Followers

Althea Turns 1: Shopping make up dari korea dengan harga yang MURAH dan Menangi banyak HADIAH!

5:18:00 PM

Dulu kan kak fink bukan peminat make up dari korea ni..Mungkin sebab tak pandai sangat nak make up kan..Tapi sebab hari tu termasuk website Althea, terus rasa nak beli..Tengok harga, eh murahnya.. Lepas tu tertarik hati sebab packaging daripada Althea ni didatangkan dalam bentuk kotak pink yang sangat cantik!

I memang tak boleh tengok warna warna pink ni..Cepat betul tergoda..So aku pun beranikan diri beli barang barang make up untuk eye brow dan lipstick..Sebab nak buat kening bukan mudah..Jadinya  tertarik dengan tint brow daripada salah satu jenama yang ada di Althea ni..Bila dah sampai Malaysia, hohemjiiii senang nya nak guna eye brow tint tu tadi..Terus jatuh hati dengan Althea..


Dan sempena Althea menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama ni, terus kak fink laju laju klik website Althea dan shopping lagiiiiiii...Sekali korang buka website Althea, lepas ni mesti korang akan stalk lagi apa yang ada hahahahaha..Trust me! Sebab harga yang ditawarkan murah daripada harga pasaran..Sekarang ni, kalau korang beli sempena #AltheaTurns1 ni, korang akan dapat limited box daripada Althea bermula hari ini 20 Julai dan sehingga stok masih ada..Limited box ni juga akan di datangkan dengan DIY Party Kit..Nak tengok Party Kit tu macam mana? Scroll bawah lagi tau..



Ni yang sempat kak fink beli dari Althea..Semuanya make up stuff huhuhu..Tak boleh tahan nafsu oii bila korang dah tengok barang barang dekat sana..Yang bestnya kan, kalau korang purchase RM150.00 ke atas, korang akan dapat FREE DELIVERY..So kenapa nak beli sikit sikit sedangkan korang boleh jimat daripada bayar delivery charge tu kan? Boleh lah pakat pakat kongsi dengan kawan kawan dan lebihkan pembelian tadi melebihi amaun RM150.00 ok..

Apa yang kak fink beli? Haaa meh nak kongsi dengan korang di bawah ni..Nampak tak Topi birthday tu? Itu lah DIY Party Kit yang korang akan dapat sekiranya korang purchase barang dari Althea sekarang..Boleh deco sendiri nak hias topi tu macam mana ya..Cantik tak topi ahkak? Haruslah cantik kan hahahaha..Pinkkkkk gituu..


Skinny Big Marker Liner: Kod Big Black..Yang ni sesuai sangat untuk beginner yang tak berapa berani nak pakai eyeliner tu kan..Haaa kak fink cadangkan korang ambil yang ni sebab mata marker tu besar..So tak tergigil lah tangan korang nak pakai nanti..Senang jer macam pegang marker tu jer..Yang penting tak kan turun warna macam kita pakai pencil eye liner..Kemas jer..



Yang ni kak fink suka juga..Bling Bling Eyestick: Kod Ivory Star Baby dan Full of Stars..Pada yang nak cepat dan tak reti sangat nak pakai eye shadow tu, beli jer yang ni..Senang! Sebabnya korang akan pegang macam pencil dan sapu di kelopak mata macam biasa..Kak fink suka sebab teksturnya sedikit glitters..Berkilat kilat gitu..



Ni produk terpaling kak fink suka! Selfie Fix Pigment: Kod Push Star (Silver) dan Pin Up (Bronze) ..Ni musim musim raya ni, kena lah glamour sikit uols..Sapu sikit jer dah berkilau kilau mata korang tu nanti..Adoiii so sexyyy tauuu..Kak finkkk suka sangat sebab dah cuba yang silver tu..Dia lebih terang daripada Bling Bling Eyestick tadi tu..Kena beli!



Dan yang paling diidamkan juga, 3CE Shimmer Stick: Kod Peach.. Shimmer Stick ni ada juga warna light pink tapi kak fink pilih warna peach dulu..Ni untuk korang yang nak bagi make up nampak glowing, haaaa sila lah beliii..Ni lah rahsia muka korang akan kelihat glowing..Sebab tekstur stick ni memang ada kilat kilat sikit..Tapi tak lah obvious macam Selfie Fix Pigment yang di atas tadi ni..Just nice jer..Sapu dekat tulang pipi tu..Perghhhh memang glowing habis muka korang..I sukaaa!



See..Aku sorang beli pun dah boleh cecah RM150.00 tu hahahaha..Macam macam nak..Sebab dia murah, so bila murah..Korang klik klik tu dah cukup RM150.00 dan terus entitle FREE Delivery from Korea..Kadang terlebih beli pun ada hahahaha..Sekarang ni sempena #AltheaTurns1, untuk 1500 pelanggan terawal yang beli dari Althea akan dapat FREE Limited Goodie Bag..Haaa tunggu apa lagi..Cepatannnnnn!


Lagi satu kak fink nak bagitahu benda best niiiii..Sekiranya korang beli sekurang kurangnya 3 items under Editor's Pick, korang akan datang 100% rebate lepas korang check out nanti..Whoaaa kiranya macam korang beli barang freeeee jer ni hukhuk..Untungnya..Banyak tau pilihan Editor's Pick ni..Korang pilih jer nanti yang ada logo bulat macam gambar di bawah ni ya..Yang penting kena beli sekurang kurangnya 3 items..


Bila korang dah beli tu, masa dapat pink box yang akan di hantar di rumah nanti, jangan lupa ambil gambar dengan pink box tadi berserta barang barang yang korang beli tadi dan join lah contest Althea ok..Gunakan hashtag #AltheaTurns1 untuk melayakkan korang menang banyak sangatttt hadiah menarik seperti Mac Book, iPhone 6s, iPad Air 2, Galaxy S6 Edge, Canon EOS M10 Selfie Camera, Althea credits and beauty hampers from Althea! Hohemjiiii bestnyaaaa hadiah hadiah yang Althea nak bagiiii..Korang tak nak ke? Kak fink doa dapat satu oiiii hahahahaha..Tarikh tamat sampai 15 Ogos 2016 ni jer



Website: www.althea.kr
Instagram: @altheakorea

Tarikh Peraduan: 20 Julai - 15 Ogos 2016
Hashtag: #AltheaTurns1
love youuu moreee Althea Korea! happy shopping tau korang..
jangan lupa masuk contest tu  ;)



You Might Also Like

6 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Suka tengok la...boleh suggest pada kawan PC yang fanatik pink juga ni...

    ReplyDelete
  2. memang rambang mata shoping barang makeup dengan althea ni

    ReplyDelete
  3. Nak shopping lagi lah..tengok pinkmomma beli product Selfie tu..macam kita pun nak beli..hehehe

    ReplyDelete
  4. ohhh althea ni alat mekap.. ingtkan nama org hehe...

    ReplyDelete
  5. Ala... Lama dah x pakai make up, make up ini..
    Kalau x boleh joint shopping..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!