blog =)
Thanks peeps!