Followers

Aktiviti bercucuk tanam mudah bersama kembar dengan nutrisi yang mencukupi daripada Friso Gold

9:00:00 AM

Zaman sekarang ni, zaman teknologi di mana anak anak sering didedahkan dengan peralatan gajet sebagai sesuatu yang mampu mengisi masa lapang mereka kan. Tapi sedar tak sebenarnya, aktiviti di luar rumah bersama anak anak sebenarnya lebih sihat di mana aktiviti ini dapat memberi kebebasan untuk anak anak untuk lebih berfikir secara kreatif dan menggunakan segala fizikal mereka untuk bergerak..


Macam kak fink sendiri suka dedahkan kembar dengan satu aktiviti yang mereka suka seperti bermain dengan tanah. Tapi bukan hanya bermain tanah semata mata tau. Haruslah ada sesuatu input yang boleh mereka belajar dari tanah tu sendiri. Contohnya, apa yang tanah boleh berikan pada kita? Tingggg! Terus teringat nak dedahkan kembar dengan aktiviti bercucuk tanam.


Kak fink mulakan dengan aktiviti cucuk tanam yang mudah. Mereka pun baru jer 3 tahun lebih. Terus rasa teringatkan nak tanam bawang. Mudah jer nak tanam bawang ni, kembar memang teruja la bila nampak tanah dan bawang dalam masa yang sama. Kak fink memang tak risau untuk mereka kotor dengan tanah sebab di situ lah mereka belajar dengan deria sentuh yang ada..


Tak sabar tau nak tengok bawang tadi bertukar menjadi daun bawang hikhik..Mama pun teruja juga ni..Korang pun boleh buat aktiviti ni dengan anak anak di rumah..Mudah sangat..Yang penting biarkan anak anak buat sendiri dan kita hanya perlu pantau jer. Di sini lah mereka belajar untuk buat keputusan sendiri. Bukan hanya menggunakan akal fikiran sahaja, malah mereka akan menggunakan fizikal seperti tangan dalam menyelesaikan aktiviti bercucuk tanam seperti ini..


Waktu yang paling kembar tak sabar adalah waktu menyiram tanah ni sebenarnya. Dapat main air katanya hikhik. Bekas air pula kemain comel sangat haaaa hahahahaha..Suka betul dapat comot comot yer kembar..Tak pe, nanti dah siap semuanya, boleh basuh tangan dan badan bersih bersih. So mommies tak perlu risau ok..Kalau tak kotor, tak belajar lah kan..


Lepas tu siap cucuk dengan perhiasan comel yang mereka pilih sendiri hikhik..Aloh gerammm sangatttt niiii..Saja bagi kembar pilih sendiri supaya mereka lebih bersemangat dan seronok nak buat aktiviti ni. Kak fink biarkan jer mereka buat. Nampak dua dua seronok dengan aktiviti ni. Pasu tu DIY tau. Kembar yang warnakan ikut warna kesukaan diaorang.


Comel tak pasu yang dah siap ditanam dengan bawang tadi. Abang pilih bunga kipas tu. Adik pula pilih dwarf. So senang nak kenal pasu masing masing hikhik. Lepas ni boleh kembar siram pasu masing masing setiap hari. Mereka akan bertanggungjawab ke atas pasu masing masing. Dari kecil lah sebenarnya kita nak didik anak dengan sikap bertanggungjawab ni kan. Tak perlu dengan perkara yang besar besar, aktiviti yang mudah dan senang seperti ini pun banyak perkara yang anak anak boleh belajar.


Dengan susu Friso Gold 4 yang mereka minum, kak fink dah tak perlu risau lagi sebab nutrien yang diperlukan dalam badan kembar memang dah mencukupi. Friso Gold 4 mempunyai nutrien penting seperti Vitamin D, Vitamin B6 dan C, Taurine, Selenium, GOS, Zink dan DHA yang menyokong pertumbuhan keseluruhan anak anda dan ketahanan badan semula jadi. 

Teknologi LocNutri ™ Friso Gold telah menggunakan rawatan haba ringan semasa proses pengeluaran susu formula tadi. Ini bertujuan untuk mengekalkan nutrien. Apabila anak korang mempunyai sistem penghadaman yang baik, sistem dalaman mereka akan menjadi lebih kuat, sekali gus membolehkan mereka untuk meneroka lebih banyak di luar bersama dengan kita. 


Makanan sering diproses dengan haba yang tinggi dan hasilnya, struktur semula jadi protein akan rosak atau musnah. Begitu juga dengan susu formula kalau korang nak tahu. Setelah protein rosak, susu tadi tidak mudah diserap oleh usus dan boleh menyebabkan anak korang mengalami masalah pencernaan, sakit perut, sembelit dan ketidakselesaan perut. Ini  yang akan membuatkan anak buat perangai dan meragam kan. Keaktifan mereka akan terganggu.


Yang lebih kak fink suka dengan Friso Gold ni adalah tudung perlindungannya yang baru. Lebih bersih, lebih mudah dan lebih bersih berbanding sebelum ini. Bila dah guna, terus boleh letakkan scoop tadi di bahagian atas dan tak ada lah masalah susu melekat lekat di scoop kan. Lebih bersih! Nak cari scoop pun senang bila nak buat susu untuk anak tu. Tak de tenggelam dalam susu tadi.
Friso Gold Careline: 1-800-88-1647

bila anak aktif tanpa masalah sembelit..mama pun happy kan!
pastikan susu yang anak minum tiada masalah penghadaman ok..



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!