Followers

Fonterra Edarkan Pek Iftar Yang Dipenuhi Dengan Kebaikan Tenusu Sempena Hari Susu Sedunia & Ramadan

11:46:00 AM

Kalau tahun lepas kak fink berpeluang untuk sama sama dengan masyarakat setempat bagi sesi pengagihan bubur lambuk di bulan Ramadan, kali ni sekali kak fink berpeluang merasainya bersama dengan syarikat tenusu yang tidak asing lagi di pasaran iaitu Fonterra Brands Malaysia di Masjid Al Ikhlasiah, Kampung Kerinchi. Pengagihan ini sempena bulan Ramadan dan meraikan Hari Susu Sedunia..


Kalau sebelum ni yang biasa kita nampak pengagihan bubur lambuk kan. Kali ni lebih meriah sebab setiap penduduk sekitar yang hadir akan dapat 1 Pek Iftar yang diisi dengan Bubur Lambuk, Susu Kultur Fernleaf CalciYum, Susu Tepung Fernleaf Family dan juga Susu Anleane. Haa meriah kan..Kiteorang yang duduk dekat situ pun teruja tengok pek iftar tu..


Sebuah khemah besar telah di pasang di hadapan dengan Masjid Al Ikhlasiah untuk meletakkan kesemua pek pek iftar tadi. Jam 4.00 petang penduduk setempat Kampung Kerinchi dah memenuhi perkarangan Masjid Al Ikhlasiah untuk mengambil pek iftar masing masing. Pek tadi hanya diedarkan selepas solat asar lebih kurang pada jam 4.45 petang ke atas..


Turut hadir pada hari tersebut adalah Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia dan Singapura, Encik Jose Miguel Porraz Lando. Beliau hadir dengan penuh segak berbaju melayu biru pada hari tersebut..Encik Porraz Lando juga berpeluang mengacau sendiri bubur lambuk yang disediakan yang telah dimasukkan dengan susu sebagai salah satu bahan untuk penyediaan bubur lambut tersebut..


Seperti mana yang semua orang tahu, susu mempunyai nutrisi penuh termasuk protein, kalsium, pottasium, vitamin D dan B yang mampu memberikan tenaga sepanjang berpuasa di bulan Ramadan ni..Menurut Encik Porraz Lando, sebagai salah satu pengeluar produk tenusu utama di Malaysia, beliau mempercayai susu dapat memberikan nutrisi yang cukup dan dalam masa yang sama kita dapat membekalkan tenaga yang cukup dan pemakanan yang sihat sepanjang bulan Ramadan ni..


Meriahkan suasana pada hari tersebut..Memang ramai yang datang untuk mengambil Pek Iftar daripada Fonterra Brands Malaysia ni..Kak fink sendiri tak sabar nak ambil pek iftar yang telah disediakan hikhik..Yer la bukan hanya dapat bubur lambuk tapi dapat juga susu keluaran Fonterra untuk kita sediakan diwaktu berbuka dan bersahur kan..


Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia dan Singapura, Encik Jose Miguel Porraz Lando bersama dengan salah seorang penduduk yang hadir untuk mengambil Pek Iftar yang disediakan..Rezeki yang ada, lebih seronk untuk dikongsi bersama..Nak nak pula dilakukan di bulan Ramadan yang mulia ni..Tak salah untuk kita gembirakan hati orang lain..



terima kasih Fonterra Brands Malaysia untuk aktiviti murni seperti ni..
seronok dapat menjadi sebahagian daripada mereka pada hari tersebut..



You Might Also Like

2 828 PinKy PinKo say Hi!

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!