Followers

ZooMoo Groove KIni Di Astro Saluran 619

12:00:00 PM

Hari tu kak fink berkesempatan bawa anak anak ke Zoomoo Groove Live di Sunway Pyramid Mall. Anak anak korang minat tak tengok cerita ZooMoo ni? Untuk yang tak tahu lagi ZooMoo ni apa? ZooMoo ni merupakan rancangan pertama kanak kanak di dunia yang berkongsi info mengenai dunia haiwan tau..

Rancangan ZooMoo ni menggunakan pendekatan pembelajaran seperti puppets, cartoons, games, music, puzzles dan aktiviti yang unik untuk tontonan golongan muda seperti kanak kanak..Sekarang ni ZooMoo boleh ditonton di Astro Saluran 619..Sepanjang ZooMoo Groove Live yang diadakan di Sunway Pyramid Mall, banyak aktiviti yang telah disediakan untuk anak anak cuba..


Budak budak ni kalau dah dapat main mainan camni memang tak nak bangun dah dari meja tu..Selain daripada bermain, anak anak juga boleh belajar sesuatu di sini. Yer lah kita dapat mengenali character yang ada dalam ZooMoo secara lebih dekat dan  dalam masa yang sama mengenali dunia haiwan dengan cara yang menyeronokkan..Ada juga persembahan pentas daripada Seth tau. Dia nyanyi Live untuk semua yang hadir hari tu..


Selain tu ada juga colouring session di sana..Semuanya disediakan oleh pihak ZooMoo..Kak fink hanya bawa anak anak dan biarkan diaorang berseronok dekat sana. Kembar ni kalau dapat mewarna memang suka. Ada pula crew yang rajin melayan dia, lagi lah dia suka duduk dekat situ..


Sambil sambil mewarna tu, ada crew yang sudi buatkan washable tattoo untuk kembar hahahahaha..Pelik jer diaorang tengok kakak cantik tu buat apa lah dekat tangan dia..Macam sticker jer sebenarnya tapi tahan lama. Selagi tak dibasuh dengan air, maka nya tattoo tu akan melekat lah di tangan. Balik tu letak sabun dan basuh macam biasa, dah boleh hilang dah..



Abang long nampak ZooMoo game yang disediakan dalam tablet tu memang tak pandang dah aktiviti lain. Suka lah dia dapat main sorang sorang tanpa gangguan adik adik..Sampai aku bising, dah lah tu bagi dekat orang belakang pula main hahahahahah..Leka betul haa dapat main dekat situ..


Lepas jer persembahan pentas selesai. Dah seronok menari dan menyanyi bersama dengan Seth tadi, kami di jemput ke private session untuk minum petang dan dapat Meet and Greet session bersama Flash dan Seth, ZooMoo Island Ranger..Anak anak aku memang tengok ZooMoo ni dan diaorang memang excited nak bergambar dengan Flash dan Seth..


Kalau tahun tahun sebelum ni berebut rebut nak amik gambar dengan Flash dan Seth tu. Tapi kali ni tak dah. Yayyy. Thanks PR sebab beri peluang pada kami untuk santai santai bersama dengan Flash dan Seth..Bukan anak anak jer dapat bergambar dengan Flash dan Seth tapi mak mak pun boleh juga kalau nak bergambar hahahahahaha..


Sebelum nak jumpa Seth dan Flash tu, kami dijamu dengan minuman petang. Amboi menggodanya desserts yang disediakan ni..Anak anak aku tengok benda manis manis ni memang suka lah..Nasib tak sugar rush hari tu hahahaha..Kalau tak mama pening lah nak handle 4 orang sorang sorang..Terasa istimewa pula bila ada private session macam ni hikhik..



Tiba tiba masa tengah makan tu, diaorang bawa masuk Flash..Budak budak ni apa lagi. Terus stop makan dan kejar Flash..Rezeki lah dapat ambil gambar dan peluk peluk Flash tu tanpa berasak asak..Masa ni semua kanak kanak diberi sorang satu belon dan bag daripada ZooMoo sebagai cenderahati..Dapat juga tentang mata dengan Seth. Tinggi betul dia..Biasa tengok dekat TV jer..



Facebook ZooMoo: www.facebook.com/zoomooasia
Instagram: @zoomooasia

Astro: Channel 619

sesiapa yang belum tengok ZooMoo, boleh la buka channel tu untuk anak anak ya




You Might Also Like

0 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!