Followers

Menu Istimewa Dinner Buffet sempena Christmas di Swiss Garden Hotel Kuala Lumpur

7:40:00 AM

Kalau korang mencari dinner buffet sempena Xmass ni boleh lah ke Swiss Garden Hotel untuk menikmati pelbagai jenis hidangan menarik terutamanya untuk bahagian pencuci mulut..Kak fink sendiri berpeluang bersama sama dengan anak anak untuk merasai pelbagai hidangan istimewa seperti Roasted Turkey di Restoran Flavors..



Sebenarnya ni pengalaman pertama kak fink rasa isi ayam belanda ni tau..Sedap rupanya..Dimakan dengan pelbagai jenis sos yang disediakan di sana memang mampu menjadi gabungan yang hebat dan menaikkan lagi selera makan ..Diperap dengan ramuan yang istimewa pastinya hidangan tanpa ayam turki memang tak lengkap untuk meraikan perayaan Xmass ni kan?

Roasted Turkey

Roasted Chicken

Roast Beef Rib Eye

Terdapat juga pelbagai hidangan fresh seafoods yang korang boleh pilih sekiranya korang memang peminat seafoods. Kak fink dah lah suka betul dengan oyster tu wak..Dapat makan hari tu, puas rasa hati haaaa..Pilih jer lah korang suka yang mana..Semuanya besar besar dan segar segar untuk diratah hikhik..



Meh kak fink kongsikan antara menu yang ada sempena sambutan Xmass ni ya..Banyak sangat gambar nak kongsikan dengan korang ni..Stress pula taip sambil tengok gambar ni haaa hahahaha..Sebab dah tahu tahap kesedapannya macam mana kan..Sebab tu lah kita terpaksa bertahan jer wak sambil menaip entry ni..

Pan Seared Paupitte of Beef

Braised Seafood with Saffron Sauce

Desserts dekat sini yang paling kak fink suka..Dah la sedap..Lepas tu hiasannya comel comel tu memang membangkitkan mood perayaan Xmass tu sendiri..Antara banyak banyak menu yang ada, memang desserts lah bahagian yang kak fink ulang banyak kali hahahaha..Rasanya bukan kak fink jer tapi anak anak lah orang yang paling seronok dapat menikmati desserts yang disediakan di Swiss Garden Hotel..






Yang ni pula antara bahagian lauk yang korang boleh pilih untuk dinner buffet yang ada di sini..Jangan risau, nasi juga ada disediakan sekiranya korang memang jenis yang mencari hidangan berat..Well malaysians dan nasi memang tak dapat dipisahkan..So tak perlu risau ok..Nasi dan hidangan lain sebagai lauk ada di sini..

Grilled Marinated Lamb Chops with Garlic and Rosemarry



Yang teringin kan juadah roti yang dicicahkan bersama sup yang sedap pun ada di sini..Abang long suka roti tu bersama dengan sup cendawan yang disediakan..Sup tu memang pekat..Kalau korang makan yang ni pun sebenarnya dah cukup kenyang tau tapi makan buffet kan, tak kan lah makan roti dah surrender yer tak hikhik..Mestilah nak cuba menu menu lain yang disediakan lagi..


Abang ngah ni jenis yang cerewet sikit bab makan makan ni tapi kalau dia mampu ulang dan makan makanan di situ, maknanya tu memang kena lah dengan citarasa dia..Kalau korang nak cuba, hari ni dah boleh pergi ke Restoran Flavours untuk sama sama makan malam bersama keluarga tersayang sehinggalah 31 Disember 2016 ni..Kalau tak sempat untuk Xmass, boleh juga menikmati makan malam ni sempena tahun baru gituu..

Hi Tea Buffet Dewasa: RM88.00 Nett
Hi Tea Kanak Kanak: RM45.00 Nett

Dinner Buffet Dewasa: RM98.00 Nett
Dinner Buffet Kanak Kanak: RM45.00 Nett



Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur
117, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 603 - 2785 1111

Instagram: @swissgardenofficial
Twitter: @swissgardenint
Facebook: www.facebook.com/SwissGardenHotelResidencesKL
Website: www.swissgarden.com/hotels/

selamat mencuba korang..




You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!