Followers

Projek DIY memberi peluang kembar menjadi lebih kreatif bersama Friso Gold

9:41:00 AM

Kak fink suka dengan aktiviti DIY ataupun lebih dikenali dengan Do It Yourself! Disamping dapat jimatkan perbelanjaan kita, projek DIY dapat menuntut kita menjadi seorang yang lebih kreatif dan menghargai barangan tersebut kerana kita dah menghasilkannya dengan penuh kasih dan sayang kan? Kak fink suka buat Projek DIY dengan anak anak sebab aktiviti macam ni dapat menjadikan kita rapat dan ada bonding time dengan mereka..


Salah satu nya aktiviti projek DIY pasu kecil ni. Pasu ni dari seramik tau. Daripada warna putih. Nak bagi pasu tu nampak menarik, kena lah warnakannya dengan poster color. Tapi kalau kita warnakan macam tu jer, warna tu tak lekat. Lepas letak warna tu, kena sapukan warna tadi dengan menggunakan kain basah supaya warna tu lekat pada pasu. Mudah jer tau. Kembar pun suka buat aktiviti ni.


Bukan main fokus yang abang tu nak letak warna tu. Kak fink sediakan 2 pasu untuk kembar sebab lepas ni kembar akan tanam bawang dalam tu hihi. Seorang akan ada 1 pasu yang berisi bawang nanti. Tak ada lah berebut nanti kan. So dua dua kena corakkan pasu masing masing. Suka tengok kembar kerjasama masa warnakan pasu pasu ni.


Bila seorang warnakan, seorang lagi tolong lapkan warna tadi untuk meratakannya. Memang comot kalau korang tengok. Habis tangan dan muka masing masing tapi tak pe. Ni proses pembelajaran untuk kembar kan. Mereka belajar tentang campuran warna, fokus dan berfikir secara lebih kreatif dengan aktiviti seni seperti ini. Korang pun boleh cuba dekat rumah dengan anak anak. Seronok sangat tau!


Dengan susu Friso Gold 4 yang mereka minum, kak fink tak perlu risau lagi bila kembar sentiasa aktif setiap hari kerana kak fink yakin nutrisi yang diperlukan mereka sentiasa mencukupi. Friso Gold 4 mempunyai nutrisi penting seperti Vitamin D, Vitamin B6 dan C, Taurine, Selenium, GOS, Zink dan DHA yang menyokong tumbesaran keseluruhan anak dan ketahanan badan semulajadi mereka.

Teknologi LocNutri™ Friso Gold menggunakan rawatan haba yang ringan semasa proses pengeluaran susu formula tadi untuk mengekalkan nutriennya. Apabila anak korang mempunyai sistem penghadaman yang baik, mereka sekali gus mempunyai daya ketahanan badan yang kuat dari dalaman dan membolehkan mereka meneroka aktiviti di luar bersama sama dengan kita.


Tengok ni..Dah terhasil dah corak hasil kerja kembar mewarna pasu tadi mengikut kreativiti masing masing. Nama pun ni projek seni kan. Maka cantik itu subjektif. Bagi kembar, ini hasil yang cantik dan terbaik dapat mereka hasilkan. Sebagai ibu, kak fink bangga bila melihat kembar dapat mendengar arahan yang diberi dan fokus dalam menyelesaikan kerja tadi. Di usia 3 tahun setengah ini, kembar dah boleh mendengar arahan dengan baik walaupun mereka masih kecil lagi. Good job kembar!


Ni kak fink kongsikan video kembar masa buat projek DIY pasu ni..Kemain comel sangat siap pakai apron hikhik. Habis semua kaki, tangan dan muka semua bertanda dengan warna. Pasu tu kak fink beli dekat Daiso jer. Semua murah murah. Sebab tu kak fink suka projek DIY sebab ianya tak makan modal yang tinggi.

Apa yang buat kak fink suka lagi dengan Friso Gold ni adalah tudung perlindungannya yang baru. Lebih mudah dan lebih bersih berbanding sebelum ini. Bila dah guna, terus boleh letakkan scoop tadi di bahagian atas dan tak ada lah masalah susu melekat lekat di scoop kan. Nak cari scoop pun senang bila nak buat susu untuk anak tu. Tak de lah tenggelam dalam susu tadi.

Website: www.frisogold.com.my
Friso Gold Careline: 1-800-88-1647

lepas ni mommies boleh rancang sesuatu aktviti di luar rumah bersama anak
          kita cuba jadikan waktu kecil ini berharga dengan aktiviti yang bermanfaat.



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!