Followers

Kasut Sekolah Pallas Ekstra Ringan Pilihan Anak Anak Kak Fink untuk Tahun 2017

12:37:00 PM

Mommies semua dah beli ke belum kasut sekolah untuk sesi persekolahan tahun depan? Kak fink dah beransur sikit sikit..Yer la tahun depan, 2 orang akan ke sekolah kebangsaan. Kena lah buat persiapan awal awal kan..Setakat ni, bag sekolah dan kasut sekolah semua dah siap. Cuma tinggal baju sekolah dan buku buku jer belum lagi..Kalau tahun lepas, abang long pilih Pallas sebagai kasut sekolah dia..Tahun ni pun sama juga..Kasut Pallas yang mana pula pilihan hati abang long dan abang ngah?


Jenama Pallas ni bukan asing lagi pada kita kan? Dari zaman kak fink kecil lagi dah terbiasa dengan jenama Pallas ni..Mana tak nya, selain dari design kasutnya yang sangat trendy, kasut Pallas juga mempunya spesifikasi yang berbeza mengikut keselesaan kaki anak kita yang memakainya kan..Untuk tahun ni, kak fink pilih kan design:


Pallaz Jazz Single Velcro Strap 205-0164 & 205-0165



Masa mula mula abang long dan abang ngah dapat kasut ni, terus dia cakap..Mama lembutnyaaaaa! Yer dua dua cakap benda yang sama..Selesa perkataan pertama yang diaorang cakap bila dapat sarung kasut Pallas ni..Yer memang sangat lembut kasut ni..Ianya mempunyai foam lining untuk ekstra keselesaan dan perlindungan pada anak ketika memakainya..


Yang penting kasut ni, permukaannya senang nak dicuci dan dikapur nanti..Sebab ada tau sesetengah kasut sekolah yang agak susah nak basuh..Kalau basuh pun susah nak nampak bersih. Masih hitam lagi..Tapi yang ni tak sebab permukaannya rata dan material daripada kanvas tu memudahkan anak anak untuk mencuci nya nanti..


Yang lagi best kasut ni ringan! Telah dibuktikan kasut ni mempunyai Extra SuperLight atau dikenali dengan X-Light bila anak memakainya..Ni korang kena bagi anak cuba sendiri tau..Kak fink memang cari kasut yang ringan ringan ni sebab kesian dekat anak anak, dah lah nanti kena bawa buku yang banyak kan..Bayangkan kasut pula berat..Haih kesian tau! So mommies kena cari kasut yang ringan untuk anak anak pakai di sekolah nanti tau..



Lagi mudah bila kasut tu strap! Yer untuk anak anak di peringkat sekolah rendah macam abang long dan abang ngah ni, kak fink prefer yang Velcro Strap design jer sebab senang untuk mereka pakai dan sarung ke sekolah..Memudahkan mereka juga. Kalau kasut bertali ni mungkin di peringkat umur yang besar sikit baru sesuai kan..Strap senang! Tak ambil masa yang lama nanti..


Kalau mommies sibuk sangat, jangan risau..Kasut Pallas ni tadi boleh dibeli secara online ya..Senang jer..Hanya perlu ukurkan tapak kaki anak dan ambil saiz besar 1cm daripada saiz kaki mereka..Contohnya kalau korang ukur kaki anak dalam 16 cm, order kasut tadi pada size 17cm ya..Biar besar sikit tak pe..Lagipun nanti diaorang pakai stokin kan..Tahun lepas dan tahun ni kak fink beli secara online..So far tak de masalah..Saiz yang kak fink ukur memang sesuai dengan kaki anak anak kak fink..

Ataupun boleh dapatkan kasut Pallas seperti abang long dan abang ngah pakai ni di pasaraya pasaraya terdekat dengan korang kan..Pastikan kasut tu selesa dulu dengan anak anak. Sebab waktu mereka lebih banyak di sekolah kan..Macam anak anak kak fink, pagi dan petang waktu sekolah diaorang..So memang memerlukan kasut yang betul betul selesa..

                              
                                    Website: www.pallas.com.my                                          

abang long pakai kasut Pallas tahun lepas, sampai tahun ni ok lagi..
tahan sangat..kualiti memang tak boleh disangkal lagi dengan Pallas..



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. wah hepi jer smua tuuu dpt kasut baru hihi

    ReplyDelete
  2. wahh..smart laaa..yg penting ank2 selesa kan kak fink..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!