Followers

Bagaimana Friso Gold membantu kembar mendapatkan penghadaman yang baik dan kekal aktif sepanjang hari!

4:00:00 PM

Kak fink percaya bila kita bergelar ibu, semua mahukan yang terbaik buat anak anak kan. Dari segala segi, kita akan pastikan semuanya sempurna buat anak anak kita. Tak kira lah dari segi pembelajaran, kehidupan dan segala makan minum mereka. Kalau boleh, setiap pemakanan atau minuman yang diambil oleh anak semua nya mempunyai khasiat yang bagus untuk tumbesaran yang baik. 

Sama juga seperti ibu ibu yang lain, kak fink juga mahukan yang terbaik untuk anak kembar kak fink yang makin aktif membesar. Sedar tak sedar, sekarang ni umur kembar dah mencecah 3 tahun lebih. Cepatnya masa berlalu. Rasa diaorang macam baru jer lahir hukhuk..Ibu memang macam ni kan. Selalu rasa anak dia masih baby..


Untuk kembar, diperingkat umur 3 tahun lebih ni, mereka lebih kepada perasaan ingin tahu. Suka meneroka apa sahaja yang mereka jumpa. Kadang kadang tengah tengok televisyen pun, macam macam soalan yang ditanya. Mama kenapa macam ni? Mama tu siapa? Banyak ok soalan dia. Soalan yang terduga pun ada huhuhu..Tapi sebagai ibu, nak tak nak, korang kena jawab dengan bijak. 


Ni salah satu cara untuk anak menghubungkan segala sel sel otak mereka untuk mengetahui dan meneroka sesuatu yang mereka nampak dan pegang. Sebagai melengkapkan tahap tumbesaran kembar, pastinya susu memainkan peranan yang penting dalam hari hari mereka. Kini, susu Friso Gold yang diperbaharui dengan formula baru iaitu dengan teknologi LocNutri ™, ianya dirumus untuk memenuhi keperluan pemakanan kanak kanak yang sedang membesar seperti kembar.


Kalau korang nak tahu, kembar ni cepat tertarik dengan warna. Kalau nak ajar sesuatu pada mereka, kena guna kan peralatan yang berwarna warni. Barulah mereka cepat belajar dan faham apa yang kita cuba nak sampaikan. Bila hujung minggu, kak fink ambil peluang untuk sediakan barang barang untuk DIY Pasu di luar rumah..Haaa kenapa di luar rumah?

Sebab di sinilah kembar bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa larangan risau mereka terconteng benda benda yang tak sepatutnya. Lapang dan boleh ambil angin di luar memang mendamaikan. Kak fink memang dah siap siap sediakan apron dan pasu seorang satu untuk mereka mula mewarna dan menghiaskan pasu tadi.


Selesai jer pakaikan apron tadi, haaa terus dua dua ambil berus dan warnakan pasu masing masing. Kak fink biarkan jer corak bagaimana untuk mereka lakarkan pada pasu. Jangan marah kalau anak buat tak cantik atau tercomot sebab itu kreativiti mereka. Biarkan mereka yang buat keputusan bagaimana hasil yang akan dihasilkan nanti. Tengok yang abang tu kemain fokus dapat mewarna pasu tadi.


Aktiviti macam ni memang priceless. Masa ni korang akan nampak anak anak bereksperimen dengan diri mereka. Comot memang comot tapi jangan risau. Comot itu lah yang mengajar mereka sesuatu dalam kehidupan. Jadi biarkan jer..Daripada asyik duduk dalam rumah mengadap gajet dan televisyen pun bosan juga kan. Aktiviti di luar macam ni, sekurang kurangnya mereka dapat menggunakan minda, tangan dan kaki. Lebih aktif dan berpeluh untuk sihat kan?


Dah jadi dah pasu kembar tadi hikhik..Daripada warna yang putih, pasu tadi dah berwarna warni..Nampaknya adik lebih suka warna warna yang lebih terang dan abang lebih kepada warna warna yang lembut. Eh nama jer kembar tapi citarasa dan perangai memang tak sama tau. Suka betul dapat peluang dapat bebas macam ni kan? Siap jer pasu tu, ada aktiviti lagi yang kak fink rancangkan untuk kembar hikhik..Nak tau? Ok meh sambung baca lagi..


Aktiviti kedua kak fink bersama kembar adalah menanam bawang. Haaa mesti korang tertanya tanya kenapa bawang? Sebab dengan menanam bawang ni lah, dapat terhasilnya daun bawang tu nanti. Dan daun tu nanti dapat digunakan untuk masakan. Haaaa kena bijak dalam merancang aktiviti bersama anak kan. Disamping mereka buat aktiviti ni, sebenarnya mereka belajar sesuatu..Dan hasilnya tu nanti dapat digunakan untuk kegunaan satu rumah makan. Bijak ke tidak? hikhik..


Kak fink dah siap siap sediakan tanah gambut yang perlu kembar gunakan dalam tanaman bawang mereka tadi. Masa ni, kak fink biarkan jer mereka nak main tanah tu tanpa rasa nak marah sebab kak fink nak mereka rasa sendiri tekstur tanah tu sendiri macam mana. Dari sentuhan akan membuat otak mereka untuk bertindak balas tau..So biarkan jer anak korang main tanah. Jangan risau sebab nanti boleh cuci bersih bersih tangan tu bila dah selesai bercucuk tanam ok..



Bila dah siap jer, masa paling kembar tunggu tunggu..Masa untuk basahkan tanah tadi dengan menyiramnya menggunakan bekas gajah yang comel tu hihi..Suka sebab main air sebenarnya hahahaha..Dekat sini memang kena tengok sikit, kalau tak takut banjir pasu tadi hihi..Kena ajar mereka berapa sukatan air yang betul supaya tak terlebih air..


Bila dah siap jer siram, masing masing dah teruja nak cucuk perhiasan di pasu tadi supaya nampak lebih comel. Biasa lah budak budak kan memang cepat tertarik pada sesuatu yang comel kan. Pasu dah diwarnakan. Jadinya mari kita lengkapkan pasu tadi dengan perhiasan comel yang dipilih oleh mereka sendiri..Yer, kak fink memang biarkan kembar yang buat keputusan untuk pasu idaman mereka tu..Nak tengok diaorang pilih corak apa?


Taraaaaaaaaaaaaaaa!!!! Comel takkkk? Alohhhhh mama yang gerammm ni. Sorang pilih mini kipas bunga tu dan sorang lagi pilih cute dwarf. Geram kannn? Tanam bawang jer tapi kemain comel sangat pasu dia hikhik..Kak fink nak mereka sendiri rasa seronok dengan apa yang mereka buat dan bila ada keseronokkan tu, barulah semuanya berjalan lancar tanpa paksaan.


Lepas ni, setiap pagi dan petang..Inilah aktiviti yang kembar buat. Mereka sendiri akan menyiram pokok bawang mereka. Kena ada sikap bertanggungjawab dengan apa yang mereka dah buat tadi. Dari kecil lah kena lentur dan belajar perkara perkara asas seperti ni supaya nanti tak susah untuk mereka amalkan bila dah besar nanti.


Meh kak fink kongsikan video di bawah ni untuk korang nampak gambaran jelas bagaimana kak fink mulakan satu aktiviti bercucuk tanam dengan anak dengan cara yang sangat mudah. Aktiviti di luar rumah seperti ini lah kita dapat melihat anak anak kita lebih teruja sebenarnya..Sebab masa ni mereka rasa bebas sambil mempelajar sesuatu kan. Kalau kak fink boleh, korang mesti boleh cipta satu aktiviti sihat dengan anak anak kan.

Bila cuti sekolah ni pula, kak fink suka bawa mereka empat beradik ni ke tempat yang mereka boleh bermain dengan gaya yang sihat. Ni pengalaman pertama kembar untuk ke Jump Street tau. Dulu masa kak fink pergi, kembar kecil lagi. Tak tau apa apa lagi. Tapi sekarang, kembar dah besar.. Dah pandai nak main hihi...


Tengok tu, masuk jer terus melompat hikhik..Di sinilah kepentingan susu yang mereka minum tadi. Ianya membantu dalam tenaga yang akan mereka gunakan dalam kehidupan. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menjadikan kembar lebih sihat kerana mereka akan bergerak aktif menggunakan segala tangan, kaki dan akal mereka tapi juga menuntut kekuatan dalaman yang diperlukan.


Melihat mereka aktif berlari dan melompat ke sana sini memang mampu menjadikan seorang ibu gembira sebab anak kekal sihat dan belajar sesuatu daripada aktiviti yang dilakukan..Memang mandi peluh sangatlah budak kembar ni bila dekat Jump Street ni. Setiap masa melihat anak anak membesar dengan sihat memang berharga untuk kak fink..


Friso Gold 4 mempunyai nutrien penting seperti Vitamin D, Vitamin B6 dan C, Taurine, Selenium, GOS, Zink dan DHA yang menyokong pertumbuhan keseluruhan anak anda dan ketahanan badan semula jadi. Haaa sebab tu kak fink tak risau, bila kembar kekal aktif melompat sana sini di sini. Sebab nutrien yang diperlukan oleh badan kembar memang dah mencukupi.


Nutrien dalam struktur asli mudah untuk dihadam. Teknologi LocNutri ™ Friso Gold telah menggunakan rawatan haba ringan semasa proses pengeluaran susu formula untuk mengekalkan nutrien. Apabila anak korang mempunyai sistem penghadaman yang baik, dia akan menjadi lebih kuat di dalam, sekali gus membolehkan mereka untuk meneroka lebih banyak di luar dengan kita.


Makanan sering diproses dengan haba yang tinggi dan hasilnya, struktur semula jadi protein akan rosak atau musnah. Begitu juga dengan susu formula kalau korang nak tahu. Setelah protein rosak, susu tadi tidak mudah diserap oleh usus dan boleh menyebabkan anak korang mengalami masalah pencernaan, sakit perut, sembelit dan ketidakselesaan perut. Ini  yang akan membuatkan anak buat perangai dan meragam kan. Keaktifan mereka akan terganggu.


Teknologi LocNutri ™ daripada Friso Gold telah direka untuk menghapuskan masalah ini. Teknologi ini menggunakan rawatan haba ringan semasa proses pengeluaran susu formula supaya protein tadi  dipelihara seperti struktur asal mereka. Ia membantu nutrien untuk mudah diserap oleh badan. Protein memainkan peranan yang penting dalam otot, kulit dan pengeluaran rambut. Ia juga menyokong sistem imun dan membantu dalam pengeluaran antibodi, menjaga anak-anak selamat dari luar dan dalam.


Dengan sistem penghadaman yang sihat bermakna anak korang akan kurang tertekan dan akan mempunyai lebih banyak tenaga dan semangat untuk menikmati semua jenis aktiviti.. Haaa macam kembar ni, segala aktiviti yang dilakukan dapat dilakukan dengan rasa seronok. Percaya atau tak, bila mood anak baik, ibu dan ayah pun akan lebih seronok kan. So jangan salah pilih susu lepas ni ok. 
Yang lebih kak fink suka dengan Friso Gold ni adalah tudung perlindungannya yang baru. Lebih bersih, lebih mudah dan lebih bersih berbanding sebelum ini. Bila dah guna, terus boleh letakkan scoop tadi di bahagian atas dan tak ada lah masalah susu melekat lekat di scoop kan. Lebih bersih! Nak cari scoop pun senang bila nak buat susu untuk anak tu. Tak de tenggelam dalam susu tadi.

Friso Gold Careline: 1-800-88-1647

siapa yang mempunyai masalah anak susah buang air
       boleh lah cepat cepat bertukar pada Friso Gold ya..



You Might Also Like

1 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. alololo..somelllnye kembar..
    yeayyy..ade idea nk wat ape ngan pasu kosong kt umah tuu

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!