Followers

Riz Q Islamic School: Sekolah Rendah Tahfiz Baru di Kajang Selangor

11:42:00 PM

Hari tu kak fink berkesempatan ke salah satu Sekolah Swasta Islamik yang terletak di kawasan Kajang. Pertama kali jejakkan kaki dekat sini, kak fink dah rasa seronok sebab kak fink suka dengan cara pentadbiran sekolah ni..Yang penting Riz Q Islamic School ni masih mengikut silibus KSSR seperti Sekolah Kebangsaan yang lain. Cuma nya bahasa pengantara mereka adalah Bahasa Inggeris..

Sekolah ni baru dibuka secara rasmi pada awal tahun 2017 ni. Kiranya semua pelajar di sini adalah batch pertama mereka..Walaupun ini merupakan tahun pertama Riz Q Islamic School, tapi sekolah ini mendapat perhatian yang sangat positif dari ibu bapa dari peringkat tadika sehingga lah ke darjah 6 .. Buat pengetahuan semua, Riz Q Islamic School ni memulakan persekolahan dari pukul 8.00 pagi hinggalah pukul 5.00 petang..


Menyediakan banyak fasiliti yang selesa adalah salah satu objektif untuk sesi pembelajaran di Riz Q Islamic School. Yang penting pelajar tidak akan merasa letih atau bosan walaupun sesi persekolahan bermula dari awal pagi hingga ke petang. Di sini, mereka tidak mengamalkan satu kelas tetap untuk pelajar pelajar. Tetapi pelajar perlu bergerak dari satu kelas ke satu kelas. Kalau di sekolah biasa, kita akan nampak guru yang akan pergi ke kelas tu kan. Di sini tak, pelajar yang akan bergerak ke kelas tersebut. Guru memang hanya perlu menunggu di kelas sahaja..


Inilah kawasan padang untuk pelajar pelajar bersenam dan bermain sewaktu di dalam waktu pembelajaran ataupun sementara menunggu ibu bapa datang menjemput mereka pulang dari sekolah..Padang ni terletak betul betul di sebelah kawasan tempat letak kereta. Senang untuk para pelajar keluar bila nama mereka dipanggil untuk pulang bila tamat waktu persekekolahan..

Sesi pembelajaran yang diadakan di luar kelas

Ooo ya, sekuriti di sini agak ketat. Bila tamat waktu sekolah, mereka tak boleh menunggu di luar sekolah. Pengumuman akan dibuat oleh pengawal apabila ibu bapa pelajar datang untuk mengambil anak mereka pulang. Setiap ibu bapa atau penjaga akan diberikan kad untuk memastikan itulah penjaga yang sah untuk mengambil pelajar tersebut..


Ini antara kemudahan yang disediakan di Riz Q Islamic School. Pelajar boleh bermain di kawasan ini pada waktu rehat ataupun dengan kebenaran guru. Contohnya, dalam kelas tahfiz, kalau pelajar tu dapat menghafaz surah yang diberikan, mereka akan diberikan ganjaran dalam 5 minit untuk bermain di sini..Lagipun kawasan ni memang terletak di bahagian luar kelas..Seronokkan? Dapat belajar dalam suasana yang tidak tertekan..


Ini lounge untuk para guru lepak santai dan berbincang. Kak fink merasa lah duduk di lounge ni. Selesa dan berhawa dingin...Jom kak fink kongsikan lagi beberapa kemudahan lain yang Riz Q Islamic School sediakan untuk para pelajar yang memilih untuk belajar di sini..Seronok kiteorang dapat pusing pusing tengok kawasan sekolah hari tu..


Locker untuk setiap pelajar. Disebabkan di sini mereka perlu berpindah pindah kelas, maka nya bag akan disimpan dalam locker ni. Pelajar tak perlu penat penat nak bawa bag yang berat untuk turun naik kelas. Antara fasiliti yang memudahkan pelajar juga ni.


Sesi pembelajaran Matematik dalam salah sebuah kelas pada hari tersebut. Bahasa pengantara untuk setiap subjek adalah bahasa inggeris ya..Ada juga pelajar yang pada mulanya memang tak boleh bercakap bahasa inggeris tapi lama lama, dah pandai cakap bahasa inggeris. Bukan setakat cakap jer, jawab peperiksaan dalam bahasa inggeris pun dah boleh dah..

Betul la orang cakap practice make perfect kan. Bila hari hari kita dah cakap bahasa tu, lama kelamaaan dah jadi kebiasan untuk kita..Dah jadi mudah..Yer lah dah dikelilingi dengan orang yang bertutur dalam bahasa inggeris, lama kelamaan kita pun dah faham perkataan tu kan..Dari terpaksa tu lah kita akan jadi boleh..


Antara kemudahan lain yang disediakan di sini, ada beberapa subjek pelajar akan didedahkan dengan penggunaan iPad..Canggih betul budak budak sekarang kan. Sesuai lah dengan peredaran zaman ..Tak semua kelas menggunakan iPad ni. Bergantung pada subjek dan cara mengajar seseorang guru tu..

Untuk makluman korang, guru guru dekat sini memang muda muda dan mempunyai pengalaman mengajar. Paling berumur pun dalam 30an. Muda kan? Dan yang penting, guru dan murid memang mesra sangat. Dah macam kawan kawan. Aku tak nampak lagi budak budak stress dekat sini hahaha..Suka betul lah..



Ni pula kak fink di bawa masuk ke tadika yang ada di di Riz Q Islamic School. Untuk tahun ni, mereka buat 2 kelas tadika. Umur 4 dan 5 tahun di bawah satu kelas. Manakala 6 tahun satu kelas. Tapi memandangkan sambutan sangat menggalakkan, untuk tahun 2018 mereka akan tambahkan tadika kepada 3 kelas.




Menariknya lagi di sini, waktu rehat di sini mereka mengamalkan konsep 'Cashless'. Maknanya murid tak perlu membawa wang saku ke sekolah. Dari sarapan hinggalah ke makan tengah hari, sudah termasuk dalam yuran. Contohnya macam waktu pagi, pelajar dan juga semua guru serta kakitangan sekolah akan diberikan sarapan roti dan juga Yakult.


Sama juga dengan waktu tengah hari, setiap pelajar, guru dan kakitangan sekolah akan makan benda yang sama pada hari tersebut. Menu akan bertukar setiap hari. Macam bawah ni, menu untuk pelajar pelajar tadika. Menu untuk pelajar tadika adalah lebih simple sedikit kalau nak dibandingkan dengan pelajar pelajar dari P1 dan P6.


Kak fink sendiri merasai pengalaman makan bersama sama dengan anak anak ni pada waktu makan tengah hari. Sekarang ni Riz Q Islamic School nak mengamalkan sistem seperti di negara Jepun. Di mana pelajar pelajar akan mengambil sendiri makanan dan makan di kelas. Tapi tahun ni, hanya beberapa kelas je yang baru terlibat. Tapi tahun depan, mereka akan amalkan pada setiap kelas..


Ianya diberi nama Kyushoku Time. Guru berperanan dalam memaklumkan kepada pelajar berapa kalori yang diambil pelajar dalam menu tersebut. Air tetap Yakult ya. Menarik sangat sebab ianya menu seimbang. Siap kena pakai apron dan meja akan dilapikkan dengan pelapik bagi mengekalkan kebersihan. Memang boleh nampak cara ni dapat mendidik pelajar menjadi seorang yang lebih berdikari. Selama ni tengok dekat video je kanak kanak jepun uruskan waktu makan diaorang. Hari tu diberi peluang dapat tengok depan mata..Tahniah Riz Q Islamic School.


Kak fink ada juga bertanya dekat Pengetua hari tu, perhimpunan dekat sini macam mana? Teringin lah nak tahu. Sama ke dengan sekolah biasa kan. Ternyata berbeza. Perhimpunan di sini, pelajar yang akan jadi emcee. Manakala guru guru akan duduk bersama sama pelajar pelajar lain di dalam dewan ni. Tujuannya adalah untuk melatih tahap keyakinan pada setiap pelajar. Sekiranya ada pengumuman penting, baru lah guru yang akan umumkan.


Di sini juga mereka akan mengadakan solat dhuha di awal pagi.  Guru bersama pelajar pelajar akan buat dhuha bersama sama. Menurut pengetua, mereka juga akan selang seli kan perhimpunan di awal pagi dengan senam robik hahahahaha..Menarik sangat ni. Dunia pun ada. Akhirat pun dikejar kan..


Ni pula kawasan Gimnasium yang disediakan untuk para pelajar menggunakannya.. Lengkap dengan kemudahan untuk sebuah gim. Yer la kesihatan pun kena jaga juga kan. Bukan hanya semata mata ke sekolah untuk menimba ilmu tetapi juga dapat mencerdaskan tubuh badan para pelajar..

Gimnasium



Yang ni pula Auditorium. Selesa lah dekat auditorium. Kak fink rasa macam duduk dekat dewan kuliah pula ahahahaha..Biasanya di sini, bila guru guru nak menggunakan projektor untuk kelas tersebut, pelajar diminta ke sini sebab di sini ada disediakan projektor tadi..

Auditorium


Tempat paling comel di Riz Q Islamic School. Ni lah Playroom untuk pelajar pelajar bermain. Alah comelnya. Tak puas duduk dekat sini. Yer lah sekolah kita dulu tak seseronok macam ni  hahahaha..Menarik betul kemudahan yang disediakan. Berbaloi lah hantar anak dekat sini kan.



Ni antara tempat pelajar lepak masa waktu rehat. Dekat sini, lepas waktu makan tengah hari tu, pelajar dibenarkan Power Nap dalam 15 ke 30 minit bagi memastikan kecergasan pelajar untuk meneruskan sesi pembelajaran sehingga waktu petang. Bagus kan? Power nap memang mampu buat kita rasa lega dan bertenaga semula..


Ni lah Kelas Tahfiz yang ada di Riz Q Islamic School. Untuk pengetahuan semua, kelas tahfiz pun dikendalikan dalam bahasa inggeris ya. Memang ustazah akan berinteraksi dengan pelajar menggunakan bahasa inggeris.


Kelas sains di sini, guru yang mengajar mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan ilmu sains tersebut dengan cara yang mudah untuk difahami pelajar. Contohnya bila bab organ badan ni, kalau kita tak tunjuk, susah untuk pelajar tadi nak bayangkan di manakah kedudukan yang sebenar. Tapi di sini guru akan sediakan baju yang dilukiskan kedudukan organ dalam badan tadi dan pelajar akan memakainya. Haa baru la kita tahu dekat mana letak nya jantung, paru paru dan sebagainya.



Kalau dekat sekolah biasa ada unit beruniform macam tu kan? Tapi dekat Riz Q Islamic School ni, mereka mempunyai Kelab Kerjaya. Antara kelab yang ada di sini adalah:
  • Kelab Doktor
  • Kelab Polis / Bomba
  • Kelab Chef
  • Kelab Hakim & Peguam
  • Kelab Usahawan
  • Kelab Astronomi / Falak
  • Kelab Media
  • Kelab Robotik
 Kelab Chef


Ni lah sesi kami bersama Pengetua Riz Q Islamic School. Biasanya kalau kita dengar nama pengetua mesti kita akan bayangkan seorang yang garang dan digeruni betul tak? Tapi dekat sini pengetua muda hikhik. Dah macam kawan kawan jer. Memang biasanya pengetua yang akan turun sendiri sekiranya ada masalah pada pelajar..Pengetua dia best korang..Loving and caring sangat.


Ni lah Syed. Dia bukan warganegara sini. Masa Syed masuk sekolah ni mula mula, dia sangat pendiam sebab dia tak pandai cakap bahasa inggeris. Dia cuma pandai cakap arab je. Tapi beberapa bulan dia masuk Riz Q Islamic, dia dah boleh cakap bahasa inggeris dan memahami serta menulis bahasa inggeris dengan baik. Hebat kan? Ini lah impian kak fink. Bukan hanya nak anak pandai dalam bab agama tapi juga boleh fasih dan memahami bahasa inggeris..


Loving Principle

Di Riz Q Islamic School, ada satu aplikasi yang dipanggil Schoology. Ibu bapa, guru dan juga pelajar sendiri boleh akses aplikasi ini untuk sebarang aktiviti terkini dan juga untuk mengetahui tahap pencapaian anak anak. Schoology ni sistemnya lebih kurang macam kita tengok Facebook jer.. Senang sangat nak akses. Setiap ibu bapa akan diberikan ID untuk mereka daftar masuk dan mengetahui segala aktiviti yang dijalankan di Riz Q Islamic School

Apa yang kak fink nampak di sini, Riz Q Islamic School bukan hanya menekankan soal agama tetapi juga lebih kepada sahsiah diri. Yer lah dari perhimpunan pagi tu lagi, pelajar dah diberi peluang untuk mengendalikan perhimpunan. Tahap keyakinan pelajar dah dididik dari peringkat sekolah. Ini menjadikan pelajar lebih berani dalam menghadapi dunia luar bila mereka dewasa nanti.


Pendaftaran pelajar untuk sesi 2018 dah dibuka sekarang ya. Kalau ada ibu bapa yang berminat nak masukkan anak ke sebuah sekolah Islamik dan dalam masa yang sama menggunakan bahasa inggeris sebagai pengantara, ini lah sekolah nya. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari:

Website : www.rizq.edu.my
Facebook : www.facebook.com/rizqschool
Instagram : www.instagram.com/RizqIslamicSchool
Email : hello@rizq.edu.my


Alamat:
No 2, Lot 1456, Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor


Telefon : 03-8912 0447
Whatsapp : 018-961 1615

insyaAllah cawangan Riz Q Islamic School akan dibuka di kawasan lain lagi..
nantikan ya..



You Might Also Like

3 828 PinKy PinKo say Hi!

  1. Best kan kak sekolah ni. Kalau lah boleh hantar anak2 ke sini alangkah seronoknya...

    ReplyDelete
  2. One of the schooling list kalau 'dapat' hantar anak-anak ke sini. Pengalaman Nany menghantar anak2 ke sekolah swasta. Cikgu selalu bertukar ganti. Lagi satu..Nany pentingkan sangat kekemasan dan kebersihan. Tak guna kalau sibuk dengan pendidikan Alaf-21 tapi benda basic macam tuh kita tak boleh nak handle. Tak tahulah kat mana silapnya didikan. Facilities nampak hebat sangat di RIZQ ni kan? Seronok budak2 ni.

    ReplyDelete
  3. Perghh.. terbaik.. mcm sekolah2 di luar negara.. percayalah sekolah2 kt overseas (pengalaman di UK dan skg di NZ) mmg macam ni.. harap sekolah ni dapat tarik perhatian kementerian utk UBAH sistem pendidikan sedia ada di sekolah2 kerajaan..

    ReplyDelete

Please have some respect and be courteous when you comment in my blog =)

Thanks peeps!