Followers

Bagaimana kembar kekal aktif di luar bermain dengan aktiviti yang menyihatkan bersama Friso Gold

2:30:00 PM

Cuti sekolah macam ni, kak fink suka bawa kembar dan abang abang mereka yang lain untuk ke tempat di mana mereka boleh buat aktiviti yang sihat. Main sambil bersenam gitu.. Selalunya tempat tempat seperti Jump Street ni, bila pergi ramai ramai baru seronok kan. Seronok bila dapat tengok anak anak luangkan masa bersama sama tanpa ada sebarang masalah penghadaman.


Dengan sistem penghadaman yang sihat bermakna anak korang akan kurang tertekan dan akan mempunyai lebih banyak tenaga dan semangat untuk menikmati semua jenis aktiviti.. Haaa macam kembar ni, segala aktiviti yang dilakukan dapat dilakukan dengan rasa seronok. Percaya atau tak, bila mood anak baik, ibu dan ayah pun akan lebih seronok kan.Tak ada lah kita pun susah hati nanti..


Di sini kembar melompat, memanjat dan berlari dengan selamat. Dengan susu Friso Gold 4 yang diminum oleh kembar, kak fink tak perlu risau lagi nutrien yang diperlukan dalam badan kerana ianya mencukupi untuk mereka sepanjang hari. Kak fink hanya perlu ada bersama sama dengan mereka sepanjang aktiviti tu untuk memantau mereka sentiasa dalam keadaan yang baik..


Kini, susu Friso Gold yang diperbaharui dengan formula baru iaitu dengan Teknologi LocNutri ™, ianya dirumus untuk memenuhi keperluan pemakanan kanak kanak yang sedang membesar seperti kembar. Teknologi LocNutri ™ Friso Gold menggunakan rawatan haba ringan semasa proses pengeluaran susu formula untuk mengekalkan nutrien


Apabila anak korang mempunyai sistem penghadaman yang baik, dia akan menjadi lebih kuat di dalam, sekali gus membolehkan mereka untuk meneroka lebih banyak di luar dengan kita. Tapi bila anak ada masalah susah nak buang air besar ataupun sembelit, pastinya sedikit sebanyak kita sebagai ibu bapa pun akan risau dan tak tenang juga kan. Jadi serba tak kena dibuatnya..


Tapi bila apa yang mereka makan, dapat dihadam dengan baik dari dalam badan dan seterusnya mereka dapat membuang dengan baik..Korang akan nampak anak anak korang bergerak aktif dan kuat dari dalaman. Tengok jer haaa kembar, masuk jer dekat sini terus melompat lompat. Yang pelik nya tak reti penat ke ni? Mama yang mengah kena kejar anak lari sana sini hahaha..Diaorang ok jer..


Friso Gold 4 mempunyai nutrien penting seperti Vitamin D, Vitamin B6 dan C, Taurine, Selenium, GOS, Zink dan DHA yang menyokong pertumbuhan keseluruhan anak anda dan ketahanan badan semula jadi. Haaa sebab tu kak fink tak risau, bila kembar kekal aktif melompat sana sini di sini. Sebab nutrien yang diperlukan oleh badan kembar memang dah mencukupi.



Makanan sering diproses dengan haba yang tinggi dan hasilnya, struktur semula jadi protein akan rosak atau musnah. Begitu juga dengan susu formula kalau korang nak tahu. Setelah protein rosak, susu tadi tidak mudah diserap oleh usus dan boleh menyebabkan anak korang mengalami masalah pencernaan, sakit perut, sembelit dan ketidakselesaan perut. Ini  yang akan membuatkan anak buat perangai dan meragam kan. Keaktifan mereka pun akan terganggu.


Ni kak fink kongsikan video betapa seronoknya kembar dapat bermandi peluh di Jump Street hari tu. Aktiviti ni memang satu aktiviti yang sangat sihat untuk kita satu keluarga sama sama amalkan pada musim cuti terutamanya di waktu hujung minggu. Kak fink memang seronok dapat tengok kembar aktif ke sana sini dengan setiap aktiviti yang mereka lakukan. Percayalah, sistem penghadaman yang baik dapat menjadikan kita seorang yang lebih ceria dengan kehidupan kita.

Yang lebih kak fink suka dengan Friso Gold ni adalah tudung perlindungannya yang baru. Lebih bersih, lebih mudah dan lebih bersih berbanding sebelum ini. Bila dah guna, terus boleh letakkan scoop tadi di bahagian atas dan tak ada lah masalah susu melekat lekat di scoop kan. Lebih bersih! Nak cari scoop pun senang bila nak buat susu untuk anak tu. Tak de tenggelam dalam susu tadi.

Friso Gold Careline: 1-800-88-1647
 
pastikan anak minum susu yang mampu menjaga sistem penghadam mereka
anak selesa, mama pun happy!



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!