Followers

Resepi Lala Kam Heong Version Derhaka Senang Yang Amat

12:18:00 PM

Ni resipi paling senang sangat yang amat amat wak. Konsep campak campak juga ni. Sebab campak campak tu akan bagi rasa yang luar biasa ahahahahaha..Tu belum lagi niat dalam hati nak masak penuh kasih sayang untuk yang tersayang, haa automatik lauk tu jadi lagi sedap..Niat dah betul nak gembirakan orang, tuhan tolong yer..

Ni version kak fink tau..Lala Kam Heong ni sepatutnya guna cili api tapi sebab ni bulan Ramadan kan, aku elakkan guna cili api. Aku gantikan dengan guna cili kering yang dah dikisar..Takut perut anak anak tak tahan puasa puasa ni..Cirit birit dalam bulan puasa memang hazab yer wak..So kita buat jangan pedas pedas..

Bahan bahannya:
  • Serai (Ni option, resipi asal tak de pun hahahahaha)
  • Daun kari (Kedai dah habis, sebab tu aku gantikan dengan serai tadi)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering yang dikisar
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Serbuk kari

Cara cara menyediakannya:
  • Tumis serai tadi sehingga naik bau dan kekuningan
  • Kalau ada daun kari, masukkan daun kari. Lebih wangi.
  • Tumis sekali bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan
  • Masukkan cili kering yang dikisar tadi dan tumis hingga garing
  • Masukkan serbuk kari. Aku guna sepaket kecil jer. 
  • Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis tadi
  • Perasakan dengan garam
  • Masukkan lala dan kacau hingga masak

Siappppp! Cepat ke tidak? Haaa ni kalau korang sampai rumah pukul 7.00 petang pun sempat nak masak lagi..Bahan bahan pun senang nak cari kan. Daun kari jer kebetulan tak de semalam. Kalau ada, aku dah masukkan. So terus derhaka kan resipi tu dengan masukkan serai 3 batang. Wangi juga..Haa mak memang suka derhaka kan resipi. Masak tetap masak. Jangan lah tak de bahan, korang tak jadi nak masak pula hihi..


Kalau rasa nak buat berkuah sikit, lebihkan rempah kari dan cili tadi. Kalau korang sejenis perut tahan pedas, letak lah cili api ya. Bulan puasa ni aku gantikan dengan cili kering jer. Pedas pedas manja jer rasa dia..Lauk ni makan dengan nasi panas panas layan ooo..Beli lala 2 paket tu settle husband cakap masa berbuka..

Semalam kita berbuka dekat luar wak. Ada kerja sikit tapi sempat masak lauk berbuka untuk husband dan anak anak..Solehah ke tidok ahahahahahahahah..So pada korang yang dah jemu makan ayammmm jer. Haa hari ni pergi cari lala..Beli dekat NSK jer senang dah siap pack..Selamat mencuba ;)

hari ni nak masak apa pula..ya Allah murung fikir menu tiap tiap hari..



You Might Also Like

5 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Nak buat jugak lah ... sebab dah takde idea nak masak ape.

    ReplyDelete
  2. wah lala kam heong...biasa ketam kam heong ni lala...terasa kepedasan tu hehe

    ReplyDelete
  3. Fuhh...memang nampak sedap sangat. Resepi pun senang yg amat lah! Bebila boleh la kucuba .

    ReplyDelete
  4. Terliur ena dibuatnya. Dah la lama tak ratah lala.. ena suka ratah lala berbanding makan dengan nasi or makanan lain.. hiks

    ReplyDelete
  5. solehah sgt..lala pun makanan fav akak..ala..lama dah x buat la

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!