Followers

Paddle Pop Fun Challenge 2016 untuk sambutan hari kanak kanak bersama Paddle Pop di Legoland

11:43:00 AM

Kak fink rasa berbesar hati dan teruja sangat masa dapat jemputan sebagai salah seorang blogger untuk Paddle Pop Fun Challenge 2016 bersama Wall's Paddle Pop di Legoland. Mana tak nya, dapat bekerjasama dalam satu majlis sambutan Hari Kanak Kanak Sedunia bersama dengan Wall's Paddle Pop di Legoland, bukan hanya anak anak kak fink sahaja yang teruja tapi kak fink sendiri sebagai seorang ibu pun teruja..

Membesar dengan jenama ais krim utama di Malaysia selama 45 tahun, Wall's merupakan sebuah jenama dari syarikat multinasional ternama Unilever (Malaysia) Holdings Berhad merupakan peneraju industri ais krim di dunia. Antara ais krim keluaran Wall's adalah Selection, Magnum, rangkaian Mini dan juga pastinya Paddle Pop.


Seramai 130 orang anak yatim dari 7 buah anak anak yatim sekitar Johor telah dipilih untuk sama sama memeriahkan sambutan Hari Kanak Kanak Sedunia dengan menyertai Paddle Pop Fun Challenge 2016 di Legoland..Meriahhh sangat. Pagi pagi lagi kami dah sama sama dengan warna tema merah hari tu..


Slogan untuk sambutan ini adalalah "Let Kids Be Kids" sangat dekat untuk kanak kanak yang dirai. Sambutan ini bertujuan untuk membawa keriangan kepada kanak kanak yang kurang bernasib baik..Anak anak yatim yang seramai 130 orang tadi akan bermain pelbagai jenis permainan dan menyertai pertandingan yang telah disediakan untuk mereka dalam Paddle Pop Fun Challenge 2016 ni..




Encik Shiv Sahgal yang merupakan Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever (Malaysia) Holdings Berhad berkata "Kami amat bertuah dan bangga kerana dapat menganjurkan acara ini yang selari dengan hasrat Paddle Pop untuk menggalakkan anak anak yatim ini menikmati zaman kanak kanak mereka dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan serta mencabar. Wajah mereka yang tersenyum riang ketika menyertai Paddle Pop Fun Challenge menjadikan kami amat gembira. Semoga mereka semua menghargai detik ini sama seperti kami yang menganjurkannya".


"Acara kami pada hari ini turut disokong oleh Pelan Kehidupan Lestari Unilever (Unilever Sustainable Living Plan) yang bertujuan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat setempat. Acara hari ini merupakan salah satu daripada berbagai bagai jenis platform di mana Paddle Pop berinteraksi dengan kanak kanak dan menyediakan persekitaran untuk mereka menerokai dunia sekeliling, kekal aktif dan menikmati zaman kanak kanak" tambah Encik Shiv Sahgal lagi..


Sambutan pada itu juga dimulakan dengan tarian yang cukup bertenaga daripada Singa Paddle Pop..Memang nampak lah anak anak ni seronok. Siapa jer yang tak suka dengan ais krim Paddle Pop kan? Dapat berjumpa depan mata dengan Singa Paddle Pop pastinya anak anak ni lebih teruja. Tak kira peringkat umur, semua seronok dapat sama sama menari bersama Singa Paddle Pop..


Kemudian, aktiviti seterusnya diteruskan dengan pertandingan teka teki dan replika cabaran memadam kebakaran di dalam Legoland. Mereka juga berpeluang merasai keseronokan menaiki permainan LEGO Ninjago The Ride yang merupakan salah satu tarikan terbaru yang ada dalam Legoland ni. Kak fink sendiri dapat bawa anak anak untuk sama sama menaiki LEGO Ninjago The Ride..



Dua kali kami naik LEGO Ninjago The Ride ni. Korang kalau berpeluang ke Legoland ni, jangan lupa singgah ke bahagian Ninjago The Ride ni ya...Memang seronok dapat bermain sambil menikmati perjalanan 4D yang disediakan..Rasanya bukan kanak kanak jer, tapi orang dewasa macam kak fink pun seronok naik Ninjago The Ride tu tau..


Waktu tengah hari, kami berkumpul di Pizza Mania untuk menikmati makan tengah hari sebelum aktiviti seterusnya diadakan di sini..Bila ianya sambutan yang dianjurkan oleh Wall's Paddle Pop, pastinya akan ada ais krim daripada Paddle Pop kan..Pelbagai jenis ais krim Paddle Pop disediakan untuk kanak kanak pada hari tersebut. Pilih jer nak yang mana..Tengok kembar tu, kemain suka sangat dapat makan ais krim Paddle Pop.


Aktiviti terakhir yang diadakan untuk anak anak ni tadi adalah dengan membina struktur ais krim impian mereka dengan menggunakan batang serta pembalut ais krim Paddle Pop. Setiap kumpulan akan ada seorang kakak ataupun abang yang akan menjaga dan membimbing anak anak ni tadi. Macam macam jenis bentuk kak fink dapat lihat daripada setiap kumpulan pada hari tu..Kreatif juga adik adik ni..


Sementara menunggu pemenang diumumkan, mereka dihiburkan dengan persembahan muzik, makanan dan hadiah yang menarik. Ni antara salah satu kumpulan yang memenangi pertandingan membina struktur aiskrim impian mereka tadi. Kreatifnya dik, daripada batang ais krim, ianya dibentuk menjadi teropong. Haaa siapa sangka kan imaginasi kanak kanak mampu sehebat ini..



Para pemenang bersama sekali lagi dengan Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever (Malaysia) Berhad, Encik Shiv Sahgal. Boleh tengok kecil kecil jer usia anak anak ni tapi mampu menawan hati juri dengan ciptaan mereka..Tahniah untuk semua..Untuk yang tak memenangi pertandingan ini, jangan sedih sebab semuanya bertanding secara sihat dan mempelajari sesuatu daripada aktiviti yang diadakan..Walaupun seharian dengan Paddle Pop Fun Challenge, semua masih mampu mengukiran senyuman..


Pada tahun 2014, Paddle Pop dan LEGOLAND berjaya memecahkan rekod Malasia Book of Records untuk "Lukisan Terbesar yang Dihasilkan oleh Kanak Kanak". Tapi tahun ni, lebih memberi tumpuan kepada menggalakkan kanak kanak menjadi diri sendiri sambil menikmati pelbagai aktiviti menyeronokkan bersama Paddle Pop di LEGOLAND. Sesuai lah dengan tema "Let Kids Be Kids" tadi kan..


Terima kasih Paddle Pop kerana sudi menjemput kak fink untuk sama sama memeriahkan Paddle Pop Fun Challenge 2016 ni..Anak anak sendiri happy dapat sama sama bersama dengan kawan kawan yang lain di Legoland. Satu sambutan hari kanak kanak yang sangat bermakna, bukan hanya untuk anak anak kak fink tapi juga untuk 130 orang kanak kanak yang terpilih dalam sambutan ini.

Moga aktiviti untuk meraikan anak anak yang kurang bernasib baik ini akan sentiasa diteruskan pada masa akan datang. Semoga Paddle Pop juga akan sentiasa dekat dengan hati anak anak kita sebagai ais krim utama di Malaysia. Tahniah untuk semua yang terlibat dalam menjayakan Sambutan Hari Kanak Kanak ini. Memang satu sambutan yang cukup penuh dengan gelak tawa dan keseronokkan. 

Fitrah kanak kanak yang sentiasa ingin berseronok dan belajar,
Tercapai pada sambutan ini Tahniah Paddle Pop!



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Teruja tgk dorang semua happy kan kak..tahniah sbb jd part of the event! :)

    ReplyDelete
  2. wah bestnyeee bila nk smpi sini pun xtau lagi hahaaa

    ReplyDelete
  3. Tetiba terasa macam nak makan aiskrim Paddle Pop plak hehehe

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!