Followers

Berkat Madinah: Kedai makanan sunnah dan Pasaraya arab yang FAMOUS di Ampang

10:03:00 AM

Korang pernah tak masuk Berkat Madinah ni? Kak fink first time hari tu pergi rasa macam teruja..Memang feel rasa di tanah arab tu ada ok..Sebabnya bukan jer barang barang yang dijual tu daripada negara arab tapi pekerja pekerja mereka juga dari Palestine, Syria, Istanbul..Pergh tak payah pergi jauh jauh memang rasa dekat sana dah..

Ingatkan kedai ni jual kurma macam tu jer tapi rupanyaaaaaaa banyakkkkk sangat barangan yang susah kita nak cari di pasaraya kita tapi ada di sana..Contohnya kalau korang teringin nak makan manisan daripada sana, lepas ni dah tak payah pergi Istanbul dah..Pergi jer Berkat Madinah tu haa..Ada macam macam jenis baklova mereka sediakan..




Kak fink sempatlah rasa 3 ke 4 jenis manisan daripada negara arab hari tu..Tapi paling suka Almond Baklova sebab tak manis sangat..Yang lain tu rasa memang manis sikit..Korang kena cuba dan rasa manisan ni..Macam aku rasa sekali, pastu nak rasa lagi hahaha..Sedap sangat ni..Pistachio Baklova tu pun sedap ok..




Selain tu yang buat aku teruja bila dapat minum air delima fresh..Yer siap perah di situ..Tanpa tambahan air..Tanpa tambahan gula..Memang terus dari buah..Pekat kaw i tell you..Rasa masam masam tu memang potong loya terus..Masam tapi sedap..Rasa nak minum dan minum lagi..Semua tahu buah delima ni kaya dengan khasiat kan..Tak mahal pun RM10.00 jer sebotol tu..


Kalau korang tak percaya betul ke tak de letak gula? Betul ke tak de letak air? Korang boleh tengok  sendiri di kedai, memang diaorang buat jus ni hanya semata mata buah sahaja..Sebab tu memang kaw..Memang merah betul jus tu..Ibu ibu mengandung yang nak amalkan jus delima ni cepat cepat cari dekat Berkat Madinah ok.


Bulan bulan puasa ni haruslah ada kurma uols..Yang ni kurma royale..Terpaling sedapppp antara kurma kurma yang ada..Kurma ni bukan manis gula..Tapi manis buah yang original..Tak de campuran air gula ya hahahaha..Eh kena hati hati kan sekarang..Ada kurma yang dipasaran yang disiram dengan air gula untuk nampakkan berkilat dan rasa manis tu..


Selain tu, kurma Ajwa Premium pun sedap juga..Korang datang lah sini..Rambang mata nak pilih kurma yang mana nanti sebab banyak sangat pilihan..Kurma ni semua memang di import dari tanah arab sana tu..Pada sesiapa yang dah pernah pergi umrah atau melawat negara negara arab tu, terasa rindu dengan negara sana, datang jer Berkat Madinah..Feel di negara arab tu memang rasa di sini..


Madu pun ada uols..Kemain pekat haaa madu dia..Korang boleh rasa bila nak beli madu di sini..Dia akan bagi korang satu sudu kecik untuk korang rasa dulu..Madu untuk korang yang dah berumah tangga pun ada tau hahahahaha..Dia cakap madu ni banyak khasiat terutamanya untuk kaum kaum hawa ni..Untuk penjagaan keintiman kata nya..Kaum adam pun boleh makan ya..Untuk kekuatan batin gitu..Tapi kak fink tak berani nak rasa hahahaha..Bebulan puasa ni..Ehhh..Ehhh..




Korang pernah dengar tak pasal Bakhoor..Ni macam aromaterapi la bagi masyarakat arab tapi yang ni korang kena bakar..Asap tu akan berbau wangi..Untuk masyarakat kita memang agak pelik lah tapi untuk masyarakat arab ni cara mereka wangikan rumah..Ada yang dibakar dengan cara manual dan ada juga yang dibakar dengan menggunakan kuasa elektrik..



Kekacang tak payah cakap lah..Memang banyak..Aku siap bawa balik campuran kekacang tu untuk hulubalang hahahaha..Terutama Pistachio dan gajus..Tak sedar masa kunyah kunyah tu sebab terasa lemak jer gajus tadi..Rasa tak tahu nak makan apa, boleh lah kudap kudap kacang jer..Bagus juga untuk minda..Memang sesuai la bagi anak anak makan..


Tu belum lagi dapat makan kacang bersama susu unta..Perghhh kombo terbaik ni..Susu unta jer ada 5 rasa dekat sini..Ada strawberry, kurma, original, chocolate dan saffron..Ni pengalaman pertama kak fink cuba minum susu unta hahahaha..Memang lain dari susu lembu yang pernah kita minum tu..5 kali lebih berkhasiat daripada susu lembu dan struktur protein yang lebih kurang sama dengan susu ibu..Yang ni, kak fink minum tak de bau..Sedap..1 botol tu RM14.00..



Air air lain seperti gambar di bawah ni pun ada..Ida cakap air tu sedap sebab dia pernah minum tapi dekat pasaraya tak de jual..Kalau korang nak rasa memang kena beli dekat sini..Kedai makanan sunnah jer ada biasanya..Eh serious patutlah ramai kedai ni..Ramai yang cari makanan dan minuman sunnah di sini..Dalam satu tempat, semua ada..Senang kan..


Air zamzam pun ada yer korang..1 botol mineral kecil tu dalam RM10.00..Siapa yang mencari air zam zam tu jemput lah ke Berkat Madinah dan dapatkannya..Stok memang sentiasa ada jer untuk air zam zam ni..So tak payah risau nanti stok habis ke, tak dapat rasa ke sebab dekat sini memang stok mencukupi..


Coklat ni pun sedap..Mula mula tak perasan coklat ni..Tapi terliur bila nampak ada orang ambil banyak banyak hahahaha..Tanya dia sedap ke..Dia cakap sedap..Terus amik untuk anak anak..RM1.00 je seketul coklat tu..Memang pekat rasa coklat tu..Lembut dan sejuk jer masuk dekat tekak tu..


Nak rasa roti roti pun ada..Yang penting chef tu memang dari arab juga..Orang cakap roti Berkat Madinah ni sedap tapi kak fink tak sempat nak rasa hari tu sebab dah terkenyang makan madu lah, minum jus delima la, macam baklova lah..Eh banyak sangat aku makan sampai tak larat lagi nak masukkan makanan dalam perut ni..



Kalau kata korang nak beli daging kambing atau lembu pun ada dijual di sini..Segar segar semua daging yang dijual..Aku tengok hari tu ada minah arab ni beli kambing banyak juga..Perghhh nak masak apa la tu agaknya..Bestnya kalau pandai masak makanan arab kan..Sebab suami kak fink suka benor makan kambing tu..Nanti boleh lah minta resepi dengan boss Berkat Madinah ni hahaha sebab boss dia baik sangat..



Eh cakap pasal masak kan, korang boleh juga beli rempah ratus dari tanah arab di sini..Haaa tak payah pening pening..Semua ada..Diaorang packing siap siap dalam kuantiti yang sikit..Yang pandai buat masakan arab tu, boleh lah cari rempah rempah yang korang nak guna di Berkat Madinah..Mesti pening nak pilih nanti sebab banyak pilihan hahahahaha..


Jangan kata rempah, sos dari sana pun ada..Ya ampun aku macam teruja bila masuk sini..Sos tu nanti nak cuba lah..Macam sedap jer tengok dari botol..Nak rasa juga sos dari arab camner kan..Saper dah pernah cuba meh lah kongsi dengan kak fink..Mana tahu tergoda lalu terbeli nanti kan..Untungnya orang tinggal berhampiran dengan Ampang, rasa teragak nak cari bahan bahan dari negara arab je boleh terus ke sini kan..


Bulan puasa ni kalau korang terasa nak minum teh dengan pelbagai perisa, boleh la juga ke sini..Ada ros, oren, strawberry..Eh banyak lagi sebenarnya..Mangga, Peach, Berry, Mix Fruits..Banyak kan pilihan dia..Nak nak time ramadhan macam ni, ramai lah orang cari barang barang dekat sini..Harga pun tak mahal..


Selain daripada tu, untuk korang yang cari Olive Oil..Dekat Berkat Madinah ada dijual ya..Mana tahu nak amalkan pemakanan sihat..Nak guna olive oil dalam masakan kan..Boleh lah cari stok di sini..Olive oil juga terkenal dengan khasiat yang bagus untuk setiap mereka yang mengamalkannya..Ada dua saiz..50 ml dan 100 ml..


Lagi satu nak share dengan korang, sesiapa yang sini dan beli barang barang dari Berkat Madinah untuk single purchase tu, boleh dapatkan diskaun tu sekiranya korang update di facebook Berkat Madinah di bahagian Check In tu kan, korang akan dapat diskaun sebanyak 5%..Manakala untuk mereka yang buat Review di facebook Berkat Madinah, akan dapat 10% diskaun..Perghh murah hati sangat owner dia kan..Offer ni tak de tarikh luput ya..Sepanjang masa gituuu..


Bukan tu jer, kak fink sempat la rasa Nasi ayam, kebab ayam dan kebab kambing yang ada di Berkat Madinah..Bukan jual jual barang jer..Makan makan pun ada..Beratur juga orang datang nak beli kebab hari tu..Ni first time cuba ni..Nasi ayam tu rasanya dia guna beras basmathi yang panjang panjang tu..Sedappp oii..Kebab pun sama sedap!




Korang cuba lah nanti..Ni kak fink kongsikan harga harga makanan yang disediakan di Berkat Madinah..Mana tahu dah bosan nak makan nasi, terasa nak makan kebab arab kan..Boleh lah singgah ke Berkat Madinah..Kenyangggg ok walaupun hanya makan kebab jer..Memang panas panas dia hiris daging tu bila ada orang order..



Rasanya dah terlebih details kan kak fink kongsikan dengan korang ni..Sesiapa yang masih mencari kedai makanan sunnah ataupun rindu dengan suasana masa korang jejakkan kaki ke madinah dulu, boleh la singgah di Berkat Madinah..Nak minum susu unta ada, air zam zam ada, kurma ada, kekacang ada, baklova pun ada, daging mentah pun ada, kebab arab pun ada, rempah ratus pun ada..Eh banyak lah kalau nak senaraikan..Jemput singgah ya..



Website: www.madinah.com.my

Alamat: Berkat Madinah (Cawangan Ampang)
17 & 18 L1, Jalan Ampang Putra 6, Taman Putra Suliman
68000 Ampang Selangor

lepas ni kalau korang nak beli secara online pun boleh tau..
tunggu kak fink kongsikan lepas raya nanti hihi..senang lagi kerja kita kan..



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!