Followers

Keistimewaan untuk rawatan kulit sensitif yang ada di Klinik Revival, Doktor Jeff Khoo

11:21:00 AM

Hari tu kan kak fink berkesempatan dan berpeluang untuk memanjakan kulit wajah di Klinik Revival oleh Doktor Jeff Khoo yang terletak di Shah Alam..Dah lama sebenarnya tak dapat manjakan kulit sendiri..Yer la tugas seharian jer dah sibuk dengan anak anak..Sampaikan terlupa nak reward diri sendiri..


Tapi hari tu gigih juga ke Shah Alam..Biasanya kak fink ni jenis penakut sikit bila bab nak buat facial ni..Bukan apa, kulit kak fink memang kategori kulit yang sensitif..Takut lah kan nanti tak kena dengan kulit ke..Tapi disebab Klinik Revival ni banyak handle kes kulit sensitif dan ianya klinik yang diiktiraf, tu yang buat kak fink terus cuba!


Seeloknya kalau korang pergi sini biar by appointment. Supaya tak menunggu..Masa kak fink sampai sini, memang tengah ada orang lain yang tengah dalam bilik dengan Doktor Jeff Khoo..Tak perlu risau sebab ruangan menunggu memang selesa..Pelbagai jenis rawatan yang disediakan di klinik ni,  antaranya untuk anti penuaan, jerawat, jeragat, parut dan juga estetik..


Perkenalkan ni lah dia Dr. Jeff Khoo yang akan melihat masalah kulit yang korang alami. Very good looking kan hahahahaha..Lembut jer Dr. Jeff ni tau..Suka dengar dia explain sebab walaupun dia cina tapi fasih sangat berbahasa melayu..Satu yang kak fink suka bila ke sini, Dr. Jeff ni suka bagi tips masa consultation tu..

Contohnya cara cuci muka dengan betul untuk kulit biasa dan kulit berminyak..Selama ni kak fink suka cuci muka sehingga 2 kali cucian dalam waktu yang sama..Sebab rasa macam bersih tapi sebenarnya tak boleh sebab kita sebenarnya mengeringkan lagi kulit muka kita bukan hanya di luaran tapi juga dari dalaman tau..Haaa menarik tak? Terima kasih Dr. Jeff untuk tips yang diberi..


Ni antara bilik rawatan yang ada..Selesa dan semestinya berhawa dingin. Kadang tu tak sedar korang tengah buat treatment tau sebab selesa sangat dekat sini. Macam kak fink hari tu, 1 jam setengah tu rasa tak puas..Seronoknya la orang bersih bersihkan muka..Memang rasa macam nak tidur..Tak sakit langsung tau..


Ni lah Chloe yang merawat dan membersihkan muka kak fink..Suka sangat dengan cara layanan dia..Langkah pertama, Chloe akan mencuci dulu muka kita dari sebarang mekap dan kekotoran..Kemudian barulah rawatan akan dimulakan..Setiap rawatan untuk pakej SilkPeel Dermalinfusion ni, Chloe akan terangkan untuk apa dan apa kebaikannya pada kulit kita..


Meh kak fink kongsikan video antara rawatan yang kak fink cuba di Klinik Revival ni..Terima kasih sangat pada Chloe sebab sangat lemah lembut dalam setiap rawatan yang dibuat ke muka kak fink ni. Secara keseluruhannya, kebanyakan rawatan yang kak fink buat hari tu rasa kulit kita sejukkk dan sangat melembabkan kulit..Macam yang kak fink ambil ni adalah SilkPeel Dermalinfusion yang bernilai RM380.00

Memang tak sakit tau masa Chloe ni gunakan mesin ni untuk menyedut segala kekotoran di kulit muka kak fink. Selalunya kalau kalau proses ni, ramai yang cakap sakit..Tapi kak fink memang tak rasa sakit sebab masa dia sedut, dalam masa yang sama, serum digunakan untuk diratakan ke seluruh permukaan muka..Rasa nak tidur lagi ada..Chloe siap buat di bahagian bibir sekali masa hari tu..


Ni antara serum yang digunakan semasa SilkPeel Dermalinfusion. Korang boleh tengok betapa kotornya air yang ada dalam bekas tu..Sedangkan sebelum tu Chloe dah cucikan muka kak fink tau..Tapi masih ada lagi kekotoran..Mesin yang digunakan ni adalah daripada US dan mempunyai teknologi modern dalam rawatan ni..


Selesai je rawatan tadi, korang akan dapat consultation di dalam bilik ni.. Di sini lah nanti, beautician tadi akan bagitahu dengan lebih details cara cara penjagaan muka korang selepas rawatan ni. Rawatan apa yang perlu korang lakukan secara berterusan dan jenis produk yang sesuai dengan masalah muka korang..Kalau rasa ada bajet dan nak teruskan, boleh teruskan..Atau kalau nak beli produk dari klinik pun boleh..Nanti mereka akan cadangkan mana yang bersesuaian. Jangan risau tiada paksaan dan mereka bukan jenis yang mendesak ya..


Sempat juga lah kak fink cuba produk Luscious Lips ni untuk merawat bibir yang kusam. Dalam masa yang sama korang boleh pakai sebagai lipstik juga..Cuma nya lipstik ni merawat bibir dalam masa yang sama..Macam ada rasa mint tau..Berangin jer bila pakai..Ada pelbagai warna sama ada nude atau pun warna yang terang..


Yang ni rangkaian produk penjagaan muka yang korang boleh dapat kan di Klinik Revival by Dr. Jeff Khoo ni..Yang penting produk ni tak de bahan bahan terlarang yang boleh merosakkan lagi muka. Yang ada masalah kulit sensitif dan ada masalah yang dari dulu tak dapat nak selesaikan, boleh lah datang ke sini dan dapatkan rawatan..


Haaa ni yang kak fink buat rawatan tadi.. SilkPeel Dermalinfusion ni untuk pertama kali korang datang sepanjang bulan Disember ni, korang akan dapat harga RM220.00 sahaja..Harga asal RM380.00..Untuk rawatan selama sejam setengah tu, korang hanya perlu bayar RM220.00 jer tau bulan ni..Memang berbaloi..Dapat rasa kulit muka bersihhhhh dan lembut yang amat macam kulit baby..



Alamat: 
33G, Jalan Anggerik Vanilla BF31/BF, Kota Kemuning
40460 Shah Alam, Selangor

Telefon: 016-2115237

selamat mencuba tau korang..bestttt..tak de kesan sampingan untuk kak fink
memang muka jadi lembut sangat..licin jer..yang penting tak sakit pun..



You Might Also Like

4 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!