Followers

Raytech: Kedai Tinted Kereta Yang Memberikan Original Tinted Dengan Brand Warranty & Hologram Sticker

11:30:00 PM

Kalau sebelum ni Kak Fink dah kongsikan dengan korang Tips Pemilihan Tinted Kereta yang Berkualiti dan Tidak Tertipu dengan Fake Tinted. Haa kali ni Kak Fink nak kongsikan dengan semua dekat mana korang boleh pasang tinted kereta yang memang menawarkan khidmat pasang tinted yang memang terjamin kualiti dan originaliti nya..


Dalam erti kata lain, tiada Fake Tinted di pasang di sini..Macam mana kak fink yakin sangat cakap macam tu? Haaa dekat sini, korang boleh tengok dan uji sendiri pelbagai jenis filem tinted yang disediakan. Korang boleh uji sendiri tahap kepanasan yang akan dirasa bila kita duduk di depan cahaya tu. Cahaya tu ibarat haba la kalau panas nanti..Dan beberapa keping tinted film akan diletakkan depan tu.


Memang korang akan rasa panas berbahang bila tinted film yang murah diletakkan di depan cahaya tadi. Untuk makluman semua, kebanyakan tinted murah yang ada di pasaran hanya lah semata mata gelap tetapi ianya tidak memberi perlindungan UV kepada kita  yang berada di dalam kereta. Walaupun tinted kereta tu memang gelap, tapi bahang sangat bila masuk dalam kereta kan..

Tiada siapa yang  sedar tentang isu kualiti filem korea ni sebab hakikatnya, tinted tadi hanya bertahan setakat 12 bulan sahaja berbanding dengan brand USA yang mampu bertahan hingga 5 - 7 tahun. Perang harga telah berlaku sesama penjual tinted kereta dan masing-masing cuba menawarkan harga termurah.


Akhirnya pengguna tertipu dengan strategi ini dan memasang tinted yang berkualiti sampah pada kereta mereka. Malahan ada yang membayar dengan sangat mahal. Ianya tidak memberi perlindungan UV untuk kita. So macam tiada manfaat apa apa pun bila korang pasal tinted sebenarnya. 

Yer la tujuan kita nak pasang car tinted ni adalah untuk kurangkan bahang dan panas ketika memandu kan. Dan di Raytech juga, korang akan boleh minta staff mereka Solar Power Meter untuk memastikan itu lah ada tinted asli dan bukannya semata mata gelap tanpa memberikan perlindungan UV..


Raytech memang tinted film mereka dikeluarkan di USA. Tinted dari USA lebih berkualiti dan lebih tahan haba. Jadi, mulalah penjual menggunakan cop logo “Made In USA” supaya boleh menjual dengan harga tinggi. Padahal itu fake tau. Yang ada di Raytech tu memang original. Siap dengan hologram sticker beserta brand warranty lagi. 

Kalau ada kedai lain yang mengaku tinted film diaorang dari USA, korang boleh minta untuk pastikan mereka ada tak hologram sticker dan brand warranty untuk kepastian..Yer lah kita keluarkan duit kan. Jadinya kita berhak untuk pastikan kita dapat kualiti dan produk yang betul setanding dengan harga yang dibayar..


Tanya dulu kedai tu, sama ada dia bagi warranty kedai ataupun brand warranty. Kalau dia hanya mampu bagi warranty kedai, dia jual yang fake films. Biasanya brand warranty dia akan hollogram sticker dekat film tu. Warranty kedai bermakna pengguna mesti kembali ke kedai yang sama di tempat pemasangan tinted asal. 

Pengedar untuk brand warranty, dia boleh pergi di mana mana cawangan kedai yang menjual tinted tersebut seperti Raytech. Contohnya, kalau korang pasang tinted tadi di Raytech KL, korang boleh pergi ke mana mana Raytech seluruh Malaysia untuk claim sekiranya masih ada warranty. Tak perlu pergi di cawangan Raytech yang memasangnya dahulu..


Kalau korang masuk ke Raytech ni, korang boleh rasa sendiri beza fake tinted dengan original tinted. Tinted tu tak perlu gelap sangat tapi ianya mampu melindungi kereta kita daripada bahang panas di luar. Memang ada beza. Yang masih tercari cari nak tukar tinted ke ataupun yang baru nak pasang tu, harap entry ni dapat beri korang gambaran sebenar untuk memilih tinted yang berkualiti..


Proses pemasangan tinted film sedang dilakukan oleh kakitangan Raytech


Kena dengan slogan Raytech "Think Cool, Tint Raytech". Ingat tau bukan pilih tinted film yang gelap tapi tidak mempunyai ciri ciri tahap ketahanan panas yang bagus.Kalau rasa pening nak fikir mana satu yang fake dan mana satu yang original, haa pergi jer lah Raytech senang. Lagi satu kalau yang fake tinted ni, lama kelamaan nanti korang akan berhadapan dengan masalah gelembung gelembung pada film tersebut dan akan mengganggu pemanduan kita..



Previous Entry: 

pastikan tinted yang kita guna ada brand warranty
dan bukan hanya warranty kedai ya..



You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!